PENDIDIKAN MORAL SPM BIDANG 3 – NILAI BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR
3.1 MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ALAM SEKITAR
– Sumber ubat-ubatan tradisional musnah
3.2 KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR
3.3 KEMAPANAN ALAM SEKITAR
3.4 PEKA TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR
3.1 MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ALAM SEKITAR
- Nama penuh PERHILITAN
- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
- Sebutkan dua peranan PERHILITAN
- memberi perlindungan kepada warisan flora dan fauna
- memantau tindakan manusia supaya tidak merosakkan sumber alam secara berlebihan
- 3. Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengawal sumber alam.
- Jabatan Perikanan
- Jabatan Perhutanan
- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
- Usaha Tabung Alam Malaysia (WWF) dalam memulihara alam sekitar dan mengekalkan ekologi
- Memelihara kepelbagaian spesies dan ekosistem
- Memastikan sumber semula jadi digunakan secara mapan
- Menjalankan aktiviti yang menggalakkan usaha mengurangkan pencemaran dan pembaziran
- 5. Kesan buruk penggunaan sumber alam secara berlebihan
- Keseimbangan ekosistem terjejas
- Kepupusan flora dan fauna
- Kehabisan sumber contohnya bahan galian (petroleum), hutan
- Kebaikan Etika Alam Sekitar
- Memastikan tanggungjawab kita kepada pengurusan, perlindungan dan pembangunan alam sekeliling kita
- Matlamat Program Kesedaran Pemuliharaan Asia / Asian Conservation Awareness Programme (ACAP)
- Untuk menjalankan kempen pada peringkat antarabangsa tentang perlindungan hidupan liar terutamanya harimau dan badak sumbu
- Kepentingan hutan kepada manusia
- Sumber pendapatan, contohnya kayu balak, rotan, damar
- Membebaskan oksigen yang penting untuk pernafasan manusia
- Menyerap karbon dioksida / mengurangkan pencemaran udara
- Membekalkan banyak elemen penting bagi kehidupan seperti sumber makanan
- Menyederhanakan suhu / membantu menyeimbangkan suhu
- Sebagai kawasan tadahan hujan / tempat penyimpanan air
- Menjadi habitat flora dan fauna
- Sumber ubat-ubatan tradisional
- Cara-cara memastikan sumber hutan tidak musnah
- Penanaman semula hutan selepas aktiviti pembalakan/penebangan hutan
- Memastikan sumber alam digunakan dengan bijak
- Mewajibkan kontraktor pembalakan mengupah pekerja yang mahir sahaja untuk menjalankan aktiviti pembalakan.
- Tidak membenarkan pembalakan haram
- Megehadkan pengeluaran lesen atau permit untuk penerokaan hutan
- Kepentingan ’penghutanan semula’
- Memastikan hutan tidak musnah/pupus
- Menjamin keseimbangan alam sekitar
- Hutan dapat dikekalkan
- Dapat mengawal penerokaan hutan sewenang-wenangnya
- Kesan sekiranya alam sekitar diterokai dengan tidak terkawal:
- Manusia:
– Sumber ubat-ubatan tradisional musnah
- Haiwan:
- Tumbuh-tumbuhan:
- Langkah-langkah pemeliharaan hidupan liar:
- tidak melakukan penerokaan hutan secara berleluasa
- penguatkuasaan undang-undang pembalakan
- program perlindungan dan penjagaan haiwan yang hampir pupus
- Peranan semua pihak untuk menjaga flora dan fauna di Malaysia:
- kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang ketat- denda wang/penjara
- pembalak/peneroka/pemaju perlu mematuhi peraturan penerokaan hutan
- masyarakat melaporkan kegiatan pemusnahan flora dan fauna secara haram
- 14. Hidupan liar di negara kita dijaga dan dilindungi dengan:
- mewujudkan taman negara
- kerajaan menguatkuasakan undang-undang bagi melindungi spesies-spesies yang hampir pupus seperti penyu belimbing, badak sumbu
- peranan melindungi hidupan liar yang dimainkan oleh agensi kerajaan seperti PERHILITAN
- peranan melindungi hidupan liar yang dimainkan oleh agensi bukan kerajaan (NGO) seperti Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan World Wildlife Fund (WWF)
3.2 KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR
- Nyatakan satu laporan yang perlu disediakan oleh pihak berkaitan sebelum memulakan sesuatu projek pembangunan.
- Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar [EIA]
- Punca-punca kemusnahan kawasan perhutanan
- Perumahan
- Proses perbandaran
- Penerokaan hutan secara haram/ pembalakan haram
- Pertumbuhan kawasan industri
- Penerokaan kawasan penternakan
- Kesan-kesan kemusnahan kawasan perhutanan
- Hakisan tanah
- Perubahan cuaca
- Gangguan ekologi
- Kekurangan kawasan tadahan air
- Usaha-usaha usaha untuk memelihara hutan
- Mewartakan hutan simpanan
- Penanaman semula pokok
- Mengurangkan projek pembangunan yang terpaksa mengorbankan hutan primer.
- Mengkaji dan memilih cara pembinaan yang mesra alam
- Maksud “Ekopelancongan”
- Usaha memajukan sektor pelancongan dengan memanfaatkan alam sekitar supaya tidak berlaku kerosakan teruk.
- Kawasan eko-pelancongan negara yang popular:
- Taman Negara
- Pulau Sipadan, Sabah
- Tasik Kenyir, Terengganu
- Bencana alam yang berlaku akibat pengurusan alam yang tidak bijaksana.
- Banjir kilat
- Tanah runtuh
- Kesotan tanah
- Peranan pihak berikut dalam membantu kerajaan menangani masalah kemusnahan alam:
- i) Masyarakat
- Melaporkan tindakan yang merosakkan alam kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar / polis
- ii) Pihak berkuasa
- Mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab termasuk membatalkan lesen/permit.
- Kepentingan program kitar semula:
- mengelakkan pencemaran alam sekitar
- menjimatkan penggunaan sumber asli
- mengurangkan kos pelupusan sampah
- Peranan bagi menjayakan program kitar semula:
- a) pengguna
- mengurangkan penggunaan plastik dan kertas
- memberi sokongan kepada kempen kitar semula
- b) pengeluar
- mematuhi undang-undang alam sekitar
- mengurangkan pembuangan sisa toksid
- 11. Maksud program 3R
- Reduce – mengurangkan penggunaan bahan sumber yang terhad
- Reuse – mengguna semula
- Reycle – mengitar semula
3.3 KEMAPANAN ALAM SEKITAR
- Jabatan yang terlibat dalam usaha pengurusan dan pemeliharaan alam sekitar
- Jabatan Alam Sekitar (JAS)
- 2. Peranan Jabatan Alam Sekitar
- Mengadakan program pencegahan dan pengawalan pencemaran alam sekitar
- Bertindak sebagai agensi penguatkuasa yang menyebarkan peraturan dalam Akta Kualiti Alam Sekitar
- 3. Peraturan-peraturan yang digubal di bawah peruntukan Akta Kualiti Alam Sekitar
- Kenderaan Bermotor 1977 (Kawalan Pelepasan Asap)
- Kumbahan dan Efluen Perindustrian 1979
- Pembakaran terbuka 2000
- Tindakan kerajaan terhadap pesalah alam sekitar
- Menggantung lesen operasi bagi kilang
- Denda dalam bentuk wang tunai
- Hukuman penjara
- Menanggung kos pembersihan dan pembaikpulihan kawasan yang dicemari.
- Kesan peraturan tidak dipatuhi
- Semua pihak akan bersikap sambil lewa
- Bumi akan terus tercemar dan bencana alam akan berlaku
- Kualiti hidup manusia akan terjejas
- Perhutanan, pertanian serta pengolahan dan pelupusan sisa adalah antara 19 projek yang perlu mendapat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar ( PKAS )
- a) Kepentingan PKAS
- Alam sekitar mendapat pertimbangan yang lebih menyeluruh dalam penilaian untuk meluluskan sesuatu projek.
- b) Kesan kelulusan PKAS diabaikan oleh pemaju kawasan pembalakan
- Menyebabkan tanah runtuh
- Menjejaskan kawasan tadahan air
- Kesan pencemaran sungai kepada hidupan sungai dan manusia.
- Menjejaskan kesihatan manusia kerana meminum air yang tercemar
- Sungai yang tercemar boleh menjadi punca penyakit
- Menjejaskan aktiviti sungai termasuk perikanan dan pelancongan
- Akta berkaitan dengan penjagaan alam sekitar:
- Akta Kualiti Alam Sekitar 1997
- Akta Zon Ekonomi Ekslusif 1984
- Akta Perhutanan Negara 1984
- 9. Taman Negara yang terdapat di negara kita :
- Taman Negara Endau-Rompin
- Taman Negara Bako
- Taman Negara Mulu
- Aktiviti manusia yang mencemarkan alam sekitar
- perindustrian – pelepasan sisa toksik
- pertanian – penggunaan baja dan racun
- perlombongan – kawasan lombong terbiar
- 11. Kesan-kesan pencemaran alam sekitar
- hidupan akuatik terjejas
- bekalan air bersih berkurangan
- menyebabkan penyakit
- udara menjadi tercemar
- Kesan pembukaan tanah untuk aktiviti pertanian yang tidak terancang
- hakisan tanah / tanah runtuh
- banjir kilat
- kepupusan spesis tumbuhan tertentu
3.4 PEKA TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR
- Contoh tindakan manusia yang membawa kerosakan serius terhadap alam sekitar
- Peperangan yang melibatkan senjata nuklear
- Tumpahan minyak di kawasan perairan
- Pembebasan zarah radioaktif ke atmosfera
- Maksud ‘Konsep Pembangunan Mapan’
- Pembangunan seimbang yang memenuhi kehendak generasi masa kini tanpa mengorbankan keperluan generasi akan datang
- Amalan kitar semula merupakan satu usaha penggunaan sumber yang terancang
- a) Kebaikan amalan kitar semula.
- Mengurangkan penggunaan sumber
- Menjimatkan kos
- b) Contoh amalan kitar semula di rumah
- Menggunakan air basuhan untuk menyiram pokok
- Menggunakan beg plastik dari pasar raya untuk membungkus sampah
- Kesan sumber tenaga air dan hutan tidak digunakan secara terancang
- Sumber akan berkurangan dengan cepat
- Suhu akan meningkat
- Ekosistem terganggu
- Peranan Jabatan Alam Sekitar (JAS):
- menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar dan Zon Ekonomi Ekslusif
- memastikan keunikan, kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan
- Nilai yang ada pada agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam rancangan penanaman semula hutan:
- menyayangi dan menghargai alam sekitar
- kemapanan alam sekitar
- Peka terhadap isu-isu alam sekitar
- Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
- Rasional
- bertanggungjawab
- Kebaikan memperjuangkan alam sekitar yang bersih dan sihat
- dapat menjamin kualiti kebersihan alam sekitar
- menjamin keselamatan, kesejahteraan dan keselesaan hidup
- menjamin kesihatan diri
- 8. Pertubuhan yang memperjuangkan kualiti alam sekitar
- Greenpeace
- Sahabat Alam Malaysia
- WWF (World Wildlife Fund for Nature)
- “Reef Check Malaysia”, yang bertindak bagi melindungi terumbu dan batu karang di Malaysia serta rantau Asia Tenggara.
- Pertubuhan Perindustrian, Lanjutan Rohaniah dan Kebudayaan Antarabangsa
- 9. Peranan Jabatan Alam sekitar (JAS)
- menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
- memastikan keunikan, kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan
- Peranan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
- menyuarakan bantahan terhadap projek-projek yang menjejaskan kualiti alam
- kempen meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar
- mengadakan dialog dan rundingan dengan majlis kerajaan tempatan dan pihak swasta
- Peranan WWF
- memperjuangkan alam sekitar yang berkualiti
- memberi tumpuan terhadap kerja-kerja pemuliharaan hidupan liar dan hutan
- membuat kajian tentang kualiti air sungai
- melindungi kawasan tadahan air
- Peranan Greenpeace
- menyuarakan agar ujian nuklear diharamkan
- Sumbangan anda dalam meningkatkan kualiti alam sekitar:
- turut serta dalam kempen kesedaran alam sekitar yang diadakan
- melaporkan kes salah laku yang mencemarkan alam sekitar kepada pihak berkuasa/JAS
- melibatkan diri dalam program penjagaan alam sekitar contohnya penanaman pokok, kitar semula
- Peranan anggota masyarakat dalam penjagaan alam:
- Mengamalkan gaya hidup mesra alam, contohnya kitar semula barangan/ mengurangkan penggunaan plastik
- Melibatkan diri dalam menjayakan kempen kesedaran alam sekitar yang dianjurkan oleh kerajaan – menyedari kepentingan menjaga alam sekitar
- mematuhi undang-undang alam sekitar – tidak membuang sampah merata-rata tempat
- melaporkan kes kes salah laku yang mencemarkan alam sekitar