Semakan Keputusan EgTukar Guru Sesi Jun 2017 Online. Bilakah tarikh semakan keputusan permohonan EgTukar Guru
sesi Jun 2017? Berita baik buat guru yang telah membuat permohonan
pertukaran guru sesi Jun 2017. Berikut dikongsikan maklumat penting
berkaitan semakan Egtukar Jun 2017 Online yang antara lain memaparkan tarikh semakan dan kuatkuasa pertukaran guru.
Permohonan sistem pertukaran guru secara online atau egtukar sesi Jun 2017 adalah melibatkan pertukaran guru di antara Bahagian/ Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based).

Semakan Egtukar Jun 2017 Online (Pertukaran Guru)
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan semakan keputusan egtukar sesi Jun 2017 buat panduan pemohon semua.- Tarikh semakan : 28 Mei 2017 bermula jam 800 malam (Pertukaran antara negeri sahaja)
- 7 Jun 2017 : Semakan keputusan penempatan pertukaran guru antara negeri dan keputusan pertukaran guru antara daerah serta dalam daerah
- Tarikh Kuatkuasa pertukaran guru yang diluluskan : 12 Jun 2017
- Applikasi semakan : Klik Semakan egTukar
Nota Penting Keputusan egTukar Guru Jun 2017
- Semakan keputusan egTukar pada 28 Mei 2017 adalah untuk permohonan pertukaran antara negeri sahaja
- Penempatan Guru yang lulus pertukaran antara negeri, permohonan pertukaran antara daerah dan dalam daerah pula boleh disemak pada 7 Jun 2017
- Untuk makluman, Permohonan yang tidak berjaya bagi sesi Jun 2017 akan dipertimbangkan semula pada sesi Oktober 2017 dan Januari 2018.
- Permohonan pertukaran yang diluluskan tidak boleh dibatalkan.