-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Kenapa Gagal Dapat Tempat Di Universiti Awam (UA) / IPTA ?

Di sini saya kongsikan beberapa persoalan yang selalu terpacul daripada pelajar-pelajar lepasan SPM / STPM yang gagal mendapatkan tempat untuk belajar di universiti melalui UPU baru-baru ini. Diharap jawapan yang diberikan sendiri oleh pihak UPU ini mampu merungkai sedikit permasalahan dan tekanan. Bagi yang kurang berjaya, saya nasihatkan cuba lagi pada masa akan datang. Mungkin rezeki anda ada pada tempat lain. Berusahalah sehingga berjaya!

Kenapa Gagal Dapat Tempat Di Universiti?

1. Kenapa PNGK tinggi ttp gagal mendapat tempat?
Cth: pemohon pngk 4.00 mohon semua kursus perubatan/pergigian/farmasi dan TIDAK SETUJU menerima tawaran selain dari pilihannya gagal mendapat sebarang tawaran.



2. PNGK tinggi berjaya mendapat tawaran dlm pilihan ttp ingin tukar kursus/ipta. Cth: Pemohon pngk 4.00 jaya pilihan ke-5 program perubatan veterinar di UMK atau program sains yg lain ttp ingin menukar ke program perubatan/pergigian/farmasi iaitu pilihan utama beliau...

JAWAPAN : TEMPAT ADALAH TERHAD terutamanya bg program perubatan/pergigian/farmasi yg sangat kompetitif dan lebih dari 2,500 pemohon yg mendapat PNGK 4.00 bg kategori STPM/Matrikulasi..anda yang markah merit lebih tinggi akan mendapat tawaran dulu.


3. Kenapa saya ditawarkan ke Program yg saya tidak minat?
4. Saya ingin menolak tawaran yg diterima dan ingin mohon semula melalui e-Rayuan..
Cth: Pemohon yang telah jaya program luar dari pilihan permohonan ingin tukar program pengajian/ipta kerana program pengajian tersebut tidak diminati atau jauh.

JAWAPAN: UPU akan proses permohonan berdasarkan pilihan pemohon dulu yg telah disusun mengikut markah merit (90% akademik + 10% Koko). Jika pemohon tidak berjaya ditawarkan dlm pilihan permohonan, UPU bersama IPTA akan tawarkan calon tersebut dengan program pengajian yg masih kosong berdasarkan BIDANG DIMINATI yg diisi dlm borang permohonan dulu dan JIKA anda telah tandakan SETUJU TERIMA tawaran luar pilihan dlm borang permohonan. Tawaran adalah muktamad. Hanya calon GAGAL mendapat sebarang SAHAJA tawaran IPTA sahaja yang boleh membuat rayuan melalui aplikasi e-rayuan.


5. e-RAYUAN - 11 HINGGA 21 JULAI 2013

Tawaran rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat selepas pendaftaran pelajar baru pada awal bulan September 2013 nanti. Anda boleh membuat 2 pilihan permohonan e-rayuan yg baru atau yg sama spt dlm permohonan dulu. Keputusan e-rayuan akan diumumkan pd minggu ke-2 bln September 2013.

Bagi pemohon kategori Diploma/Setaraf, pastikan anda menghantar semula dokumen2 spt yg diminta di dlm borang permohonan ke IPTA pilihan sebelum 1 Ogos 2013.

Lupa password / Masalah Sistem - mohon hubungi upu di talian 03-8870 6777 / 6767 utk bantuan lanjut. Kami memerlukan beberapa mklmt tambahan utk menyemak mslh anda.. (**WAKTU PEJABAT SAHAJA)
Back to Top