Novel Justeru Impian di Jaring : Tema dan Persoalan (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 3)
(Zaid Akhtar)
TEMA :
Novel ini ialah kegigihan pemain badminton untuk menjuarai pertandingan di pentas antarabangsa. Hal ini dibuktikan oleh Syahir yang berlatih bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan badminton Terbuka Johor. Walaupun Syahir gagal dalam pertandingan tersebut namun dia dapat menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa bagi menggantikan tempat Gopinath yang terlibat dalam kemalangan. Walaupun tidak mendapat sokongan daripada penonton tempatan, dia tetap gigih berusaha untuk menewaskan Andri Mirnawan. Akhirnya dia berjaya menewaskan pemain perseorangan dari Indonesia itu, 21-16 dan 21-19, lalu dirinya ditabalkan sebagai Juara Kejohanan Badminton Antarabangsa.
PERSOALAN :
1. Persoalan berkaitan dengan dunia permainan badminton
contohnya Syahir dan teman-temannya banyak menghabiskan masa di tempat latihan untuk mempersiapkan diri menyertai Terbuka Johor dan Kejohanan Badminton Antarabangsa. Mereka berlatih bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kejohanan yang disertai.
2. Perasaan kasih sayang terhadap ibu kandung
contohnya Syahir amat menyayangi emaknya. Ketika dia ada kelapangan, dia akan pulang ke rumah untuk menemui emaknya yang terletak di Bandar Baru Bangi. Syahir juga berasa amat risau apabila mengenangkan emaknya yang demam sewaktu dia menyertai Terbuka Johor. Begitu juga sebelum ke Jakarta untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa, dia mengunjungi emaknya yang menghidap strok di Hospital Universiti. Seterusnya, Syahir juga sentiasa menghubungi Kak Uda untuk mengetahui keadaan kesihatan emaknya sewaktu di Jakarta. Apabila pulang dari Jakarta, dia segera bertemu emaknya yang masih berada di hospital.
3. Perasaan hormat terhadap orang yang lebih berpengalaman
contohnya Syahir amat menghormati jurulatihnya Haji Marzuki. Haji Marzuki menegur kelemahan Syahir yang banyak bermain mengikut mood, lalu memintanya mengawal emosi ketika berada di gelanggang. Syahir menerima teguran dan motivasi daripada Haji Marzuki kerana dia amat menghormati pengalaman yang dimiliki oleh jurulatihnya itu.
4. Perasaan patriotisme terhadap negara
contohnya Syahir berasa serba salah untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta apabila mendapati emaknya diserang strok. Dalam keadaan serba salah dan memikirkan di bahunya ada tanggungjawab terhadap negara, akhirnya dia ke Jakarta. Namun, dia sentiasa menghubungi kakaknya untuk mengetahui keadaan emaknya.