-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On

Kesan Buruk Pada Anda Jika Menahan Lapar Kerana Inginkan Kurus
Pesanan buat anda semua buat diluar sana nak kurus macam mana sekalipun, jangan lah sampai berlapar. Tabiat tersebut sangat bahaya dan boleh memudaratkan kesihatan korang. Berikut merupakan 6 akibat buruk untuk korang yang suka berlapar untuk diet!



1. Fikiran Lesu & Keliru

Ya, fikiran akan jadi lemah disebabkan badan kita tak cukup tenaga. Jika glukosa dalam badan rendah, fikiran akan jadi tak betul dan akan jejaskan tumpuan serta mood kita.

2. Cepat Marah

kalau lapar, mood manusia akan jadi tak menentu. Salah satunya, akan cepat melenting

3. Kuat Makan

Kalau tak makan ikut waktu sepatutnya, kajian mendapati seseorang akan lebih terdorong untuk makan lebih banyak. Selain itu, anda akan lebih cenderung untuk makan makanan yang lebih kalori.

4. Tinggalkan senaman

Bila berlapar, tubuh akan jadi tak bermaya. Bila dah lemah, nak bersenam pun rasa malas. Jadi apa guna diet tanpa bersenam kan.

5. Seluar lebih ketat

Tahukah anda berlapar sangat tak bagus sebab badan anda ada sejenis homon yang mendorong pembentukan lemak. Jadi, ia membuatkan badan jadi lebih gemuk.

6. Mulut Berbau

Katone dalam hati akan terhasil sebagai sumber tenaga ketika gula dalam badan kurang. Jadi, apabila badan korang kurang tenaga, proses ini akan menghasilkan nafas berbau .
Back to Top