LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
SKOP KAJIAN
· Mendapatkan sokongan Sarawak dan Sabah
· Menangani penentangan Indonesia dan Filipina
· Nilai dan Iktibar
MENDAPATKAN SOKONGAN RAKYAT SARAWAK DAN SABAH
(a) Senaraikan tokoh yang menganggotai Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 149)
· Donald Stephens - Pengerusi
· Tunku Abdul Rahman
· Ong Yoke Lin
|
· Khir Johari
· Lee Kuan Yew
· Tun Datu Mustapha Datu Harun
|
(b) Sebutkan peranan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) berhubung dengan pembentukan Malaysia.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 149)
Peranan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) IALAH .....
· Menerangkan tentang gagasan Malaysia.
· Mengumpulkan pandangan penduduk tentang pembentukan Malaysia.
· Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
· Mengadakan mesyuarat tentang pembentukan Malaysia.
· Mengemukakan memorandum pembentukan Malaysia kepada Suruhanjaya Cobbold.
· Mempertimbangkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia.
· Mengemukakan cadangan rakyat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia yang baru.
(c) Senaraikan keanggotaan Suruhanjaya Cobbold.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 149 - 150)
· Lord Cobbold
· Sir Anthony Abell
· Sir David Watherston
· Tan Sri Ghazali Shafie
· Dato’ Wong Pow Nee
(d) Sebutkan peranan Suruhanjaya Cobbold berhubung pembentukan Malaysia.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 149 - 150)
· Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
· Menilai pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
· Mengemukakan cadangan rakyat Sarawak dan Sabah kepada pihak British.
· Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan.
· Mengemukakan
laporan memorandum kepada kerajaan British. Suruhanjaya ini melaporkan
satu pertiga rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju tanpa syarat. Satu
pertiga lagi bersetuju dengan syarat kepentingan mereka dilindungi. Satu
pertiga yang lain menginginkan kemerdekaan dahulu sebelum menganggotai
Malaysia.
· Mengemukakan cadangan perlembagaan baru bagi Malaysia.
Perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957. Sarawak dan Sabah diberi kuasa
menentukan dasar imigresennya. Bahasa Melayu dijadikan
bahasa kebangsaan. Hak dan kedudukan bumiputera
Sarawak dan Sabah dijamin.
(e) Nyatakan peranan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) berhubung pembentukan Malaysia.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 150 - 151)
· Menerangkan penubuhan Malaysia kepada rakyat Sarawak dan Sabah.
· Memperincikan cadangan SJ Cobbold tentang Perlembagaan Malaysia.
· Mengadakan mesyuarat bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia.
· Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.
(f) Apakah pendirian rakyat Sarawak dan Sabah tentang Gagasan Malaysia mengikut laporan Suruhanjaya Cobbold ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 149 - 150)
· Satu pertiga rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju tanpa syarat.
· Satu pertiga lagi bersetuju dengan syarat kepentingan mereka dilindungi.
· Satu pertiga yang lain menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menganggotai Malaysia.
(g) Nyatakan cadangan baru bagi Perlembagaan Malaysia ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 150)
Cadangan baru bagi Perlembagaan Malaysia ialah .....
· Perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
· Sarawak dan Sabah diberi kuasa menentukan dasar imigresennya.
· Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
· Hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah dijamin.
(h) Huraikan usaha yang dijalankan untuk mendapatkan sokongan rakyat Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan Malaysia.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 149 – 152)
Usaha yang dijalankan untuk mendapatkan sokongan rakyat Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan Malaysia IALAH .....
· British menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).
JPPK memberi penerangan tentang gagasan Malaysia, mengumpul pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
JPPK mengadakan mesyuarat sebanyak empat kali – di Jesselton, Kuching, Kuala Lumpur dan Singapura.
JPPK hantar memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.
Memorandum tersebut mengandungi pandangan rakyat Sarawak dan
Sabah untuk dimasukkan dalam perlembagaan baru.
· Pihak British menubuhkan Suruhanjaya Cobbold.
Suruhanjaya Cobbold meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
Suruhanjaya tersebut juga mengemukakan cadangan perlembagaan Malaysia yang baru
· British menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
JAK memperincikan cadangan Suruhanjaya Cobbold.
JAK juga menerangkan penubuhan Malaysia kepada rakyat Sarawak dan Sabah..
JAK membincang hak penduduk Sarawak dan Sabah.
· Setiausaha Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan perwakilan Malaysia ke PBB.
Wakil PBB meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.
Perwakilan itu juga mengesahkan pendirian rakyat Sarawak dan Sabah untuk menganggotai Malaysia.
(i) Mengapakah majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyerrtai persekutuan Malaysia ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 152)
Majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyerrtai persekutuan Malaysia KERANA …..
· Kesungguhan usaha yang dijalankan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang memberikan penerangan tentang kebaikan pembentukan Malaysia.
· Parti Perikatan memenangi pilihan raya member keyakinan bahawa kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berwibawa.
· Penduduk Sarawak dan Sabah enggan menyertai Indonesia dan Filipina.
MENANGANI PENENTANGAN INDONESIA DAN FILIPINA
(a) Bagaimanakah Malaysia menangani penentangan Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 151)
Malaysia menangani penentangan Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia DENGAN CARA .....
· Mengadakan perjumpaan tiga pihak – Malaysia, Indonesia dan Filipina
· Mengadakan sidang kemuncak antara kerajaan di Manila – Tunku Abdul Rahman (Malaysia), Presiden Soekarno (Indonesia) dan Presiden Macapagal (Filipina).
· Ketiga-tiga pihak bersetuju menubuhkan MAPHILINDO.
· Bersetuju mencari penyelesaian dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
· Setiausaha Agung PBB telah menubuhkan Perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
· Setiausaha Agung PBB menghantar wakilnya untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.
· Wakil PBB membuat laporan bahawa rakyat Sarawak dan Sabah memang bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia.
LANGKAH KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
(a) Huraikan usaha yang dilakukan ke arah menjayakan pembentukan Malaysia
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 149 - 152)
· Pihak British menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).
JPPK menerangkan tentang gagasan Malaysia, mengumpul pandangan
penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan
Malaysia.
JPPK mengadakan mesyuarat mengkaji pandangan orang ramai tentang gagasan Malaysia.
JPPK mengemukakan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah kepada
Suruhanjaya Cobbold untuk dimasukkan dalam
perlembagaan baru.
· Kerajaan British menubuhkan Suruhanjaya Cobbold.
Suruhanjaya ini meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
Suruhanjaya ini mengemukakan cadangan perlembagaan Malaysia.
· British menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
JAK memperincikan cadangan Suruhanjaya Cobbold.
JAK terangkan penubuhan Malaysia kepada rakyat Sarawak dan Sabah.
JAK mengadakan mesyuarat mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke
dalam Malaysia dan membincang hak penduduk Sarawak dan Sabah.
· Kerajaan Malaysia mengadakan rundingan tiga pihak.
yang melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina untuk kurangkan
ketegangan berkaitan pembentukan Malaysia.
Hasil daripada rundingan itu, MAPHILINDO ditubuhkan.
Ketiga negara bersetuju cari jalan penyelesaian dengan bantuan PBB.
· Setiausaha Agung PBB membentuk perwakilan Malaysia ke PBB.
Wakil PBB meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.
Mereka mendapati majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai persekutuan Malaysia.
Wakil PBB mengesahkan pendirian rakyat Sarawak dan Sabah untuk menyertai Malaysia.
(b)
Kejayaan pembentukan Malaysia adalah hasil kebijaksanaan pemimpin
negara kita menangani cabaran semasa pembentukan
Malaysia.
Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 149 – 152)
Kejayaan pembentukan Malaysia adalah hasil kebijaksanaan pemimpin
negara kita menangani cabaran
semasa pembentukan Malaysia.
BUKTINYA IALAH .....
· Pemimpin negara kita gigih menerangkan konsep dan tujuan pembentukan Malaysia kepada penduduk Sarawak dan Sabah.
· Pemimpin
negara kita menghantar bantahan rasmi kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu
(PBB) tentang pencerobohan Indonesia ke atas negara kita.
· Pemimpin
negara kita mengadakan lawatan ke Negara Dunia Ketiga dan Negara
Afro-Asia untuk memulihkan semula nama baik Malaysia yang tercemar.
· Pemimpin negara kita tidak menggunakan kekerasan dalam menghadapi penentangan bersenjata Indonesia.
· Pemimpin negara kita sentiasa berunding dengan Indonesia dan Filipina untuk memulihkan hubungan.
· Pemimpin negara kita berusaha memulihkan hubungan dengan Indonesia dan Filipina melalui diplomasi politik.
(c) Jelaskan peristiwa yang membawa kepada Perjanjian Malaysia 1963
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 153)
· Ratu Elizabeth II memperkenankan Akta Malaysia.
· Parlimen Tanah Melayu meluluskan Perjanjian Malaysia.
· Dewan Perhimpunan Singapura meluluskan Perjanjian Malaysia.
· Majlis Undangan Negeri Sarawak meluluskan Perjanjian Malaysia.
· Majlis Undangan Negeri Sabah meluluskan Perjanjian Malaysia.
· Yang Dipertuan Agong telah memperkenankan Akta Malaysia.
(d) Apakah kandungan Akta Malaysia ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 154)
· Penggabungan negeri-negeri yang dinamai Malaysia.
· Urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
· Agama Islam menjadi agama Persekutuan kecuali di Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan.
· Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh diamalkan.
· Bagi negeri Sarawak dan Sabah, bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga sepuluh tahun selepas Hari Malaysia.
· Negeri Sarawak dan Sabah diberi kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam.
· Bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.
NILAI KEJAYAAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
(a) Apakah nilai yang terserlah melalui kejayaan pembentukan Malaysia ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 152)
· Pembentukan Malaysia memperlihatkan kepimpinan tokoh politik Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura.
· Pembentukan Malaysia dapat menangkis ancaman komunis.
· Diplomasi politik dapat menangkis tentangan Indonesia dan Filipina.
· Kerjasama serantau berperanan dalam pembentukan Malaysia