-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Antologi Sejadah Rindu : Sajak Erti Hidup Bererti – Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 5 (SPM) (Teo Wei Sing) 

MAKSUD SAJAK
Rangkap 1
Fikiran penyajak sering dihimbau oleh nasib malang yang mengongkongi hidupnya dan tidak pernah berubah. Tiada siapa yang datang menziarahinya. Keluhan daripada seorang insan tua yang kesunyian.
Rangkap 2
Kebahagiaan hidup yang diimpikan oleh penyajak hanya angan-angan sahaja sehingga penghujung hidupnya. Anak-anak kandungnya sendiri sudah melupainya dan tidak sanggup untuk menjaganya. Anak-anaknya saling menolak untuk menjaganya. Penyajak mencari kehidupannya sendiri dan menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh.
Rangkap 3
Penyajak menganggap dirinya tidak dihargai dan diperlukan lagi walaupun mereka anak kandungnya sendiri. Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada yang sanggup berbakti atau yang telah melupakannya akan diberikan keinsafan. Penyajak berharap agar hidup dengan berkasih sayang dan menggantikan hubungan yang hambar sebelum ini. Manusia jangan leka, dalam putaran hidup ini akan ada yang hidup dan mati kecuali Tuhan yang kekal.
TEMA
Keluhan ibu tua yang diabaikan oleh anaknya sendiri.
Seorang ibu yang mengharapkan belaian kasih sayang anak-anak pada penghujung usianya. Namun begitu anak-anak tidak mengendahkan dan mengambil tanggungjawab menjaganya. Jauh di sudut hatinya masih mengharapkan anak-anaknya akan insaf.
PERSOALAN
  1. Kasih sayang seorang ibu
Contoh: ibu yang mengandungkan dan menjaga anak semasa kecil
  1. Berbakti kepada ibu
Contoh: anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan membesarkan mereka
  1. Kebahagiaan hidup ialah impian semua orang
Contoh: harapan seorang ibu agar anak-anak dapat memberikan kebahagiaan pada hari tuanya
  1. Tanggungjawan seorang anak
Contoh : anak-anak perlu insaf terhadap tanggungjawab menjaga kebajikan ibu kandung dan memberikan kebahagian kepadanya
5      Kekuasaan Tuhan
Contoh : ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan
BENTUK SAJAK
  1. Terdiri daripada tiga rangkap.
  1. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama: tujuh baris, rangkap kedua; sepuluh baris, rangkap ketiga; sebelas baris.
  1. Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara dua hingga enam patah kata dalam satu baris.
  1. Bilangan suku katanya antara empat hingga tiga belas suku kata.
  1. Rima akhirnya tidak sama.
 GAYA BAHASA
1. Personifikasi – malam sepi,  semoga disirami benih keinsafan
2. Simile  – bagai kalung
  1. Sinkope -yang melingkari leherku
siapa yang akan datang menjengukku kucari erti hidup
anakku bakaku
4. Anafora dari sulung ditendang ke bongsu



dari angah ditendang ke sulung balik
5. Responsi dari sulung ditendang ke bongsu



dari angah ditendang ke sulung balik
  1. Metafora -Keheningan tasik,  kehijauan rumput, benih keinsafan
NILAI
  1. Kasih sayang – kasih sayang seorang tua terhadap anaknya tetap utuh walaupun anaknya itu melupakannya.
  1. Ketabahan – ketabahan dalam mengharungi kehidupan seorang diri dan kesunyian tanpa dihiraukan oleh anak-anak.
  1. Keinsafan – penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.
  1. Bertanggungjawab – sikap tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya dengan mendoakan mereka agar dikurniakan keinsafan.
PENGAJARAN
  1. Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka dan menjaga ibu bapa sehingga hari tua mereka.
  1. Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri, terutamanya menghadapi usia yang tua.
  1. Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepas berpindah dari rumah ibu bapa, malah sentiasa menjenguk mereka.
  1. Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidak terlalu bergantung pada orang lain, walaupun sewaktu tua.
  1. Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita agar dapat menjadikan diri kita lebih kental.
  1. Kita haruslah menjadi anak yang bertanggungjawab dengan menjaga kebajikan ibu bapa dan menyejahterakan serta membahagiakan mereka.
Back to Top