-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
PENDIDIKAN MORAL SPM BIDANG 4 – NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME 

4.1  CINTA AKAN NEGARA

  1. Ciri-ciri keunikan masyarakat majmuk Malaysia.
  • Terdapat pelbagai tempat beribadat contohnya masjid, gereja, kuil, tokong
  • Pelbagai jenis perayaan keagamaan disambut bersama contohnya Hari Raya Puasa, Deepavali, Tahun Baru Cina, Krismas
  • Rakyat mampu bertutur dalam pelbagai bahasa contohnya Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil

  1. Contoh perlakuan yang menunjukkan rakyat Malaysia menghormati kepelbagaian agama, budaya dan bahasa masyarakat Malaysia.
  • Menerima baik sambutan perayaan pelbagai kaum
  • Menghormati amalan agama/kepercayaan kaum lain
  • Menghormati kepelbagaian budaya masyarakat majmuk

  1. 3. Kepentingan menghormati agama, budaya dan bahasa masyarakat Malaysia
  • Menjamin keamanan dan kesejahteraan negara
  • Mengelakkan berlakunya rusuhan kaum
  • Negara dapat mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang

  1. Kejayaan Negara dalam bidang sains dan teknologi:
  • Projek Koridor Raya Multimedia (MSC)
  • Satelit MEASAT dan Tiungsat
  • Teleperubatan
  • Sekolah Bestari
  • Kad pelbagai guna (kad pintar)
  • Rangkaian pengilangan sedunia

  1. Faedah kemajuan negara kepada rakyat :
  • Perhubungan / pengangkutan lebih cepat dan selesa
  • Peningkatan taraf hidup
  • Wujud peluang pekerjaan
  • Komunikasi pantas mempercepat tindakan manusia seperti Internet
  • Meningkatkan kualiti dan kuantiti barangan di sektor pembuatan untuk keperluan negara

  1. Cara rakyat menunjukkan rasa terima kasih terhadap kerajaan yang memajukan
     negara:
  • Mengucapkan terima kasih kepada kerajaan
  • Menyokong usaha kerajaan memajukan negara
  • Mematuhi undang-undang negara
  • Mengekalkan keamanan negara
  • Menjaga nama baik/imej negara

  1. 7. Cara memajukan negara:
  • Menyokong aktiviti pembangunan insan / negara
  • Memelihara diri daripada gejala negatif
  • Menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang tenteram
  • Merealisasikan dasar / kempen / program negara
  • Belajar dan menguasai ilmu dan kemahiran yang bermanfaat

4.2 TAAT SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA

  1. Cara-cara rakyat dapat berbakti untuk negara
  • Mematuhi undang – undang negara
  • Menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan baik
  • Melaporkan aktiviti yang kurang sihat kepada pihak berkuasa.

  1. 2. Peranan kerajaan dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.
  • Melaksanakan undang –undang dengan tegas
  • Merangka program pertahanan dan keselamatan dalam negara
  • Menyediakan kelengkapan pertahanan yang canggih
  • Mengetatkan kawalan keselamatan di sempadan

  1. Akibat anggota tentera tidak mengawal keselamatan negara
  • Negara diceroboh oleh pihak musuh dengan mudah
  • Negara menjadi huru – hara
  • Peperangan berlaku

  1. Contoh-contoh yang membuktikan Malaysia aman dan selamat.
  • Tiada pemusuhan antara kaum
  • Tiada peperangan
  • Ekonomi negara stabil
  • Rakyat berbilang kaum hidup dengan sejahtera
  • Negara menjadi tumpuan pelancong dan pelabur asing

  1. Contoh anak watan yang telah berjuang menentang penjajahan:
  • Dol Said di Melaka
  • Mat Kilau di Pahang
  • Mat Salleh di Sabah
  • Dato’ Maharajalela di Perak

  1. Cara anda menunjukkan sikap taat setia kepada raja dan negara:
  • Melibatkan diri dalam sambutan hari-hari kebesaran negara
  • Menyertai sambutan Hari Kebangsaan
  • Tidak terpengaruh dengan berita media luar negara yang memburukkan negara
  • Belajar bersungguh-sungguh untuk menyumbang  bakti dan kepakaran kepada negara
  • Tidak membelot terhadap negara

  1. 7. Usaha kerajaan dalam memupuk sikap taat setia kepada raja dan negara:
  • Menggubal prinsip Rukun Negara
  • Melancarkan pelbagai program untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat seperti Bulan Patriotik

  1. Aktiviti yang boleh dilakukan di peringkat sekolah untuk melahirkan sikap taat setia kepada raja dan negara.
  • Sambutan Bulan Kemerdekaan
  • Pertandingan Lagu Patriotik
  • Penubuhan Kelab Rukun Negara/Kelab Setia
  • Membaca ikrar Rukun Negara dalam Majlis Perhimpunan Mingguan

4.3 SANGGUP BERKORBAN UNTUK NEGARA

  1. Cara individu mengharumkan nama Negara
  • Mewakili negara dalam aktiviti sukan di peringkat antarabangsa
  • Menyertai program pertukaran pelajar antara negara
  • Menyertai aktiviti mencabar seperti mendaki gunung tertinggi di dunia.

  1. Contoh individu yang mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang.
  • Sheikh Muzaffar Shukor– angkasawan
  • Jimmy Choo –  Pereka kasut
  • Azahar Mansor – Belayar Solo
  • Malik Mydin – Berenang merentasi Selat Inggeris
  • Toi See Zang ( Zang Toi ) – Pereka Fesyen
  • Husaini Omar – Pertandingan Reka Cipta Antarabangsa

  1. Kesan pengiktirafan jasa individu kepada negara.
  • Bangga dan bersemangat tinggi
  • Memberi dorongan kepada pelajar lain

  1. Tiga bentuk cabaran terhadap negara yang memerlukan pengorbanan rakyat:
  • Cabaran globalisasi
  • Kemelesetan ekonomi
  • Campur tangan kuasa luar

  1. Cara rakyat berkorban untuk negara:
  • Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pebagai bidang
  • Mempertahankan sistem sosial dan budaya kita daripada ancaman  budaya asing
  • Menyumbang khidmat bakti dalam aktiviti kemasyarakatan

  1. Langkah-langkah rakyat ketika ekonomi meleset:
  • Berjimat cermat dalam perbelanjaan
  • Menyokong kempen ”Belilah Barangan Buatan  Malaysia”
  • Melancong dalam negara
Back to Top