Novel Jalan ke Puncak : Tema dan Persoalan (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 2) (Juri Durabi)
TEMA :
Novel ini membawa tema kegigihan seorang pemuda dalam membina kecemerlangan kerjaya masa depannya dengan cara berdikari. Buktinya, Laiman yang berkelulusan ijazah kejuruteraan enggan bekerja makan gaji, sebaliknya dia memilih untuk bekerja sendiri dengan mengusahakan ladang tembikai di kampungnya. Laiman turut mengusahakan kolam ikan air tawar, udang harimau, berniaga kedai makan dan menjadi peraih hasil pertanian di kampungnya. Berkat usaha gigih Laiman, akhirnya dia berjaya dalam bidang yang diceburinya dan mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan.
PERSOALAN :
1. Ketabahan menghadapi dugaan hidup
Contohnya Laiman tabah menghadapi segala rintangan terutama daripada keluarganya yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk bekerja sendiri.
2. Keberanian menceburi bidang pertanian yang berisiko tinggi
Contohnya Laiman berani menolak tawaran bekerja di jabatan kerajaan sebaliknya mengambil keputusan untuk mengusahakan ladang tembikai dan menternak ikan air tawar serta udang harimau.
3. Pengorbanan demi kejayaan ahli keluarga
Contohnya abang dan nenek Laiman telah mengorbankan wang ringgit demi membiayai pengajian Laiman di universiti.
4. Semangat setia kawan
Contohnya Milan yang merupakan kawan dan sepupu kepada Laiman sentiasa menyokong usaha Laiman untuk menjayakan projek pertanian walaupun mendapat tentangan daripada keluarganya sendiri.
5. Semangat cinta akan negara
Contohnya Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri.
6. Keyakinan terhadap usaha yang dijalankan
Contohnya Laiman yakin usahanya menjadi petani moden akan membuahkan kejayaan walaupun pada peringkat awal ayahnya menentang sikapnya yang menolak tawaran kerja di Jabatan Pertanian, namun akhirnya dia berjaya menjadi petani moden sehingga kejayaannya diiktiraf oleh pihak kerajaan.
7. Sikap dengki lahir kerana perasaan cemburu
contohnya Laiman yang begitu akrab dengan Soniah telah menimbul perasaan cemburu di hati Muluk. Hal ini demikian kerana Muluk menaruh hati terhadap Soniah, namun Soniah tidak melayannya. Kes kebakaran loji minyak di Miri pada anggapan Laiman ialah hasil perbuatan Muluk.