-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Kadar kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat pada setiap tahun.

Huraikan punca-punca yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut.

     Belakangan ini,kadar kemalangan jalan raya semakin hari semakin meningkat bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Secara puratanya,terdapat satu kemalangan yang berlaku pada setiap saat.Isu kemalangan jalan raya telah menjadi buah mulut masyarakat dan turut mendapat perhatian media massa.Kemalangan jalan raya yang berlaku di Malaysia meningkat secara mendadak sehingga tiada penghujungnya.Persoalannya,apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita?

     Antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu sendiri yang tudak tidak sabar.Biasanya,pemandu lebih suka memandu dengan laju dan cepat tiba di destinasi.Pemandu juga tidak suka berhenti di lampu isyarat kerana menganggap akan memperlambat pergerakan mereka.Kebanyakkan kemalangan jalan raya berlaku di lampu isyarat terutamanya penunggang motorsikal.Mereka telah melupakan ungkapan “Pandu Laju Maut Menanti” dan ketidaksabaran mereka akhirnya telah meragut nyawa.Terdapat juga pemandu motosikal atau lebih dikenali sebagai “mat rempit” yang sering melumba motosikal secara haram di jalan raya.Mereka bukan sahaja mengadaikan nyawa mereka sendiri malah menjadi salah satu punca kemalangan jalan raya.Oleh itu,pemandu yang bersikap agresif dan tidak sabar tidak sesuai untuk memandu di jalan raya.

     Selain itu,penggunaan telefon bimbit semasa memandu juga adalah salah satu punca utama kemalangan jalan raya.Kajian menunjukkan sebanyak 90 peratus pemandu menggunakan telefon bimbit semasa memandu.Kebanyakan daripada mereka menggunakan laman sosial semasa memandu.Perbuatan ini amat berbahaya kerana pemandu berkemungkinan tinggi akan diganggu oleh telefon bimbit dan apabila mereka telah tertarik mereka akan berlupa terlupa bahawa mereka sedang memandu.Akibatnya,kemalangan akan berlaku.Penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah salah di sisi undang-undang jalan raya.Lantaran itu,pemandu perlu mengelakkan diri daripada menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

     Di samping itu,punca kemalangan jalan raya yang seterusnya ialah pemandu yang mabuk atau letih.Sesetengah orang yang menghadiri parti atau majlis keraian akan minum arak bersama rakan atau saudara mara mereka.Apabila balik,mereka akan memandu kenderaan mereka dengan keadaan mabuk.Keadaan inilah yang mengundang kemalangan jalan raya dan seterusnya meragut nyawa pemandu tersebut.Misalnya,berita terkini memaparkan kemalangan jalan raya yang berpunca daripada pemandu jalan raya.Selain itu,pemandu yang letih atau tidak cukup tidur juga akan menjadi mangsa kemalangan jalan raya.Hal ini demikian,mereka akan mudah tertidur ketika memandu dan akan melanggar apa-apa sahaja di depan.Oleh yang demikian,jelaslah bahawa pemandu yang mabuk dan letih perlu mengelakkan diri daripada memandu.

    Tambahan pula,keadaan jalan raya yang kurang sempurna juga akan mengakibatkan kemalangan jalan raya.Hal ini demikian,jalan raya yang licin semasa hujan akan mengurangkan kecekapan brek kenderaan dan boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.Jalan raya yang berselekoh tajam juga amat berbahaya kerana kenderaan di sebelah sana tidak dapat melihat kenderaan yang datang dan mereka akan berlanggar.Terdapat juga jalan raya yang berlubang-lubang yang boleh menyebabkan tayar sesuatu kenderaan dan kenderaan yang datang belakang akan melanggar kenderaan yang tersangkut jika tidak berhati-hati.Keadaan jalan raya yang dibina di cerun bukit yang curam juga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.Sebagai contoh,tanah runtuh yang berlaku di sepanjang jalan Tanah Tinggi Cameron telah memusnahkan banyak kenderaan dan meragut nyawa ramai orang di dalamnya.Oleh itu,pemandu sewajarnya berhati-hati semasa memandu di jalan raya tidak sempurna.

     Akhir sekali,kerosakan pada kenderaan juga boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.Hal ini disebabkan oleh kenderaan yang lama tidak diservis ataupun telah rosak berkemungkinan tinggi akan berhenti di tengah-tengah jalan.Sekiranya situasi ini berlaku,kenderaan yang laju di belakang tidak sempat menekan brek dan akan akan berlanggar dengan kenderaan yang rosak di depan.Terdapat juga kenderaan yang mengalami kerosakan pada brek.Akibatnya,kenderaan tersebut tidak dapat berhenti mahupun mengurangkan kelajuan dan akan menjadi punca kemalangan jalan raya.Sebagai contoh,seorang pemandu yang lalai tidak menyemak kenderaan lalu bertolak dari rumah tetapi kenderaannya mengalami kerosakan dan berhenti di jalan raya.Keadaan akan mengakibatkan kemalangan yang ngeri di tengah jalan.

    Konklusinya,setiap pemandu perlu berhati-hati di jalan raya sebagaimana yang dikatakan dalam ungkapan “Biar lambat asalkan selamat”.Pemandu perlu memastikan kenderaan dalam keadaan yang baik sebelum bertolak dari rumah.Jabatan Kerja Raya harus membuat pemantauan untuk memastikan jalan raya berada dalam keadaan yang selamat.Selain itu,polis trafik juga harus mengadakan Op Selamat dan sebagainya untuk mengurangkan kadar kemalangan terutamanya sepanjang musim perayaan.Oleh yang demikian,semua pihak harus berganding bahu agar mengurangkan kadar kemalangan di nusa kita untuk bersatu memajukan negara kita.

KARANGAN PT3 - Punca-punca Kemalangan Jalan Raya
Back to Top