NILAI-NILAI MORAL DAN HURAIAN UNTUK NILAI
| Bil | Nilai | Huraian | 
| 1 | Kepercayaan kepada Tuhan | ·         Mematuhi ajaran Tuhan · Mengamalkan ajaran agama · Menuruti tuntutan agama · Mempunyai pegangan agama yang kukuh · Bertindak mengikut ajaran agama  | 
| 2 | Amanah | ·         Mengamalkan  sikap yang boleh dipercayai  oleh orang lain dalam menjalankan tanggungjawab diberi · Bersifat jujur  | 
| 3 | Harga Diri | ·         Menjaga nama baik/imej diri · Menjaga nama baik/imej keluarga · Mengharumkan nama…  | 
| 4 | Bertanggungjawab | ·         Menjalankan kerja/tugas yang diberi dengan baik · Memainkan peranan sebagai… dengan baik · Menjaga kebajikan … · Tahu peranan…ialah … · … diurus dengan baik  | 
| 5 | Hemah Tinggi | ·         Berbudi bahasa · Besikap bersopan santun · Berperibadi mulia · Berakhlak baik · Menjaga imej diri…agar tidak dipandang serong  | 
| 6 | Toleransi | ·         Mengawal perasaan/emosi · Besikap sabar dan tenang · Bersikap liberal · Tidak bertindak terburu-buru  | 
| 7 | Berdikari | ·         Tidak mengharapkan bantuan … · Melakukan tugas/perkara dengan sendiri  | 
| 8 | Kerajinan | ·         Tidak mudah putus asa · Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam … untuk mencapai kejayaan · Berupaya menghadapi cabaran dan rintangan dengan semangat yang kuat  | 
| 9 | Kasih Sayang | ·         amat menyayangi … · Mengambil berat terhadap… · Berperasaan sayang yang kekal abadi · Prihatin terhadap…  | 
| 10 | Keadilan | ·         Tidak pilih kasih terhadap… · Mengambil tindakan yang sama terhadap kedua-dua pihak tanpa mengira/dipengaruhi oleh pangkat dan keturunan · Membuat keputusan yang tidak menyebelahi satu pihak sahaja  | 
| 11 | Rasional | ·         Memikirkan kesan/akibat/implikasi… · Boleh membuat pertimbangan yang baik dengan … · Berfikir sebelum bertindak · Mengambil kira … · Menimbangkan kesan positif… · Ambil tindakan/langkah terbaik dengan mengambil kira…  | 
| 12 | Kesederhanaan | ·         Bersikap tidak melampau dalam… · Tidak mengabaikan kebajikan /perasaan/diri dan orang lain · Tidak bercakap/ bertutur keterlaluan · Tidak bertindak di luar batasan  | 
| 13 | Kasih Sayang terhadap keluarga | ·         Menyayangi anggota keluarga · Sayangi anggota keluarga dengan kekal abadi · Berperasaan amat menyayangi/mencintai anggota keluarga · Terus menyayangi…  | 
| 14 | Hormat dan taat kepada anggota keluarga | ·         Sanjungi setiap anggota keluarga · Memberi layanan yang baik terhadap anggota keluarga · Mempunyai hubungan yang mulia/baik dengan anggota keluarga · Menghargai…  | 
| 15 | Mengekalkan tradisi kekeluargaan | ·         Menerima warisan/amalan yang diwarisi keluarga · Menghormati adat resam keluarga · Mengamalkan adat resam dan pantang larang nenek moyang  | 
| 16 | Tanggungjawab terhadap keluarga | ·         Peranan terhadap keluarga yang harus dilaksanakan oleh setiap anggota keluarga · Untuk mewujudkan keluarga sejahtera /menjaga nama baik keluarga · Berasa gembira dapat…  | 
| 17 | Menyayangi dan menghargai Alam Sekitar | ·         Sedar kepentingan menjaga alam sekitar · Tidak mengugat/mengancam kepentingan ekosistem · Tidak memusnahkan/merosakkan flora dan fauna · Habitat haiwan dan tumbuhan tidak musnah/pupus · Menjaga alam sekitar… · Membaikpulih alam sekitar  | 
| 18 | Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar | ·         Menjaga hubungan yang baik/sejahtera antara manusia dan alam · Menjaga kualiti kehidupan antara manusia dan alam · Kekalkan flora dan fauna  | 
| 19 | Kemapanan Alam Sekitar | ·         Memikul tugas bersama bagi mengekalkan keseimbangan alam sekitar · Menjaga alam secara maufakat · Bekerjasama bagi menjaga alam sekitar · Memainkan peranan secara bersemangat berpasukan bagi memelihara alam sekitar · Memelihara hutan simpanan · Memastikan ekosistem terpelihara · Peranan semua pihak menjaga alam sekitar  | 
| 20 | Peka terhadap isu-isu Alam Sekitar | ·         Mengambil berat masalah alam sekitar · Berganding bahu menyelesaikan masalah alam sekitar · Sedar masalah yang berlaku · Berusaha menangani masalah yang berlaku  | 
| 21 | Cinta akan Negara | ·         Menyayangi dan kagum terhadap negara · Mengutamakan kepentingan negara · Menyokong usaha/program negara · Cinta yang tidak berbelah bahagi terhadap negara  | 
| 22 | Taat Setia kepada Raja dan Negara | ·         Mengutamakan raja dan negara · Menurut/ Menjunjung perintah raja dan negara · Patuh kepada raja dan negara  | 
| 23 | Sanggup berkorban untuk Negara | ·         Sanggup menggadai nyawa untuk negara · Mencurah bakti kepada negara · Bersedia berkhidmat/memberi sumbangan kepada negara  | 
| 24 | Melindungi Hak kanak-kanak | ·         Menegakkan hak kanak-kanak · Menjaga hak kanak-kanak · Memastikan keperluan kanak-kanak dipelihara · Menjamin keselamatan kanak-kanak  | 
| 25 | Menghormati Hak Wanita | ·         Menjaga hak wanita · Menghargai sumbangan wanita  | 
| 26 | Melindungi hak pekerja | ·         Memelihara hak pekerja · Menjaga hak pekerja · Menjaga kebajikan golongan pekerja  | 
| 27 | Menghormati hak golongan kurang berupaya | ·         Menjaga hak golongan kurang berupaya · Memberi layanan yang baik kepada golongan kurang berupaya · Tidak memandang serong/rendah golongan kurang berupaya · Tidak pinggir golongan kurang berupaya · Menghargai golongan kurang berupaya  | 
| 28 | Melindungi hak pengguna | ·         Menegakkan hak pengguna · Menjaga kebajikan pengguna · Memastikan pengguna tidak ditindas oleh pengeluar · Menjaga hak pengguna agar tidak ditindas  | 
| 29 | Mematuhi peraturan dan undang-undang | ·         Akur dengan peraturan dan undang-undang · Tidak melanggar peraturan dan undang-undang · …adalah salah di sisi undang-undang · …agar tidak dikenakan tindakan demerit/rotan/penjara/denda wang  | 
| 30 | Kebebasan bersuara | ·         Bebas mengeluarkan kata-kata dengan batasan · Bebas memberi idea dengan batasan/syarat · Mengemukakan pendapat dengan batasan/syarat · Bebas bercakap/berhujah dengan syarat  | 
| 31 | Kebebasan beragama | ·         Bebas memilih agama yang dianuti · Bebas mempraktikkan agama yang dianuti · Bebas melibatkan diri dalam akiviti keagamaan yang dianuti  | 
| 32 | Penglibatan diri dalam pembangunan Negara | ·         Melibatkan diri/menyertai program pembangunan negara · Menyokong program/aktiviti pembagunan negara  | 
| 33 | Sikap keterbukaan | ·         Berlapang dada dalam menerima kritikan/pandangan · Menerima pendapat dengan hati yang terbuka  | 
| 34 | Hidup bersama secara aman | ·         Hidup secara aman damai/harmoni antara satu sama lain · Mementingkan kesejahteraan dan kedamaian hidup · Tiada pertelingkahan /perbalahan/ konflik/ pergaduhan/ peperangan · Tidak bertelagah dengan negara lain · Memastikan keamanan sejagat  | 
| 35 | Saling membantu dan bekerjasama | ·         Tolong- menolong antara satu sama lain · Bermuafakat  | 
| 36 | Saling menghormati antara negara | ·         Menjalinkan hubungan yang baik antara negara · Mempunyai hubungan diplomatik yang baik antara negara · Mementingkan hubungan diplomatik antara negara · Mengekalkan hubungan baik  | 
