Bahagian Matrikulasi KPM akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya Ambilan Kedua dan Rayuan pada 8 Jun 2017 mulai pukul 12.00 tengahari.
Hanya pelajar SPM 2016 yang telah membuat rayuan sebelum atau pada 11 Mei 2017 boleh menyemak keputusan di laman sesawang seperti berikut:
https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index.cfm
Sehubungan itu bagi calon jaya Ambilan Kedua dan Rayuan yang ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2017/2018, dikehendaki mencetak sendiri dokumen berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej pada 13 Jun 2017:
1) Surat tawaran
2) Panduan pendaftaran pelajar
3) Maklumat peribadi pelajar
4) Akaun persetujuan ibubapa/penjaga & kesihatan pelajar
5) Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
6) Borang perjanjian pelajar (dua salinan)