-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
UPU: Soal Jawab Permohonan UPU

Acapkali kita kedengaran soal isu-isu UPU yang dibangkitkan melalui medium Whatsapp dan media sosial yang lain. Terutamanya mitos-mitos yang tak tercapai dek akal. Kami di Schoollah Malaysia akan berusaha sedaya upaya untuk membasmi mitos dan menerangkan fakta-fakta menarik berkenaan sistem aplikasi Unit Pengurusan Universiti (UPU)

Bagi tahun 2018, UPU menetapkan pelajar hanya wajib mengisi 5 pilihan sahaja daripada 8 pilihan. Maksudnya di sini, anda tidak wajib mengisi kesemua kelapan-lapan pilihan dalam UPU. Cukup sekadar 5 pilihan. Hal ini kerana, pelajar lebih gemar masukkan pilihan jurusan yang mereka tidak minati hanya untuk memenuhkan kesemua pilihan.

Contoh Situasi 1:

  • Ahmad hanya mengisi 5 pilihan jurusan UPU sahaja kerana tidak mahu menerima tawaran selain daripada jurusan yang beliau tidak minati. Justeru, dia hanya tekan butang “Sah & Hantarkan” selepas mengisi 5 pilihan beliau.
Dan saat keputusan UPU keluar, kebetulan kesemua 5 pilihan UPU tidak menepati syarat khas atau jurusan yang beliau mohon adalah jurusan kompetitif (contoh: kejuruteraan & perubatan). Justeru, Ahmad tidak mendapat apa-apa tawaran daripada UPU. Dan langkah seterusnya, Ahmad layak memohon Rayuan, kerana beliau tidak mendapat tawaran daripada UPU. Untuk permohonan Rayuan, Ahmad boleh memohon 3 hingga 5 pilihan baru mengikut minat dan keputusan akademik beliau. Ahmad boleh memohon sekali lagi jurusan yang beliau mohon sebelum ini dalam Rayuan.

Contoh Situasi 2:

  •  Ali mengisi kesemua 8 pilihan jurusan UPU. Dan hanya 5 sahaja yang beliau minati, lagi 3 hanya sekadar nak memenuhkan pilihan UPU. Dan 3 pilihan yang Ali masukkan tu sebenarnya beliau tak ada minat pun.
Saat keputusan UPU keluar, kebetulan 5 pilihan Ali mohon adalah jurusan kompetitif. Dan akhirnya beliau mendapat tawaran daripada pilihan nombor 7. Tapi Ali tak minat, bolehkah beliau memohon Rayuan? Jawapannya, tidak. Ali tidak layak memohon Rayuan kerana telah menerima tawaran daripada UPU, tidak kira jurusan itu diminati atau tidak. Jadi apa perlu Ali buat? Ali perlu menerima tawaran itu dan masuk belajar, ataupun masuk program Matrikulasi (jika ada tawaran). Jika Ali berkemampuan, boleh mohon permohonan IPTS. Dan Ali juga boleh menunggu pengambilan dalaman universiti (UiTM dan UIAM). Pengambilan dalaman akan diceritakan di entry lain. Kami di Schoollah Malaysia sarankan jika tidak minat apa-apa jurusan yang di dalam sistem UPU, jangan sesekali letak di dalam pilihan anda. Hanya letak jurusan yang anda minati sahaja.

Soal Jawab Soalan di Dalam Sistem Aplikasi Unit Pengurusan Universiti (UPU)


1. Adakah anda bersetuju untuk ditempatkan ke tempat selain pilihan anda?
Jika anda tandakan “ya” untuk soalan ini, katakan kelak ketika keputusan UPU keluar, awak tak dapat mana-mana tawaran daripada 8 pilihan tu. UPU akan memberi tawaran jurusan lain, bergantung kepada kekosongan jurusan secara rawak. Dan akhirnya, awak akan mendapat tawaran universiti daripada UPU, tapi bukan untuk jurusan yang awak mohon. Awak tidak layak memohon Rayuan selepas itu kerana Rayuan hanya untuk pelajar yang tidak menerima apa-apa tawaran sahaja. Kalau awak dah terima tawaran, tidak kira itu jurusan yang awak minat atau tak, awak tak layak mohon Rayuan.
Pentingnya di sini, untuk menandakan “Tidak” untuk butang soalan di atas. Kelak jika anda tidak mendapat tawaran apa-apa daripada UPU, sistem akan memberi laluan kepada anda untuk memohon Rayuan.
2. Adakah anda bersetuju untuk menerima sebarang hebahan maklumat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)?
Jika anda tandakan ya, anda akan menerima SMS. Contoh seperti, jika anda tidak melengkapkan permohonan sebelum tarikh tutup, UPU akan menghantar SMS untuk anda kemaskini dan lengkapkan permohonan anda. UPU tidak akan menghantar SMS untuk tawaran UPU. Pihak Schoollah Malaysia sarankan tandakan “Ya” untuk soalan ini.
3. Adakah anda bersetuju untuk menerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN?
Pelajar yang tandakan “Ya” untuk soalan ini akan menerima cek (cheque) daripada PTPTN berjumlah RM1,500 untuk membeli keperluan sebelum masuk ke universiti. Diingatkan, ini bukan wang percuma. Kelak, selepas tamat belajar, anda diwajibkan membayar balik + interest, tidak kisah anda memohon PTPTN atau tidak. Jika anda menunaikan cek (cheque) tersebut, secara automatik, PTPTN akan menyimpan data anda (anda berhutang dengan pihak mereka RM1,500).
“Boleh ke saya tunaikan, tapi nanti saya tak mohon PTPTN sebab dapat Asasi. Asasi kan dapat elaun. Saya nak pakai duit untuk beli barang masuk universiti.”
Ya, boleh tunaikan. Tetapi kelak, saat anda habis belajar Degree, penyata hutang akan dihantar kepada anda untuk membayar.
“Kalau saya tandakan “Ya” pada soalan itu, tapi nanti masa menerima cek (cheque) tu, saya tak pergi tunaikan, boleh ke?”
Boleh, anda boleh tandakan “Ya” untuk soalan ini sekarang, dan nanti saat menerima cek (cheque) tersebut di rumah, anda boleh saja abaikan dan buang. Tiada apa-apa masalah. Jika anda tidak tunaikan cek tersebut dalam masa 3 bulan, secara automatik, cek itu hanya sekadar kertas tiada nilai. Dan PTPTN tak akan keluarkan apa-apa penyata hutang kepada anda.
4. Adakah anda bersetuju untuk membenarkan data peribadi anda dibekalkan untuk kegunaan Kementerian Pendidikan Tinggi?
Tandakan “Ya” jika anda bersetuju jika KPT sebarkan data anda (alamat, nombor kad pengenalan,  dan sebagainya) kepada pihak lain.Contohnya seperti IPTS.
4. Adakah anda BERMINAT dengan empat (4) Universiti Berkaitan Kerajaan (GLU) iaitu UTP, MMU, UNITEN, dan UNIKL?
UPU akan memberi tawaran universiti daripada GLU jika anda menepati syarat asas & khas IPT berkenaan. Diingatkan, UPU hanya akan membantu anda mendapatkan tawaran universiti, bukan tawaran penajaan. Penajaan dan yuran pengajian ditanggung oleh para pelajar. Jalan alternatif ialah, memohon biasiswa daripada agensi lain untuk mendaftar di GLU. Semua itu haruslah dimohon oleh para pelajar sendiri. UPU hanya membantu mendapatkan tawaran penempatan di GLU sahaja.
“Kalau saya tandakan “Ya”, adakah 8 pilihan UPU saya akan terjejas dan UPU bagi tawaran GLU kepada saya? Saya tak berkemampuan nak masuk GLU.”
Tidak, pilihan UPU dan pilihan GLU adalah 2 benda berbeza. Jika anda mendapat tawaran UPU daripada 8 pilihan anda, UPU tidak akan tawarkan tawaran penempatan GLU. Penempatan GLU akan diberikan kepada pelajar yang gagal mendapat penempatan di IPTA sahaja. Jangan risau. GLU adalah inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kadar keciciran pembelajaran di kalangan pelajar lepasan sekolah.
5. Adakah anda mengemukakan permohonan ke agensi lain?
Soalan ini adalah soalan survey, jawapan “Ya” atau “Tidak”, tidak akan memberi apa-apa kesan terhadap permohonan UPU anda. Jangan risau.

Mitos dan Soal Jawab Berkenaan Isu dalam Sistem Aplikasi UPU


MITOS #1

“Kalau kau mohon IPG/IPTS/SPA8i/Biasiswa, automatik kau tak akan dapat tawaran daripada UPU”
Salah. Permohonan sistem aplikasi UPU menggunakan sistem yang berlainan daripada IPG/IPTS/SPA8i/Biasiswa. Anda boleh menerima kesemua tawaran daripada semua agensi tanpa ada apa-apa masalah. Akan tetapi, para pelajar hanya boleh menerima satu tawaran sahaja pada satu-satu masa.

MITOS #2

“UPU hanya boleh isi 3 kali sahaja. Lepas 3 kali, kau dah tak boleh isi. Make sure letak jurusan yang kau minat betul-betul”
Salah. Sistem aplikasi UPU boleh dikemaskini sebanyak mungkin tanpa had (unlimited). Para pelajar boleh mengemaskini dan menekan butang “Sah & Hantar” sebanyak mungkin sehingga tarikh tutup permohonan.

MITOS #3

“Aku isi UPU selepas 3 kali, lepastu nak isi je website automatik log out dengan sendiri”
UPU boleh dikemaskini tanpa had. Website akan automatik log out jika mengesan tiada apa-apa aktiviti dibuat dalam masa sekitar 5 minit. Konsep sama seperti online banking. Jika tiada aktiviti dibuat dalam masa tertentu, website akan automatik log out dan anda dikehendaki log masuk kembali seperti biasa.

MITOS #4

“Senior aku dapat 4 tawaran daripada UPU”
UPU hanya memberi 1 (satu) tawaran sahaja untuk setiap pelajar. UPU tidak akan menawarkan lebih dari satu tawaran.

MITOS #5

“Jangan tekan butang Sah & Hantar nanti kau tak boleh update dah bila result keluar”
Tidak. Pelajar boleh menekan butang Sah & Hantar tanpa had (unlimited) sehingga tarikh tutup, dan sistem UPU akan menerima permohonan anda yang paling terkini. Pastikan menyimpan bukti permohonan.

MITOS #6

“Ala tak payah la simpan resit bukti permohonan tu, bukan ada apa pun. Lek dah”
Pelajar disarankan menyimpan resit bukti permohonan untuk simpanan sendiri jika anda masalah selepas keputusan UPU keluar kelak. Pelajar tidak wajib mencetak, cukuplah sekadar simpan PDF file resit bukti permohonan tersebut.

MITOS #7

“Aku nak apply course Asasi Sains tapi markah Biology aku dapat D. Apply je lah, mana tahu dapat”
Sistem UPU adalah sistem berkomputer 100%. Satu syarat khas tidak menepati, permohonan pelajar untuk kursus tersebut ditolak serta merta. UPU tiada sistem budi bicara.

MITOS #8

“Saya mohon course yang ada interview. Kalau tak dapat panggil iv, maknanya semua pilihan saya kena reject ke”
Tidak. Panggilan interview akan dibuat jika pelajar menepati syarat khas UPU untuk course masing-masing. Seterusnya, keputusan dan performance anda ketika interview yang menentukan anda dapat course itu atau tak. Jika anda gagal interview tersebut, UPU akan menyemak pilihan anda yang seterusnya untuk memberi tawaran universiti.

MITOS #9

“Saya dapat 3 panggilan interview, macam mana tu eh?”
Pelajar boleh membuat 4 permohonan jurusan yang mempunyai interview, dan ada kemungkinan pelajar dipanggil untuk temuduga untuk keempat-empat permohonan kerana menepati syarat khas. Akan tetapi keputusan interview anda yang akan menentukan pilihan mana yang anda akan dapat. Satu tawaran universiti sahaja.

MITOS #10

“Saya dapat tawaran universiti daripada UPU, tapi saya kena tolak atas sebab tertentu. Kena blacklist ke?”
Anda tidak akan disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi jika menolak tawaran universiti mahupun biasiswa. Akan tetapi, untuk biasiswa, setelah anda menandatangani surat perjanjian dengan badan tajaan, anda tidak boleh sewenang-wenangnya keluar dari biasiswa tersebut. Berkemungkinan black-listed dan perlu membayar jumlah wang yang ditandatangani.

MITOS #11

“Saya mohon semua course Medicine, tapi kenapa result UPU keluar, saya dapat Diploma in Business?”
Adalah penting untuk tick “Tidak” untuk soalan “Adakah saya menerima jika UPU menawarkan jurusan selain di atas”. Jika anda tick “Ya” untuk soalan di atas, jika anda gagal memenuhi syarat khas, UPU akan memberi tawaran lain. Dan anda tidak layak memohon Rayuan.

MITOS #12

“Saya dapat tawaran Diploma in Accounting di Politeknik. Tapi tak minat, boleh saya mohon Rayuan sebab nak masuk Universiti Awam?”
Tidak boleh. Rayuan hanya untuk pelajar yang tidak mendapat APA-APA tawaran sahaja.

MITOS #13

“Saya dapat Asasi Sains Hayat UM, tapi saya minat Asasi Sains Fizikal UM, boleh minta tukar ke?”
Sebarang penukaran jurusan bukan di bawah bidang kuasa UPU. Anda harus menerima tawaran daripada apa yang UPU keluarkan, dan kelak, ketika minggu orientasi, buat permohonan penukaran course. Penempatan tidak dijamin.

MITOS #14

“Saya dapat Diploma di UiTM Penang, tapi nak UiTM Johor boleh tak sebab dekat dengan rumah”
Sebarang penukaran cawangan universiti ADALAH SAMA SEKALI TIDAK DIBENARKAN kecuali atas masalah kesihatan (perlu tunjuk bukti surat doktor kerajaan sahaja).

MITOS #15

“Saya dapat tawaran Asasi Fizikal UM, tapi nak tunggu keputusan JPA dan biasiswa lain. Boleh tekan terima tawaran dulu?”
Ya, boleh. Kelak jika anda tidak mendaftar pada hari pendaftaran UM, UPU akan menganggap anda tidak menerima tawaran, dan penempatan anda akan diberi kepada orang lain untuk Intake Ke-2 UPU (Rayuan).

MITOS #16

“Sijil saya dari UPU ni diiktiraf ke? Saya taknak penat-penat belajar, tapi nanti tak boleh kerja.”
Kesemua IPTA di dalam Malaysia mempunyai akreditasi dari MQA dan JPA. Jadi, sijil anda diiktiraf. Jangan risau.

MITOS #17

“Saya dapat Diploma di Politeknik. Kiranya peluang tipis ke masuk Degree di IPTA?”
Tidak kira awak lepasan Diploma Politeknik, Diploma IPTA, Diploma IPTS, STPM, Matrikulasi – penempatan anda akan ditentukan berdasarkan markah merit (akademik & kokurikulum). Tak ada istilah “Saya pelajar Diploma Politeknik, peluang tipis. Kawan saya Diploma IPTA, peluang dia lebih cerah”. Semua dilayan sama rata.

MITOS #18

“Kau rileks je tak payah mohon UPU sebelum result SPM. Nanti result keluar baru mohon”
Kami sarankan anda memohon sebelum keputusan SPM keluar. Anda ada masa untuk selongkar dan godek sistem UPU terlebih dahulu, dan dapat meninjau jurusan-jurusan yang terdapat di dalam sistem tersebut. Salah ke jika mohon selepas keputusan SPM keluar? Tidak salah. Cumanya, anda akan tergopoh gapah baru nak memohon selepas keputusan keluar dan tiada masa untuk memilih jurusan yang betul-betul kena dengan minat dan keputusan akademik.

MITOS #19

“Nanti keputusan SPM keluar, kau jangan lupa update result SPM dalam tu weh”
Tidak benar. Sistem aplikasi UPU akan secara automatik dapatkan keputusan SPM anda selepas keputusan keluar kelak. Anda tidak perlu kemaskini apa-apa keputusan. Hanya perlu kemaskini pilihan berdasarkan markah akademik sahaja.

MITOS #20

“Wajib ke kemaskini pilihan UPU selepas keputusan keluar? Malas la, sama je.”
Anda wajib mengemaskini pilihan universiti dan jurusan di UPU saat keputusan SPM keluar. Kenapa? Hal ini kerana, sebelum keputusan SPM keluar, anda mengisi permohonan UPU berdasarkan minat semata-mata. Sekarang, tugas anda hanya perlu mengemaskini balik permohonan berdasarkan markah sebenar keputusan SPM dan minat anda. Wajib kemaskini ya!

http://schoollah.com/upu-fakta-mitos/

Back to Top