-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
PENDIDIKAN MORAL SPM BIDANG 2- NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN

2.1  KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA/KASIH SAYANG

  1. Jasa dan pengorbanan ibu terhadap keluarga.
  • Menjaga anak-anak dengan sempurna –mengasuh dan mendidik anak
  • Memberi didikan yang perlu contohnya didikan agama
  • Memenuhi keperluan asas anak-anak – makan minum, pakaian, tempat tinggal, kasih sayang

  1. Cara anak menunjukkan kasih sayang terhadap ibu bapa
  • Menjaga ibu bapa dengan baik – menyara mereka/ memberi mereka wang
  • Memberi layanan yang mesra dan sopan – berbual-bual dengan mereka
  • Sentiasa berada di sisi mereka – sentiasa menemani mereka
  • Mematuhi suruhan ibu bapa – tidak mengingkari arahan mereka

  1. Tiga contoh jasa atau peranan ibu bapa
  • memberi  pendidikan  yang  sempurna
  • bekerja  keras  untuk  menyara  keluarga/mencari nafkah
  • membesarkan  anak-anak dengan penuh kasih sayang

  1. Tiga cara anak dapat menunjukkan kasih sayang
 kepada ibu bapa
  • sentiasa  bersama  mereka  pada  hari-hari  perayaan seperti Tahun Baru cina
  • meraikan  hari-hari  istimewa  keluarga seperti hari ibu/harijadi ibu bapa
  • Makan bersama ibu bapa – dapat eratkan hubungan
  • Membawa mereka melancong – mengembirakan mereka

  1. Cara anda membalas jasa ibu bapa anda setelah anda berjaya dalam hidup.
  • Membantu menyara keluarga – menanggung perbelanjaan  persekolahan  adik-adik – mengurangkan beban ibu bapa
  • Menjaga kebajikan ibu bapa – menabung  untuk  keperluan   perubatan  dan  keraian  ibu  bapa
  • Membawa ibu bapa melancong- mengembirakan hati mereka
  • Taat kepada ibu – sentiasa mendengar nasihatt mereka

  1. Kepentingan menyambut hari istimewa dalam sesebuah keluarga.
  • mengeratkan  hubungan  kekeluargaan – wujud keluarga bahagia
  • mempertemukan anggota keluarga  yang  tinggal  berjauhan – sentiasa makan bersama-sama / adakan hari keluarga
  • menunjukkan   rasa  penghargaan  dan  kegembiraan  kepada  ibu  bapa contohnya menyambut hari hari ibu bapa/ hari ulang tahun perkahwinan ibu bapa

2.2 HORMAT DAN TAAT KEPADA ANGGOTA KELUARGA

  1. 1. Cara anda dapat mengelak daripada timbulnya Konflik dengan anggota keluarga.
  • bersabar semasa bercakap – tidak marah
  • bersopan santun semasa bercakap – tidak menggunakan bahasa kasar/mencaci angggota keluarga
  • memberi nasihat dan teguran dengan cara baik – berbincang
  • menunjukkan kesalahan anak dengan cara sopan- tidak gunakan kekerasan
  • mematuhi arahan ibu bapa /anggota  keluarga yang lebih  tua – mendengar nasihat mereka
  • menerima kritikan dengan baik – menghormati  pandangan /  pendapat  sesama  anggota  keluarga
  • memahami  dan  peka  dengan  minat  mereka
  • berkelakuan baik sesama anggota keluarga dan tidak menyinggung perasaan mereka

  1. Cara menunjukkan rasa hormat terhadap anggota keluarga
  • bertanya khabar
  • bertegur sapa
  • ucap selamat
  • mendengar  nasihat  dan  teguran  daripada  anggota yang  lebih tua

  1. 3. Kepentingan amalan hormat menghormati dalam kalangan anggota keluarga.
  • mewujudkan  keluarga bahagia
  • mengelakkan  perselisihan  antara  anggota  keluarga
  • memupuk  hubungan  mesra  dan  kasih sayang antara anggota keluarga

2.3 MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN

  1. Cara-cara untuk mengekalkan tradisi kekeluargaan
  • Mengamalkan tradisi kekeluargaan sendiri dalam kehidupan seharian – tradisi keluarga tidak pupus

  • Memberi sokongan kepada semua aktiviti kebudayaan dan kesenian yang diadakan – menyertai aktiviti / melibatkan diri dalamkeluarga yang diadakan

  1. Kesan sekiranya tradisi kekeluargaan tidak dipelihara.

  • Tradisi keluarga pupus
  • Kehilangan identiti keluarga
  • Generasi muda tidak kenal budaya sendiri
  • Generasi muda lebih senang terpengaruh dengan budaya luar yang kurang baik

  1. Kepentingan mengekalkan tradisi kekeluargaan.
  • dapat  menyatupadukan  anggota  keluarga
  • mengeratkan  hubungan  antara  anggota  keluarga
  • supaya  tradisi  tidak  pupus ditelan zaman
  • jambatan menghubungkan generasi lama  dan  baru

  1. Peranan badan-badan berikut dalam mengekalkan tradisi pelbagai kaum
  2. a) Muzium Negara
  • Memberi khidmat pengembangan ilmu pengetahuan melalui aktiviti seperti pameran tetap tentang adat resam dan budaya pelbagai kaum
  1. b) Kementerian kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan
  • Menyebarkan maklumat bertulis tentang kebudayaan dan kesenian pelbagai kaum
  •  mempromosi budaya bangsa Malaysia kepada pelancong
  1. c) Arkib Negara
  • Menyimpan rekod penting khazanah negara yang berunsur sejarah dan kebudayaan
  • menyediakan perkhidmatan rujukan dan penyelidikan kepada orang ramai

  1. Contoh amalan tradisi kekeluargaan yang diamalkan oleh setiap kaum:
  2. a) Melayu
  • melawat  kubur saudara mara pada Hari Raya Puasa
  1. b) Cina
  • makan besar sehari sebelum Tahun Baru Cina & Tung Zhi
  1. c) India
  • penggunaan  pokok  pisang  dalam  majlis  perkahwinan

  1. Peranan anda untuk memastikan tradisi kekeluargaan diteruskan:
  • Mengamalkan  tradisi  kekeluargaan sebagai cara hidup
  • Menegur  anggota  keluarga  yang  mengabaikan  tradisi  kekeluargaan
  • Mengajar  tradisi  kekeluargaan  kepada generasi muda

  1. Agensi kerajaaan yang memainkan peranan untuk mengekalkan tradisi kekeluargaan kaum-kaum di Malaysia.
  • Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan
  • Kementerian Kebajikan Masyarakat
  • Arkib Negara

2.4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA

  1. Tanggungjawab ibu bapa dalam sesebuah keluarga
  • Mengambil berat terhadap pelajaran anak – mengulangkaji bersama anak
  • Menyediakan keperluan asas untuk anak – makanan, pakaian
  • Memahami perasaan dan masalah yang dihadapi – mengambil berat terhadap anak-anak
  • Membantu anak yang menghadapi masalah – berbincang dengan anak untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi

  1. Cara-cara anak menghargai ibu bapa yang bertanggungjawab
  • Mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa apabila mencapai kejayaan
  • Belajar dengan tekun/bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu bapa
  • Meraikan bersama ibu bapa pada hari-hari istimewa seperti Hari Ibu dan Hari Bapa

  1. Kesan sekiranya ibu bapa tidak menjalankan tanggungjawab mereka
  • Hubungan dengan anak menjadi renggang – tiada interaksi antara ibu bapa dan anak-anak
  • Keluarga tidak harmoni – sentiasa bergaduh
  • Anak mungkin terjebak dengan gejala sosial – tiada pengawasan daripada ibu bapa

  1. Ciri-ciri keluarga bahagia
  • Hubungan erat antara anggota keluarga – tiada perselisihan faham
  • Sentiasa berkongsi suka dan duka
  • Meraikan hari istimewa keluarga bersama
  • Saling  membantu   menyelesaikan  masalah  /  kesusahan
  • Sama-sama  menghadapi  cabaran,  dugaan  dan  halangan

  1. Peranan anda terhadap keluarga
  • Menunaikan   tanggungjawab   sebagai anak yang baik
  • Menolong  anggota  keluarga  yang  ditimpa   kesusahan
  • Menghormati /menerima keputusan  yang  diambil oleh anggota keluarga.

  1. Punca kerenggangan hubungan antara remaja dengan anggota keluarganya
  • Kesibukan ibu bapa yang bekerja – tiada masa untuk berbual-bual/mengambil berat terhadap keperluan anak-annak
  • Perselisihan   faham  antara  anggota  keluarga – kurang berinteraksi dan memahami antara satu sama lain
  • Sikap anggota keluarga yang  tidak bertanggungjawab – tidak endahkan/ tidak peduli

  1. Kesan hubungan renggang antara remaja dan anggota keluarga
  • Remaja  terlibat   dengan  kegiatan  yang  tidak   bermoral contohnya penyalahgunaan  dadah
  • Remaja   tidak  menghormati  ibu  bapa  dan  anggota  keluarga  lain – melawan percakapan ibu bapa
  • Perpecahan   keluarga / pergaduhan dengan anggota keluarga – keluarga kucar kacir

  1. Kempen-kempen yang dilaksanakan oleh kerajaaan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan di Malaysia.
  • Kempen  Masyarakat  Penyayang
  • Kempen  Menghormati  Golongan  Tua
  • Kempen Utamakan Keluarga: Semakin Hari Semakin Sayang
  • Kempen Rumahku Syurgaku
Back to Top