SPM 2018 : Soalan Peperiksaan Percubaan / Nota / Tips / Ramalan


PANDUAN MENJAWAB SOALAN 3 (e ) PERIBAHASA - LATIHAN DAN JAWAPAN



 Latihan dan jawapan peribahasa. ( Soalan 3 e )
( SEMOGA DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM  2017

Contoh soalan:-
Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.
(i)   Alah bisa tegal biasa
(ii)  Bagai melukut di tepi gantang
(iii) Laut mana yang tidak bergelora                                                                         [6 markah]

Contoh jawapan:-
(i)   Sesuatu pekerjaan yang baru diceburi agak sukar diuruskan tetapi lama-kelamaan akan
       menjadi lebih mudah, seperti pepatah Melayu alah bisa tegal biasa.

(ii)  Karim boleh diibaratkan melukut di tepi gantang dalam majlis itu. Dia tidak dihiraukan
       langsung oleh tuan rumah.

(iii) Walaupun pemimpin itu disayangi rakyat jelata, namun beliau juga tidak terlepas daripada
       melakukankesilapan ibarat laut mana yang tidak bergelora.


2. Melengkapkan petikan atau dialog dengan peribahasa yang sesuai
Contoh soalan:-
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

.................(i)................., demikian peribahasa yang menggambarkan pelbagai golongan harus bekerjasama. Mereka dituntut agar bersefahaman dan bersatu untuk membangunkan negara. Mereka tidak wajar mementingkan diri, yakni bersikap .............(ii)............. Tambahan pula, perbuatan seperti itu bertentangan dengan norma hidup masyarakat Timur yang mengambil kira kepentingan semua pihak dalam setiap urusan yang dilakukan dan mereka mementingkan permuafakatan kerana mereka yakin bahawa ...............(iii)..........[6 markah]

Contoh jawapan:-
(i)   Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
(ii)  seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
(iii) bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.


3. Menentukan atau menyesuaikan peribahasa dengan maksud petikan
Contoh soalan:-
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan di bawah.

Pada zaman penjajahan, semua penduduk bersatu hati berjuang menentang penjajah sehingga negara mencapai kemerdekaan. Sekalipun mereka menghadapi pelbagai kesusahan tetapi hal itu tidak melunturkan semangat mereka kerana situasi itu sudah dilalui mereka sepanjang masa dan menjadi lumrah hidup. Walaupun ada pejuang yang ditangkap dan dituduh sebagai penderhaka, namun hal itu tidak melemahkan semangat mereka yang berkobar-kobar itu kerana mereka tidak mahu tanah air tercinta ini terus dijajah. Malah mereka lebih rela mati daripada hidup sebagai abdi di tanah air sendiri.[6 markah]

Contoh jawapan:-
(i)   Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
(ii)  Alah bisa tegal biasa / asam garam.
(iii) Biar putih tulang, jangan putih mata.



4. Menentukan peribahasa berdasarkan ayat yang diberikan
    Contoh soalan:-

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
(i)   Sebelum melakukan sesuatu perkara, kita hendaklah berfikir dengan semasak-masaknya
       agar tidak menyesal kemudian hari.

(ii)  Janganlah kita boros berbelanja, sebaliknya berbelanjalah mengikut kemampuan atau
       bersesuaian dengan pendapatan yang kita peroleh.

(iii) Apabila kita berada di tempat orang, janganlah kita meninggi diri dan patuhilah adat resam
       tempat tersebut.[6 markah]


Contoh jawapan:-
(i)   Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
(ii)  Ukur baju di badan sendiri
(iii) Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

5. Menyatakan maksud peribahasa yang diberikan
Contoh soalan:-
Berikan maksud peribahasa-peribahasa di bawah.
(i)   Ada gula ada semut
(ii)  Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak
(iii) Alah membeli menang memakai[6 markah]

Contoh jawapan:-
(i)   Orang akan bertumpu di tempat yang banyak atau mudah mendapatkan rezeki.
(ii)  Orang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa.
(iii) Sanggup membeli barangan yang mahal harganya kerana mempunyai kualiti yang lebih
baik.
 
Peribahasa – Latihan 1
Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda hanya perlu menulis peribahasa yang berkenaan sahaja.
(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
_____________________________________________________________________

(ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.
____________________________________________________________________

(iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.

Peribahasa - Latihan 2

Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah.

(i) Perkara yang menjadi bahan percakapan orang.
_______________________________________________________________________

(ii) Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa.
________________________________________________________________________

(iii) Keadaan hidup seseorang yang sangat daif.





Peribahasa - Latihan 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.
Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.


Peribahasa - Latihan 4
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi tersebut.

(i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari   
     dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran   
     setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.

_______________________________________________________________________

(ii) Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang
           mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri.
___________________________________________________________________________

(iii) Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada.
___________________________________________________________________________

Peribahasa - Latihan 5
Lengkapkan peribahasa yang berikut.

(i)  Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian

__________________________________________________________________________

(ii) Banyak udang, banyak garam ________________________________________________


(iii) Lain hulu lain parang ____________________________________________________


     (iv) Asal kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain

_________________________________________________________________________


(v) Tak tumbuh tak melata ___________________________________________________


     (vi) Ada ubi ada batas________________________________________________________

Peribahasa - Latihan 6
Berdasarkan pernyataan berikut, nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi setiap situasi di bawah.

(i) Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati ketika berada di
     jalan raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda para pemandu, penunggang dan
      pengguna jalan raya.

___________________________________________________________________________

(ii) Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cara
      menyimpannya di dalam bank untuk masa depan mereka. Amalan menabung merupakan satu
      tindakan yang baik dan mengajar seseorang berjimat cermat.

___________________________________________________________________________


(iii) Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut berjaya
       menarik penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti seumpama ini
       merupakan satu titik permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat mengukuhkan
       hubungan semangat kejiranan sesama mereka.

Peribahasa - Latihan 7

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Pada hakikatnya, semua pelajar tidak kira Cina, Melayu atau India mampu meraih kecemerlangan jika ada kesungguhan. Hal itulah yang dibuktikan oleh seorang anak muda dari kampung yang berjaya menempatkan dirinya dengan pelajar bukan Melayu pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini. Menurut beliau, faktor cemburu melihat rakan sebaya yang lain berjaya dengan cemerlang menambah tekadnya untuk terus bersaing dalam bidang akademik. Baginya kalau orang lain boleh berjaya, mengapa kita tidak boleh berjaya. Oleh itu, beliau sentiasa berusaha bersungguh-­sungguh dengan berkorban masa dan tenaga serta menguruskan masa dengan terancang. Berkat kesungguhannya, beliau berjaya memperoleh kejayaan dan bercadang melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi.

Peribahasa - Latihan 8

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sesuai dengan setiap situasi tersebut.

(i) Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif, lebih-lebih lagi
orang ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatannya. Namun, dia enggan mencari
kerja lain dan tidak yakin boleh membuat kerja lain.

_____________________________________________________________________________


(ii) Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya. Dia memulakan
       perniagaan dengan menjual majalah dan surat khabar, kemudian menjual buku-buku dan alat
       tulis. Kini, kedai Abu semakin banyak menjual barang untuk keperluan harian masyarakat di
       tempatnya.

_____________________________________________________________________________

(iii) Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah habis   
       dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.

_____________________________________________________________________________

Peribahasa - Latihan 9

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Sepuluh tahun lalu, Ahmad meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan yang susah dan berlaku perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di perantauan dan dapat menikmati hidup yang agak selesa. Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih membara. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan menetap di sana. Dia meminta maaf daripada adik-beradiknya di kampung atas kesalahannya yang lalu. Kini hubungannya dengan adik-beradik semakin mesra.
_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

Peribahasa - Latihan 10
Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai.

i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala
   Lumpur, iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat usahanya yang gigih, beliau
   telah menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya bahawa .....

____________________________________________________________________________

ii. Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok lekornya sendiri secara
     kecil-kecilan. "....., biarlah aku mulakan dengan modal yang sedikit," bisik Ahmad.

________________________________________________________________________

iii. Pada peringkat awal Fatimah membuka gerai menjual pisang goreng di simpang tiga jalan
      yang agak sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan lain mula menceburkan diri dalam
      lapangan tersebut. Kini, gerai di kawasan itu .....
_________________________________________________________________________

JAWAPAN PERIBAHASA
Peribahasa 1
(i) Ukur baju di badan sendiri.
(ii) Bagai telur di hujung tanduk.
(iii) Bagai mencurahkan air ke daun keladi.

Peribahasa - Latihan 2
(i) Buah mulut.
(ii) Menang jadi arang, kalah jadi abu.
(iii) Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Peribahasa - Latihan 3
i.Harapkan pagar, pagar makan padi / biar pecah diperut, jangan pecah dimulut / mulut
tempayan.
ii. Rambut sama hitam, hati lain-lain.
iii. Nasi sudah menjadi bubur / sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Peribahasa - Latihan 4
(i)   belakang parang kalau diasah lagikan tajam
(ii) biduk lalu kiambang bertaut
(iii) yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran/ mendengar guruh di langit, air di
tempayan dicurahkan

Peribahasa - Latihan 5
(i) bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
(ii) banyak orang, banyak ragam
(iii) lain dahulu, lain sekarang
(iv) barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain
(v)   tak sungguh, orang tak kata
(v)   ada budi boleh dibalas

Peribahasa - Latihan 6
(i) Biar lambat asalkan selamat / pandu cermat jiwa selamat.
(ii) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
(iii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


Peribahasa - Latihan 7
(i)    Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
(ii)  Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih / jika tidak dipecah ruyung di manakan dapat
        sagunya

(iii) Rajin dan usaha tangga kejayaan / di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan

Peribahasa - Latihan 8
(i) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
(i) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
(iii) Sudah terhantuk baru tengadah

Peribahasa - Latihan 9
(i) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan

(ii) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
(iii) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga


Peribahasa - Latihan 10
i.        Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
ii.      Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

iii.    Bak cendawan tumbuh selepas hujan.

https://cikguramsulbmspm.blogspot.my/2017/11/panduan-menjawab-soalan-3-e-peribahasa.html