PENDIDIKAN MORAL SPM BIDANG 1- NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI
1.1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
1.2 AMANAH
– tidak berlaku kebocoran rahsia sulit kerajaan
– dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab/berkesan
– dapat menjamin keadilan dan ketelusan dalam melaksanakan tugas/projek pembangunan
– mendapat kepercayaan daripada guru-guru dan rakan-rakan
– Kad perakam waktu
– Pemakaian tanda nama
– Anugerah khidmat cemerlang
1.3 HARGA DIRI
1.4 BERTANGGUNGJAWAB
1.5 HEMAH TINGGI
b ) Pemimpin negara yang anda kagumi
5.Kesan tidak menjaga kesopanan dan kesusilaan apabila berinteraksi
1.6 TOLERANSI
– Bajau
– Kadazan
– Dusun
– Bidayuh
– Melanau
– Penan
– Kelabit
1.7 BERDIKARI
1.8 KERAJINAN
1.9 KASIHSAYANG
– Rujuk Nilai Kasih Sayang Terhadap Keluarga
1.10 KEADILAN
2.a) Cukai yang perlu dibayar oleh rakyat.
1.11 RASIONAL
8 Kesan-kesan penganiayaan terhadap diri kanak-kanak
28.Kesan jika orang yang berilmu
1.12 KESEDERHANAAN
4.Tingkah laku kesederhanaan:
– tidak menyinggung perasaan orang lain – hubungan erat
– berbelanja mengikut kemampuan – tidak berhutang
– tidak buruk sangka
1.1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
- Amalan baik agama :
- a) Islam
- Bersembahyang lima waktu
- Berpuasa wajib /Ramadan/sunat
- Membayar zakat harta/pendapatan/perniagaan
- Bersedekah kepada fakir miskin
- b) Buddha
- Bersedekah dengan kekayaan yang dimiliki
- Menderma kepada golongan miskin
- Menyayangi makhluk yang bernyawa
- c) Hindu
- Mengamalkan pemakanan sayur –sayuran
- Berbuat baik untuk menghapuskan dosa
- Membayar nazar semasa perayaan Thaipusam
- 2. Kebaikan amalan baik yang dituntut oleh agama
- Mendapat balasan baik daripada Tuhan
- Dapat membersihkan dosa dan menyucikan diri
- Mengelakkan diri daripada ditimpa malang
- Mendapat rezeki yang halal
- Usaha-usaha yang boleh dilaksaankan bagi menyeru manusia supaya melaksanakan amanah Tuhan dengan sebaik-baiknya ialah:
- kempen kesedaran contohnya mengadakan ceramah/seminar
- Memberi didikan agama seperti mata pelajaran pendidikan agama/moral
- peranan media massa seperti rancangan berunsur agama
1.2 AMANAH
- 1. Kesan/ implikasi/impak/akibat rasuah terhadap :
- a) Diri
- Memalukan diri-menjejaskan imej diri
- Kehilangan pekerjaan- masa depan gelap
- Menjejaskan nama baik diri/menjatuhkan maruah diri – dipandang serong/hina oleh masyarakat
- Kehilangan kepercayaan masyarakat – susah mendapat pekerjaan
- Mengalami trauma emosi dan psikologi seperti murung
- b) Keluarga
- Imej keluarga terjejas – Dipandang rendah/ hina / serong oleh masyarakat
- Keluarga dipinggirkan / disishkan / dipulau oleh masyarakat.
- Mengaibkan / memalukan keluarga / merosakkan nama baik keluarga
- Negara huru hara – keselamatan rakyat terancam
- Ekonomi negara merosot – pelabur-pelabur asing hilang kepercayaan untuk melabur dalam negara.
- Pentadbiran negara menjadi lemah dan kurang berkesan – negara tidak maju
- 2. Cara-cara kerajaan menangani rasuah
- Megetatkan undang-undang contohnya hukuman penjara / saman / kompauan / denda wang
- Menggubal undang-undang dengan menetapkan hukuman berat terhadap pemberi dan penerima rasuah seperti merampas harta mereka
- Menguatkuasakan hukuman yang berat seperti melucutkan jawatan individu yang didapati bersalah mengamalkan rasuah.
- Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjauhi rasuah seperti ceramah/seminar/dialog
- Membentuk institusi pencegahan rasuah-menyiasat kes rasuah
- Memberikan pendidikan pencegahan rasuah seperti taklimat anti rasuah
- Ciri-ciri seorang pemimpin yang amanah
- Menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan adil
- Menolak rasuah
- Sentiasa bercakap benar dan bersikap jujur
- Menyimpan rahsia
- Menunaikan janji
- Kepentingan sikap amanah dalam kalangan:
- Pegawai Kerajaan
– tidak berlaku kebocoran rahsia sulit kerajaan
– dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab/berkesan
- Ahli politik
– dapat menjamin keadilan dan ketelusan dalam melaksanakan tugas/projek pembangunan
- Pelajar
– mendapat kepercayaan daripada guru-guru dan rakan-rakan
- Maksud slogan ‘Bersih, Cekap dan Amanah'( BCA) yang diamalkan dalam pentadbiran kerajaan
- Bersih
- Cekap
- Amanah
- 6. Peranan Badan Pencegah Rasuah (BPR)
- Akta yang digunakan untuk menangani rasuah
- Tujuan BCA ialah pekerja memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan melaksanakannya dengan cekap dan berkesan di samping mempunyai sikap bersih dan amanah.
- BCA dalam sistem pentadbiran awam:
– Kad perakam waktu
– Pemakaian tanda nama
– Anugerah khidmat cemerlang
1.3 HARGA DIRI
- Maksud maruah diri:
- Kehormatan diri yang perlu kita pelihara.
- Contoh gejala-gejala sosial yang menjejaskan maruah diri :
- Melepak, Ponteng, Merokok, Perlumbaan haram, Penagihan dadah, Pergaulan bebas, Pembuangan bayi
- Kesan-kesan buruk gejala sosial terhadap remaja:
- Maruah diri/imej/nama baik terjejas/dipandang serong/hina oleh masyarakat
- Menjejaskan pelajaran – tidak mementingkan pelajaran/tidak menumpukan perhatian terhadap pelajaraan
- Ditangkap polis – masa depan gelap
- Maruah keluarga tergadai/tercemar/terjejas – keluarga mendapat malu
- Cara-cara untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam perbuatan sumbang/
- Mematuhi/akur dengan peraturan – tidak melanggar peraturan/ undang-undang
- Menuruti nasihat ibu bapa dan guru – belajar bersungguh-sungguh
- Mempunyai pegangan agama yang kukuh/iman yang kuat/mengamalkan ajaran agama – tidak mudah terjebak dengan perkara tidak baik
- Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah contohnya membaca, bersukan
- Ciri-ciri seseorang yang mempunyai harga diri yang tinggi.
- penyabar
- pemaaf
- menunaikan janji
- yakin kepada diri sendiri
- tenang menghadapi masalah
- tidak menyakitkan hati orang lain
- Cara seseorang / individu menjaga harga diri
- Beriman- patuhi ajaran agama
- Berkelakukan sopan contohnya berpakaian sopan
- Bertutur secara sopan contohnya tidak bercakap kasar
- Pandai pilih rakan yang berakhlak mulia – bergaul dengan orang yang bermoral tinggi
- Berupaya katakan tidak pada ajakan negatif seperti penyalahgunaan dadah.
- 7. Kebaikan menjaga harga diri/maruah diri.
- dihormati dan disanjungi oleh orang ramai/ masyarakat
- tidak mudah terpengaruh dengan amalan/gejala negatif
- mampu mencapai kejayaan yang cemerlang dan berterusan
- 8. Perkara-perkara yang boleh menjejaskan harga diri seseorang remaja.
- Bercakap bahasa kasar
- berpakaian tidak sopan/menjolok mata
- terlibat dengan perbuatan tidak bermoral/gejala negatif seperti bergaul bebas
- melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang contohnya menagih dadah
1.4 BERTANGGUNGJAWAB
- 1. Kebaikan merancang perkara berikut :
- a) Perbelanjaan
- Wang lebih dapat ditabung-ada simpanan untuk hari tua/ada wang semasa kecemasan
- Tidak berbelanja berlebihan – dapat menjimatkan wang
- Tidak berhutang – tidak perlu bayar faedah wang yang tinggi
- Tidak menghadapi masalah kewangan contohnya, muflis/bankrap
- b) Kerjaya
- Tahu minat dan keupayaan diri-dapat mencapai cita-cita
- Dapat memilih kerjaya yang sesuai – hidup puas dan gembira
- c) Kehidupan dewasa dan berkeluarga
- Menjamin kebahagiaan keluarga – mewujudkan keluarga bahagia
- Mengelakkan konflik dengan pasangan hidup – tiada pergaduhan/perceraian.
- Kesan/akibat/impak/implikasi tidak merancang masa depan terhadap
- a) Kerjaya
- Tidak dapat mencapai cita-cita sendiri – gagal dalam hidup
- Tidak berjaya dalam hidup – hidup susah
- Tidak berminat dalam kerjaya yang dicebur – hidup tidak gembira
- b) Perbelanjaan
- Berhutang – hidup miskin
- Tidak ada simpanan untuk kegunaan waktu kecemasan
- Tidak ada wang lebihan untuk menabung
- c) Kehidupan dewasa dan berkeluarga
- Keluarga huru hara/ kucar kacir- berlaku perceraian
- Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan berkeluarga – suami isteri sentiasa bergaduh
- Maksud pengurusan masa
- Merancang masa secara bijak – buat jadual perancangan masa yang rapi
- Kepentingan mengurus masa secara berhemah/ bertanggungjawab
- dapat mengelakkan pembaziran masa – masa dapat diguna secara optimum
- dapat mengelakkan kerja tertangguh – kerja siap dalam tempoh masa yang ditetapkan
- dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah contohnya bersukan,membaca
- dapat menjalankan aktiviti/kerja/tugas yang dirancang dengan teratur – kerja berjalan lancar
- Cara seseorang pelajar menguruskan masa.
- membuat jadual waktu persendirian
- melaksanakan perkara yang dirancang dalam jadual waktu
- mematuhi peruntukan masa dalam jadual waktu
1.5 HEMAH TINGGI
- Tokoh dunia yang dikagumi:
- Mahatma Ghandi
- Imam al-Ghazali
- Swami Vivekananda
- Confucius
- Socrates
- Plato
b ) Pemimpin negara yang anda kagumi
- Tunku Abdul Rahman
- Tun Abdul Razak
- Tun Tan Cheng Lock
- Tun V.T. Sambathan
- Tun Hussein bin Dato’ Onn
- Tun Dr.Mahathir Mohamed
- 2. Ciri-ciri seorang tokoh yang berperibadi mulia
- Sentiasa merendah diri
- Berjiwa rakyat
- Berpegang kuat kepada agama
- Menepati janji
- Ciri-ciri seorang yang berhemah tinggi
- Beradab sopan dalam pergaulan – tidak berbahasa kasar
- Merendahkan diri – tidak menunjuk – nunjuk dan sombong
- Bergaul mesra dengan masyarakat – disukai orang ramai
- Menghormati pendapat orang lain – berunding untuk mencapai kata sepakat
- Kepentingan mengamalkan budi pekerti yang mulia dalam kehidupan seharian
- Meningkatkan imej diri – disanjungi orang ramai
- Dapat mengeratkan hubungan dengan orang lain – tiada pergaduhan/perselisihan faham
- Menjaga perasaan orang lain – tidak menyinggung perasaan orang
5.Kesan tidak menjaga kesopanan dan kesusilaan apabila berinteraksi
- dipandang rendah oleh masyarakat – imej terjejas
- dibenci – rakan-rakan akan menjauhkan diri
- boleh menimbulkan salah faham/perbalahan/pergaduhan/konflik
1.6 TOLERANSI
- Kebaikan mengamalkan sikap toleransi dalam kehidupan bermasyarakat.
- Negara aman damai – rakyat hidup sejahtera
- Wujud perpaduan- negara maju
- Megeratkan hubungan antara kaum – dapat mengelakkan perselisihan faham/buruk sangka antara kaum
- Wujud keharmonian hidup bermasyarakat – menjamin hubungan baik terus berkekalan
- Membolehkan dasar-dasar kerajaan dilaksanakan dengan lancar – ekonimi negara berkembang maju
- 2. Kesan tidak mengamalkan sikap toleransi dalam masyarakat Malaysia.
- Negara huru hara – negara tidak maju
- Wujud prasangka/ buruk sangka antara kaum – Pergaduhan/perbalahan antara kaum berlaku
- Keharmonian hidup bermasyarakat akan terjejas – tiada perpaduan dalam negara
- 3. Matlamat utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan ( DKK )
- Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara
- Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
- Mempertingkat kualiti kehidupan manusia
- 4. Contoh aktiviti yang dapat meningkatkan sikap toleransi antara kaum.
- Rumah terbuka
- Sukan/sukaneka
- Jamuan muhibbah
- Sambutan hari kemerdekaan
- Permainan tradisional seperti congkak
- Sambutan perayaan pelbagai kaum seperti Hari Raya Aidilfitri/ Deepavali dll
- Kaum pribumi di:…
- Sabah
– Bajau
– Kadazan
– Dusun
- Sarawak
– Bidayuh
– Melanau
– Penan
– Kelabit
- Sikap yang ada pada masyarakat majmuk Malaysia untuk menjamin kehidupan yang aman dan harmoni.
- sikap bertolak ansur antara satu sama lain
- saling memahami cara hidup antara kaum
- saling menghormati adat resam kaum lain
- Menerima perbezaan adat dan budaya
- Contoh yang menunjukkan masyarakat bersatu padu
- kehidupan yang aman, damai dan harmoni
- kestabilan politik dalam negara
- pertumbuhan ekonomi yang mantap
- kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah pelbagai acara antarabangsa
- Jadual perayaan yang terdapat dalam masyarakat Malaysia
Majlis | Agama | Tujuan |
Sambutan Maulidur Rasul | Islam | Memperingati hari kelahiran Nabi Muhamad s.a.w |
Perayaan Vasaki | Sikh | Menandakan Pertubuhan Khalsa oleh Guru Gobind Singh |
Good Friday | Kristian | Tanda memperingati penyaliban Nabi Isa kerana menebus dosa umat manusia |
Perayaan Ponggal | Hindu | Tanda kesyukuran atas nikmat Tuhan |
Hari Wesak | Buddha | Melambangkan kelahiran, pencerahan agung dan kewafatan Gautama Buddha |
1.7 BERDIKARI
- Contoh amalan berdikari dalam kehidupan.
- Mengulang kaji pelajaran sebelum peperiksaan
- Mengemaskan bilik tidur setiap hari
- Bekerja sambilan pada masa cuti
- 2. Kesan pergantungan bantuan kewangan daripada negara lain untuk memajukan negara, terhadap:
- a) Rakyat
- Terpaksa menanggung beban hutang
- Membayar faedah wang yang tinggi
- b) Masyarakat
- Hilang rasa bangga terhadap negara
- Berasa tidak puas hati dengan kerajaan
- c) Negara
- Dipandang rendah oleh dunia luar
- Hilang keyakinan para pelabur terhadap negara
- 3. Sikap yang perlu ada pada seseorang pemimpin.
- Keupayaan untuk menyelesaikan masalah
- Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja
- Cekap dan cepat bertindak untuk menangani masalah
- Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah
- Peranan seorang wakil rakyat terhadap masyarakat.
- Menjaga kebajikan rakyat
- Menyelesaikan masalah rakyat
- Memajukan ekonomi masyarakat setempat
- Kepentingan amalan berdikari bagi :
- pelajar
- pekerja
- Ciri-ciri orang yang mempunyai nilai berdikari
- berusaha sendiri
- tidak bergantung kepada orang lain
- menghadapi masalah / rintangan dengan positif dan tabah hati
- Bukti negara kita sudah mampu hidup berdikari
- pembedahan ”telinga bionik” di UKM
- pelancaran satelit ”MEASAT”
- teknologi pertanian – mencipta kaedah kacukan tanaman
- Dua orang wira negara yang berjaya mendaki Gunung Everest
- M. Magendren
- N. Mohandas
- Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin
- Ahmad Reduan Rozali
1.8 KERAJINAN
- 1. Ciri-ciri seorang pelajar yang rajin.
- Cekal menghadapi cabaran
- Gigih menghadapi rintangan/dugaan
- Sentiasa berusaha untuk memajukan diri
- Sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk mencapai kejayaan
- 2. Contoh sikap kerajinan yang diamalkan dalam masyarakat Jepun.
- Rajin bekerja
- Rajin berbincang
- Rajin mencipta sesuatu yang baru/berinovasi
- Rajin belajar terutamanya mata pelajaran Sains
- 3. Contoh-contoh binaan silam yang menakjubkan di dunia
- Tembok Besar Negeri China
- Taj Mahal di India
- Piramid di Mesir
- Contoh yang menunjukkan masyarakat kini lebih rajin
- Wujudnya lebih ramai hartawan /jutawan
- Lahirnya pelbagai reka cipta baru ( komputer)
- Lebih banyak bidang diterokai (angkasa lepas)
- Lebih banyak kejayaan dicapai ( pendidikan / sukan)
- Cara anda menunjukkan sikap rajin sebagai:
- Anak
- Pelajar
- Peribahasa yang manggambarkan nilai kerajinan
- belakang parang kalau diasah lagikan tajam
- kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
- berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu,
1.9 KASIHSAYANG
– Rujuk Nilai Kasih Sayang Terhadap Keluarga
1.10 KEADILAN
- Contoh amalan keadilan dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.
- Pemberian hak milik tanah oleh FELDA.
- Penyediaan kemudahan asas seperti air dan elektrik kepada penduduk luar bandar.
- Penyediaan rumah kos rendah kepada golongan rakyat miskin
- Pemberian biasiswa kepada pelajar memerlukan bantuan kewangan/layak mendapat bantuan
2.a) Cukai yang perlu dibayar oleh rakyat.
- Cukai pendapatan
- Cukai jalan
- Cukai perkhidmatan
- Cukai tanah
- Cukai Pintu
- b) Tujuan kerajaan mengenakan cukai.
- Menambah pendapatan negara
- Membiayai perbelanjaan kerajaan
- Melindungi industri muda
- Mendapatkan dana/ sumber kewangan untuk projek pembangunan negara
- 3. Dua organisasi untuk menegakkan keadilan di Malaysia :
- Mahkamah
- SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia)
- Tiga peranan SUHAKAM
- menyiasat aduan tentang kes pelanggaran hak asasi manusia di Malaysia
- memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia
- menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan
- 5. Keadilan boleh menjamin kesejahteraan masyarakat. Contohnya,
- orang yang didapati bersalah akan mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
- hukuman yang lebih berat ke atas pesalah dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan orang ramai termasuk pesalah supaya tidak terlibat dengan kesalahan yang sama
1.11 RASIONAL
- Langkah-langkah penyelesaian masalah secara rasional
- Melaporkan kepada pihak sekolah/berkuasa
- Berbincang/berunding untuk menyelesaikan masalah
- 2. Kesan sekiranya bertindak tanpa berfikir
- Menyinggung perasaan orang lain- tidak disukai orang lain
- Menimbulkan konflik/pergaduhan/perselisihan faham/perbalahan-hidup tidak aman
- Tindakan rasional dalam situasi berikut:
- a. Gagal dalam peperiksaan SPM
- mengenal pasti kelemahan dan mencari jalan untuk memperbaikinya
- Tiada wang untuk membayar yuran peperiksaan SPM
- beritahu guru tentang masalah sebenar
- memohon bantuan daripada badan kebajikan
- Pujukan kawan untuk lari dari rumah
- menolak pujukan kawan
- memberitahu guru untuk mendapatkan nasihat
- Kesan perbuatan remaja lari dari rumah terhadap :
- diri remaja
- Mejejaskan nama baik diri – diri mendapat malu
- tiada sumber kewangan – hidup susah
- keselamatan tergugat – nyawa terancam
- keluarga remaja
- menjatuhkan maruah keluarga- keluarga malu
- ibu bapa bimbang – risau keselamatan anak
- Kesan tidak menyelesaikan masalah melalui rundingan terhadap :
- Negara
- keselamatan negara terdedah kepada ancaman luar – negara huru-hara
- Institusi keluarga
- berlaku perpecahan keluarga – contohnya penceraian dan penderaan anak
- wujud perselisihan antara anggota keluarga-hubungan kekeluargaan renggang
- Sosial
- keruntuhan akhlak remaja contonya remaja lari dari rumah – tiada pewaris negara yang berkaliber
- Ekonomi
- pelabur kurang yakin- ekonomi tidak stabil – rakyat hilang pekerjaan
- 6. Ibu bapa merupakan orang yang paling banyak mendera kanak-kanak( punca / sebab penderaan) kerana:
- Ibu bapa merupakan orang yang paling rapat/dekat dengan anak- banyak masa diluangkan bersama anak
- tekanan emosi – melepas geram pada anak-anak
- kemiskinan- kesempitan wang
- masalah keluarga – pergaduhan antara suami isteri
- kerenah anak-anak yang nakal – dipukul sehingga tercedera
- Usaha-usaha (langkah-langkah) bagi mengatasi masalah penderaan/ yang boleh diambil bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat bahawa mereka sepatutnya menjadi pelindung kanak-kanak.
- menguatkuasakan undang-undang – dakwa di mahkamah
- mengenakan hukuman yang lebih berat- hukuman rotan
- menganjurkan kempen kesedaran- ceramah, seminar
- menganjurkan kursus keibubapaan- memberi maklumat tentang peranan yang harus dimainkan oleh ibu bapa
8 Kesan-kesan penganiayaan terhadap diri kanak-kanak
- perkembangan emosi kanak-kanak terjejas – tumbesaran terbantut
- kanak-kanak menjadi tidak normal – emosi terganggu
- tiada keyakinan diri – menjadi pendiam
- menjadi pendendam- menjadi pendera pada masa akan datang
- Faktor yang menyebabkan berlakunya penderaan kanak-kanak
- a. ibu bapa
- panas baran
- tekanan di tempat kerja – emosi tidak stabil
- kemiskinan/masalah kewangan
- b. anak
- karenah anak yang nakal
- tidak mendengar nasihat
- c. sikap pembantu rumah
- panas baran
- materialistik
- tidak bertanggungjawab
- Ibu bapa tidak wajar mendera anak-anak mereka kerana:
- anak ialah amanah Tuhan- anak-anak harus disayangi
- akan menjejaskan perkembangan mental anak-anak
- Menjejaskan perkembangan fizikal anak-anak
- boleh menyebabkan berlakunya kecacatan/ kecederaan/kematian
- Kesan penganiayaan terhadap diri dan masa depan kanak-kanak tersebut adalah seperti yang berikut:
- perkembangan emosi terjejas dan menjadi tidak normal
- kanak-kanak membesar tanpa keyakinan diri menjadi seorang yang pendendam serta berkecenderungan menjadi pendera pada masa hadapan
- Usaha-usaha yang boleh dibuat oleh kerajaan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat supaya menjadi pelindung kanak-kanak ialah:
- menguatkuasakan undang-undang contohnnya menetapkan hukuman yang lebih berat terhadap ibu bapa yang mendera anak mereka seperti hukuman rotan dan penjara
- mengadakan kempen kesedaran seperti ceramah kepada ibu bapa tentang cara-cara menjadi ibu bapa yang penyayang/berkesan
- menganjurkan kursus-kursus motivasi seperti kursus perkahwinan dan keibubapaan
- Masalah pembuangan bayi masih berlaku kerana:
- tiada sifat belas ihsan dan kasih sayang
- pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
- kurangnya pendidikan agama/moral
- 14. Orang sanggup membuang bayi mereka kerana:
- anak yang dilahirkan cacat – tidak dapat berdepan dengan anak tersebut
- Masalah kewangan – kesempitan wang dan tidak dapat menyara kehidupan bayi itu
- malu kepada keluarga dan masyarakat – melahirkan anak luar nikah
- Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menangani masalah pembuangan bayi ialah:
- kerajaan harus mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat seperti ceramah supaya mereka menyayangi dan mengasihi anak-anak mereka
- masyarakat harus melaporkan kes-kes pembuangan bayi kepada pihak berkuasa – dapat membantu mengurangkan/membanteras kes pembuangan bayi
- mempertingkatkan pendidikan agama/moral di kalangan masyarakat- masyarakat yang berakhlak mulia takut dan tidak akan melakukan pembuangan bayi
- Golongan bernasib baik dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik dengan cara:
- memberi sokongan moral, contoh memberi nasihat dan kata-kata motivas/sokongan
- memberi bantuan kewangan contohnya derma wang
- memberi bantuan kebendaan, contoh pakaian, makanan dan barang keperluan asas
- Golongan yang bernasib baik patut menderma kepada golongan yang kurang bernasib baik kerana:
- golongan yang kurang bernasib baik memerlukan bantuan dan sokongan – meringankan beban
- mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk menghulurkan bantuan –wujudkan masyarakat penyayang
- Golongan kurang bernasib baik tidak patut sentiasa bergantung kepada golongan bernasib baik kerana:
- golongan yang kurang bernasib baik perlulah berdikari
- berusaha untuk memperbaiki taraf hidup
- Usaha yang dapat dilakukan untuk membantu golongan kurang bernasib baik ialah:
- menubuhkan yayasan khas untuk mengumpul dana/wang bagi membantu mereka
- mewujudkan pusat kemahiran untuk melatih mereka hidup berdikari contohnya bengkel kraf tangan
- Golongan kurang bernasib baik perlu dibantu kerana:
- mereka memerlukan bantuan
- sudah menjadi tanggungjawab sesama insan untuk menjaga kebajikan bersama
- Kesan buruk akibat perbuatan manusia yang tidak baik
- Penerokaan hutan secara berleluasa
- Habitat haiwan musnah –haiwan pupus
- Hakisan tanah / tanah runtuh – membahayakan nyawa
- Pemanasan global – suhu udara meningkat
- Flora dan fauna pupus – generasi akan datang tidak melihat haiwan dan tumbuhan yang sudah pupus
- b) Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai
- Banjir kilat – merosakkan harta benda
- Hidupan akuatik terjejas/musnah/mati
- Persekitaran berbau busuk – ketidakselesaan
- Merosakkan pandangan darat fizikal – pemendangan tidak cantik
- c) Rasuah bola sepak
- Kesahihan keputusan dipertikaikan- keputusan tidak adil
- Menimbulkan rasa tidak puas hati pihak lawan- berlaku persengketaan
- Menimbulkan pergaduhan- suasana huru hara
- Hilang kepercayaan terhadap pengadil – jejas imej pengadil
- Contoh-contoh masalah sosial
- Budaya lepak
- Remaja lari dari rumah
- Penyalahgunaan dadah
- 23. Contoh-contoh masalah alam sekitar
- Banjir kilat
- Pencemaran air/udara
- Penipisan lapisan ozon
- 24. Cara-cara untuk menangani masalah sosial:
- Memberi nasihat / kaunseling
- Melaporkan kepada pihak berkuasa
- Cara-cara untuk menangani masalah alam sekitar.
- Menganjurkan kempen kesedaran
- Menguatkuasa undang-undang
- Melaporkan kepada Jabatan Alam sekitar (JAS)
- Kesan sekiranya masalah-masalah sosial tidak diatasi.
- Masalah sosial
- Jenayah bertambah – mengancam keselamatan awam
- Ketenteraman masyarakat terjejas – negara huru hara
- Masalah alam sekitar
- Kualiti udara semakin merosot – berlaku pencemaran udara
- Kesihatan penduduk terjejas
- Cara ilmu berikut membantu manusia hidup sejahtera
- Ilmu teknologi maklumat
- Ilmu sains perubatan
28.Kesan jika orang yang berilmu
- menggunakan ilmu ke arah kebaikan
- menyalahgunakan ilmu yang diperolehnya
- 29. Dua cara penjagaan kesihatan diri
- mengamalkan amalan pemakanan yang seimbang- kesihatan terjamin
- mengamalkan gaya hidup sihat – bersenam/bersukan
1.12 KESEDERHANAAN
- 1. Sebab-sebab pembangunan fizikal perlu diseimbangkan dengan pembangunan
- Melahirkan rakyat yang berilmu dan bermoral
- Kehidupan rakyat lebih aman dan harmoni
- Keseimbangan alam sekitar dapat dikekalkan
- Ramalkan kesan sekiranya sistem pendidikan sesebuah negara memisahkan ilmu daripada agama, moral, budaya dan nilai kemanusiaan.
- Pelajar yang tinggi pencapaian akademik tetapi tidak mengamalkan nilai-nilai murni.
- Kebajikan golongan kurang berupaya terabai – hak tidak terjaga
- Institusi keluarga akan runtuh – tidak wujud masyarakat penyayang
- Bukti-bukti kerajaan menitikberatkan pembangunan insan
- Pengenalan mata pelajaran Pendidikan Moral,Pendidikan Islam.
- Kempen Masyarakat Penyayang dan Sekolahku Syurgaku
- Mewujudkan sekolah pendidikan khas.
4.Tingkah laku kesederhanaan:
- pertuturan
– tidak menyinggung perasaan orang lain – hubungan erat
- perbelanjaan
– berbelanja mengikut kemampuan – tidak berhutang
- pemikiran
– tidak buruk sangka
- berpakaian
- Kesan tindakan manusia yang tidak menitikberatkan nilai kesederhanaan :
- Hubungan manusia sesama manusia
- bersaing secara tidak sihat
- sanggup melakukan apa sahaja untuk mengejar kemewahan
- bertindak tanpa perikemanusiaan
- Hubungan manusia dengan alam sekitar
- kualiti kehidupan manusia terjejas
- berlaku kemusnahan alam yang teruk
- Contoh amalan nilai kesederhanaan :
- mengimbangi pencapaian kurikulum dan kokurikulum
- tidak boros berbelanja