-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Kertas ramalan upsr merupakan antara kertas ramalan UPSR yang sering diberikan kepada murid selain kertas peperiksaan percubaan upsr pelbagai daerah dan negeri.

Kertas ramalan ini boleh dijadikan bahan latih tubi kepada murid sebagai persediaan menghadapi UPSR yang akan datang. Semoga murid murid beroleh kejayaan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan ini.

Berikut merupakan contoh karangan ramalan upsr.

Kebaikan Belajar Berkumpulan.

Murid mempunyai cara yang tersendiri untuk mengulang kaji pelajaran mereka . Ada yang suka belajar di perpustakaan ,di rumah dan ada juga yang suka belajar secara bersendirian. Antara teknik belajar yang begitu popular dalam kalangan murid-murid sekolah pada masa sekarang ialah belajar dalam berkumpulan.

Belajar secara berkumpulan adalah lebih baik jika dibandingkan dengan belajar berseorangan. Penerangan dan perbincangan dengan kawan-kawan akan membuat kita lebih mudah mengingati apa yang dipelajari. Kesannya, sesuatu pelajaran itu akan sentiasa kekal di dalam minda kita.\

Belajar secara berkumpula juga tidak membosankan .Perbincangan yang dibuat akan menjadikan kita lebih bersemangat dan berminat untuk belajar. Ini kerana suasana pembelajaran tidak kaku dan kita boleh bercakap untuk menyuarakan pendapat.

Kita juga akan memperoleh maklumat yang lebih banyak dan mendalam kerana rakan-rakan dalam kumpulan tersebut membaca buku rujukan yang berlainan tentang tajuk yang dibincangkan. Dengan ini semua maklumat tersebut dapat dikongsi bersama. Kesannya, sesuatu tajuk itu akan dapat difahami dengan lebih mendalam.

Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan lebih banyak membantu murid-murid memahami sesuatu tajuk dengan berkesan berbanding dengan belajar secara bersendirian. Oleh itu, murid-murid boleh memilih kaedah pembelajaran yang bersesuaian untuk mencapai kecemerlangan.

Berikut merupakan contoh karangan ramalan upsr bahasa melayu penulisan.


Ramalan karangan UPSR
ramalan karangan upsr 2


Semoga bermanfaat kepada guru.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

http://sumberpendidikan.com/2017/07/31/karangan-ramalan-bahasa-melayu-penulisan-upsr/
Back to Top