-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Novel Justeru Impian di Jaring : Nilai Murni dan Persoalan (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 3) (Zaid Akhtar)

NILAI MURNI :

1. Kasih sayang

contohnya Syahir amat menyayangi emaknya. Ketika dia ada kelapangan, dia akan pulang ke rumah untuk menemui emaknya yang terletak di Bandar Baru Bangi. Syahir juga berasa amat risau apabila mengenangkan emaknya yang demani sewaktu dia menyertai Terbuka Johor. Begitu juga sebelum ke Jakarta untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa, dia mengunjungi emaknya yang menghidap strok di Hospital Universiti. Seterusnya, Syahir juga sentiasa menghubungi Kak Uda untuk mengetahui keadaan kesihatan emaknya sewaktu di Jakarta. Apabila pulang dari Jakarta, dia segera bertemu emaknya yang masih berada di hospital.

2. Hormat-menghormati

contohnya Syahir amat menghormati jurulatihnya Haji Marzuki. Haji Marzuki menegur kelemahan Syahir yang banyak bermain mengikut mood, lalu memintanya mengawal emosi ketika berada di gelanggang. Syahir menerima teguran dan motivasi daripada Haji Marzuki kerana dia amat menghormati pengalaman yang dimiliki oteh jurulatihnya itu.

3. Kerajinan

contohnya Syahir berlatih bersungguh-sungguh agar berjaya dalam pertandingan Terbuka Johor. Setelah gagal merebut kejuaraan, dia tetap berlatih seperti biasa kerana mahu mengekalkan staminanya untuk menghadapi kejohanan seterusnya.

4. Patriotisme

contohnya Syahir berasa serba salah untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta apabila mendapati emaknya diserang strok. Dalam keadaan serba salah dan memikirkan di bahunya tanggungjawab terhadap negara, akhirnya dia ke Jakarta. Namun, dia sentiasa menghubungi kakaknya untuk mengetahui keadaan emaknya.

5. Keberanian

contohnya Syahir yang gagal memenangi sebarang pingat dalam Terbuka Johor menyebabkannya gagal untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa, namun dia mempunyai keberanian menyahut cabaran menyertai kejohanan tersebut pada saat akhir apabila Gopinath terlibat dalam kemalangan jalan raya.

6. Keberanian

contohnya Syahir yang gagal memenangi sebarang pingat dalam Terbuka Johor menyebabkannya gagal untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa, namun dia mempunyai keberanian menyahut cabaran menyertai kejohanan tersebut pada saat akhir apabila Gopinath terlibat dalam kemalangan jalan raya.

PENGAJARAN :

1. Kita perlu mempunyai perasaan kasih sayang terhadap ibu kandung.

Contohnya Syahir amat menyayangi emaknya. Ketika dia ada kelapangan, dia akan pulang ke rumah untuk menemui emaknya yang terletak di Bandar Baru Bangi. Syahir juga berasa amat risau apabila mengenangkan emaknya yang demam sewaktu dia menyertai Terbuka Johor. Begitu juga sebelum ke Jakarta untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa, dia mengunjungi emaknya yang menghidap strok di Hospital Universiti. Seterusnya, Syahir juga sentiasa menghubungi Kak Uda untuk mengetahui keadaan kesihatan emaknya sewaktu di Jakarta. Apabila pulang dari Jakarta, dia segera bertemu emaknya yang masih berada di hospital.

2. Kita hendaklah memiliki perasaan hormat terhadap orang yang lebih berpengalaman.

Contohnya Syahir amat menghormati jurulatihnya Haji Marzuki. Haji Marzuki menegur kelemahan Syahir yang banyak bermain mengikut mood, lalu memintanya mengawal emosi ketika berada di gelanggang. Syahir menerima teguran dan motivasi daripada Haji Marzuki kerana dia amat menghormati pengalaman yang dimiliki oleh jurulatihnya itu.

3. Kita mestilah bersikap rajin untuk meningkatkan prestasi.

Contohnya Syahir berlatih bersungguh-sungguh agar berjaya dalam pertandingan di Terbuka Johor. Setelah gagal merebut kejuaraan, dia tetap berlatih seperti biasa kerana mahu mengekalkan staminanya untuk menghadapi kejohanan seterusnya.

4. Kita sewajarnya mempunyai perasaan patriotisme terhadap negara.

contohnya Syahir berasa serba salah untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta apabila mendapati emaknya diserang strok. Dalam keadaan serba salah dan memikirkan di bahunya ada tanggungjawab terhadap negara, akhirnya dia ke Jakarta. Namun, dia sentiasa menghubungi kakaknya untuk mengetahui keadaan emaknya.

5. Kita seharusnya mempunyai keberanian menghadapi cabaran.

contohnya Syahir yang gagal memenangi sebarang pingat dalam Terbuka Johor menyebabkannya gagal untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa, namun dia mempunyai keberanian menyahut cabaran menyertai kejohanan tersebut pada saat akhir apabila Gopinath terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Back to Top