-->

Type something and hit enter

Pages

Translate

On
Novel Darah Titik Di Semantan : Nilai Murni dan Persoalan (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 2)

NILAI MURNI :
1. Kerjasama
  • contohnya Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad bersama-sama membina kubu di Teluk Sengarat. Apabila tempat itu siap, Datuk Bahaman, Mat Lela dan Tuk Selampit mengawal ternpat tersebut. Datuk Bahaman juga menyampaikan amanat bahawa pertempuran ini akan lebih sulit dan besar kerana mereka bakal menghadapi 50 orang mata-mata Sikh yang diketuai oleh Desborough manakala satu lagi pasukan terdiri daripada 300 askar-askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali.
2. Keberanian
  • contohnya Datuk Bahaman berani menentang penjajah Inggeris walaupun tahu dirinya dalam keadaan terancam. Tindakan yang dilakukan oleh Datuk Bahaman ialah menyusun strategi perang terhadap Inggeris. Apabila Desborough datang dengan membawa 50 orang mata-mata Inggeris, Datuk Bahaman menyerang dan menewaskan mereka.
3. Patriotisme
  • contohnya Datuk Bahaman dan orang-orangnya sanggup melakukan apa-apa sahaja demi menyelamatkan tanah air tercinta. Buktinya, apabila dia membunuh 50 orang mata-mata Inggeris yang dibawa oleh Desborough kerana menganggap golongan penjajah tidak boleh diberi muka di bumi Semantan.
PENGAJARAN :

1. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan
  • contohnya Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad bersama-sama membina kubu di Teluk Sengarat. Apabila tempat itu siap, Datuk Bahaman, Mat Lela dan Tuk Selampit mengawai tempat tersebut. Datuk Bahaman juga menyampaikan amanat bahawa pertempuran ini akan lebih sulit dan besar kerana mereka bakal menghadapi 50 orang mata-mata Sikh yang diketuai oleh Desborough manakala satu lagi pasukan terdiri daripada 300 askar-askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali.
2. Kita perlulah berani menegakkan keadilan
  • contohnya Datuk Bahaman berani menentang penjajah Inggeris walaupun tahu dirinya dalam keadaan terancam. Tindakan yang dilakukan oleh Datuk Bahaman ialah menyusun strategi perang terhadap Inggeris. Apabila Desborough datang dengan membawa 50 orang mata-mata Inggeris, Datuk Bahaman menyerang dan menewaskan mereka.
3. Kita mestilah berjiwa patriotisme

Back to Top