-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Tarikh Dan Cara Pembayaran BR1M 2017 Rasmi

Tarikh Dan Cara Pembayaran BR1M 2017 Rasmi. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diteruskan pada tahun 2017 dengan jumlah bantuan dinaikkan bagi membantu rakyat Malaysia. Pembayaran BR1M 2017 akan dibuat secara ansuran sebanyak 3 kali kecuali kategori bujang / individu hanya sekali. Berikut adalah Tarikh Dan Cara Pembayaran BR1M 2017 Rasmi yang dapat dikongsikan pada anda semua.

Tarikh Dan Cara Pembayaran BR1M 2017

Tarikh Pembayaran BR1M 2017

Berikut adalah Tarikh Dan Cara Pembayaran BR1M 2017 Rasmi yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dalam mengagihkan secara berperingkat mulai awal tahun depan :

1. Kategori Pendapatan Bulanan RM3,000 ke bawah : Jumlah Bantuan RM1,200

  • Ansuran Pertama : RM400 – Febuari 2017. Bayaran Fasa 1 BR1M 2017 bagi pembayaran secara baucar adalah mulai 18 Februari 2017. Bayaran melalui pengkreditan ke akaun bank pula adalah mulai 22 Februari 2017.
  • Ansuran Kedua : RM400 – Jun 2017. pembayaran BR1M peringkat kedua diawalkan dan akan dibuat mulai 5 Jun kepada penerima yang telah menerima BR1M semasa peringkat pertama tempoh hari. Bagi permohonan rayuan, pembayaran dijangka akan dibuat pada 17 Jun.
  • Ansuran Ketiga : RM400 – Ogos 2017

2. Kategori Pendapatan Bulanan RM3,001 hingga RM4,000 : Jumlah Bantuan RM900

  • Ansuran Pertama : RM300 – Febuari 2017. Bayaran Fasa 1 BR1M 2017 bagi pembayaran secara baucar adalah mulai 18 Februari 2017. Bayaran melalui pengkreditan ke akaun bank pula adalah mulai 22 Februari 2017.
  • Ansuran Kedua : RM300 – Jun 2017. Pembayaran BR1M peringkat kedua diawalkan dan akan dibuat mulai 5 Jun kepada penerima yang telah menerima BR1M semasa peringkat pertama tempoh hari. Bagi permohonan rayuan, pembayaran dijangka akan dibuat pada 17 Jun.
  • Ansuran Ketiga : RM300 -Ogos 2017

3. Kategori e-Kasih

  • Ansuran Pertama : RM400 – Febuari 2017. Bayaran Fasa 1 BR1M 2017 bagi pembayaran secara baucar adalah mulai 18 Februari 2017. Bayaran melalui pengkreditan ke akaun bank pula adalah mulai 22 Februari 2017.
  • Ansuran Kedua : RM400 – Jun 2017. Pembayaran BR1M peringkat kedua diawalkan dan akan dibuat mulai 5 Jun kepada penerima yang telah menerima BR1M semasa peringkat pertama tempoh hari. Bagi permohonan rayuan, pembayaran dijangka akan dibuat pada 17 Jun.
  • Ansuran Ketiga : RM400 – Ogos 2017

4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bulanan RM2,000 ke bawah : Jumlah Bantuan RM450

  • RM450 – Febuari 2017

Cara Pembayaran BR1M 2017

Pembayaran akan dibuat melalui dua kaedah iaitu melalui akaun bank penerima yang telah mengisi maklumat akaun bank semasa memohon. Manakala penerima yang tidak mempunyai akaun bank akan menerima baucar BR1M yang boleh tebus di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB, Public Bank atau Maybank.

Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2017

Kepada rakyat Malaysia yang ingin memohon BR1M atau ingin mengemaskini maklumat permohonan BR1M anda boleh ke e-BR1M bagi membuat permohonan baru dan kemaskini maklumat anda. Sila pastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan benar bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini berlaku.

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2017

Anda boleh menyemak kelayakan anda di bawah sebelum membuat permohonan BR1M 2017 yang akan diberi awal tahun depan.

Sebarang Pertanyaan Tarikh Dan Cara Pembayaran BR1M 2017

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai BR1M 2017, anda boleh hubungi :
  • Nombor Hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Email kepada br1m@treasury.gov.my
Semoga panduan Tarikh Dan Cara Pembayaran BR1M 2017 dapat membantu rakyat Malaysia membuat permohonan dan mengemaskini maklumat permohonan BR1M yang akan diberikan secara ansuran pada awal tahun depan.
Back to Top