-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Tarikh Cuti Sekolah 2017 Kalendar dan Takwim Penggal Persekolahan

Tarikh Cuti Sekolah 2017 Kalendar Takwim Penggal Persekolahan Malaysia. Bilakah tarikh cuti sekolah tahun 2017? Berikut dikongsikan Tarikh Cuti Sekolah 2017 melalui Kalendar Takwim Penggal Persekolahan yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Takwim Penggal Persekolahan 2017 ini mengandungi 2 kumpulan mengikut hari kelepasan mingguan negeri iaitu Kumpulan A dan B.
Tarikh Cuti Sekolah 2017 & Kalendar Takwim Penggal Persekolahan

  • Kalendar Cuti Umum 2017 Malaysia boleh dirujuk di Senarai Cuti Umum.

Kalendar Takwim Penggal Persekolahan 2017

Berikut adalah jadual cuti persekolahan yang mengandungi tarikh cuti sekolah untuk cuti pertengahan penggal 1, cuti pertengahan tahun dan cuti akhir tahun. Juga disertakan tarikh mula persekolahan dan tarikh akhir setiap penggal.

1. KUMPULAN A - Sekolah-Sekolah Di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu

Penggal Persekolahan 

  • Penggal pertama persekolahan : 1 Januari 2017 (Ahad) sehingga 25 Mei 2017
  • Penggal kedua persekolahan : 11 Jun 2017 sehingga 23 November 2017

Tarikh Cuti Sekolah

  • Cuti pertengahan penggal 1 : 17 Mac 2017 sehingga 25 Mac 2017 (1 minggu)
  • Cuti pertengahan tahun : 26 Mei 2017 sehingga 10 Jun 2017 (2 minggu)
  • Cuti pertengahan penggal 2 : 25 Ogos 2017 hingga 2 September 2017 (1 minggu)
  • Cuti Akhir Tahun dari 24 November hingga 31 Disember 2017 (5 minggu)

2. KUMPULAN B - Sekolah-sekolah di Negeri  Perlis, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan

Penggal Persekolahan 

  • Penggal pertama persekolahan : 3 Januari 2017 (Selasa) sehingga 26 Mei 2017
  • Penggal kedua persekolahan : 12 Jun 2017 sehingga 24 November 2017

Tarikh Cuti Sekolah

  • Cuti pertengahan penggal 1 : 18 Mac 2017 sehingga 26 Mac 2017 (1 minggu)
  • Cuti pertengahan tahun : 27 Mei 2017 sehingga 11 Jun 2017 (2 minggu)
  • Cuti pertengahan penggal 2 : 26 Ogos 2017 hingga 3 September 2017 (1 minggu)
  • Cuti Akhir Tahun dari 25 November hingga 1 Januari 2018 (5 minggu)

* Untuk kemudahan, Kalendar Takwim Penggal Persekolahan 2017 ini boleh di muat turun/ download di KPM.

Moga tarikh cuti sekolah 2017 Malaysia ini boleh dijadikan panduan buat ibu bapa/ penjaga dalam membuat perancangan aktiviti bersama keluarga termasuk bercuti seisi keluarga.
Back to Top