-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Panduan Permohonan Baru Dan Kemaskini BR1M 2017 Online. Hendak mohon BR1M 2017? Bilakah tarikh pendaftaran dan kemaskini BR1M 2017? Makluman kepada mereka yang layak, Borang permohonan BR1M 2017 untuk permohonan baru dan kemas kini BR1M untuk penerima sediada kini dibuka sehingga hujung tahun 2016 (dilanjutkan sehingga 13 Januari 2017). Menerusi pengumuman rasmi dari eBR1M, tarikh permohonan baru dan kemaskini BR1M 2017 boleh dibuat secara online dalam talian atau secara manual. Diingatkan yang Aplikasi BR1M Dalam Talian adalah tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.
Tarikh Pendaftaran baru dan kemaskini BR1M 2017 adalah dari 5 Disember sehingga 31 Disember 2016. Permohonan telah dilanjutkan dari 1 Januari sehingga 13 Januari 2017. Semak status permohonan BR1M anda di BR1M 
Kemaskini BR1M 2017 Online

Cara Buat Permohonan Baru Dan Kemaskini BR1M 2017

Untuk makluman, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar tetapi perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank bagi membolehkan urusan pembayaran BR1M. Permohonan baru pula perlu mendaftar.

1. Online

Bagi permohonan baru atau kemaskini BR1M 2017 secara Online, ianya boleh di buat di Portal Rasmi eBR1M LHDN Malaysia di https://ebr1m.hasil.gov.my/.

2. Manual

Permohonan baru dan pengemaskinian borang boleh juga dibuat secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2017 secara percuma di link download di bawah ini :-



Borang  BR1M  2017  yang  telah lengkap diisi boleh dihantar di kaunter-kaunter berikut:
  • Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
  • Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
  • Pejabat Daerah/ Pejabat Residen

Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima. Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / tanggungan (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
  1. Pengenalan (MyPR / MyKid / Pasport / Sijil Lahir)
  2. Sijil perceraian pemohon / sijil kematian pasangan bagi pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  3. Sijil perceraian / sijil kematian ibu atau bapa tanggungan dan sijil lahir tanggungan (bagi kategori bujang ada tanggungan) 



SYARAT KELAYAKAN BR1M 2017

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon dan menerima BR1M :-
  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  5. Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar
Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh merujuk kepada FAQ atau soalan Lazim Permohonan Baru Dan Kemaskini.

SKIM KHAIRAT KEMATIAN

Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017. Klik Penunaian Wakil Dan Waris SKK untuk maklumat lanjut.

Waris perlu membawa dokumen asal berikut:
  •  Sijil Kematian
  •  Kad Pengenalan Waris
Untuk sebarang pertanyaan atau masalah boleh hubungi talian hotline BR1M 2017 di bawah ini.


TALIAN HOTLINE LHDNM 1-800-88-2716 (BR1M)
TALIAN HOTLINE KEMENTERIAN KEWANGAN 03-8882 4565 / 03-8882 4566

BR1M 2015 Online

SENARAI BANK YANG TERLIBAT BAGI PEMBAYARAN BR1M 2017

Untuk makluman, berikut adalah senarai bank yang terlibat dalam pembayaran BR1M 2017.

BILNAMA BANK
1AFFIN BANK
2AGRO BANK
3ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
4AM BANK BERHAD
5AL RAJHI BANK
6BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
7BANK RAKYAT
8MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
9BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
10CIMB BANK BERHAD
11CITIBANK BERHAD
12HONG LEONG BANK
13HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
14MAYBANK
15OCBC BANK
16PUBLIC BANK BERHAD
17RHB BANK BERHAD
18STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
19UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Semoga panduan Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2017 Online ini bermanfaat buat semua. Maklumat akan dikemaskini dari masa kesemasa. Pemohon disarankan untuk merujuk kepada Laman Web eBR1M untuk mendapatakan maklumat yang terkini.
Back to Top