-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
BIDANG 7- NILAI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

  • HIDUP BERSAMA SECARA AMAN

  1. a. Nama pertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran dunia.
  • Pertubuhan Bangsa –Bangsa Bersatu (PBB)
  • Komanwel
  • ASEAN

  1. Usaha yang dijalankan oleh pertubuhan di atas untuk meningkatkan keamanan dan kesejahteraan masyarakat global.
  • Mengurangkan sengketa politik dan peperangan terbuka
  • Membantu negara yang dijajah mendapat kemerdekaan
  • Memberi bantuan dan perlindungan kepada pelarian mangsa peperangan

  1. Contoh pertubuhan lain yang menjalankan usaha yang sama.
  • OIC ( Pertubuhan Negara –Negara Islam )
  • NAM ( Pergerakan Negara –Negara Berkecuali )
  • Komanwel

  1. Peranan Komanwel
  • Mengadakan seminar dan persidangan antara pemimpin negara- mendengar pendapat dan cadangan pelbagai pihak sebelum bertindak
  • Berusaha memperjuangkan kepentingan bersama, melindungi hak negara anggota
  • Menjamin keamanan dunia – melalui prinsip dalam Deklarasi Harare 1991

  1. 3. Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)
  • Menangani konflik politik antarabangsa
  • Bersepakat memerangi keganasan
  • Bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa menangani isu keganasan

  1. Usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
  • Mengurangkan persengketaan politik
  • Mengurangkan peperangan terbuka
  • Membantu negara yang dijajah mendapat kemerdekaan
  • Memberi bantuan / perlindungan kepada pelarian mangsa peperangan di seluruh dunia

  1. Prinsip yang menjadi pegangan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dalam usaha menjamin keamanan dunia.
  • Menyelesaikan semua pertelingkahan antarabangsa secara aman
  • Mengadakan rundingan dan bukan secara keganasan bagi menyelesaikan pertelingkahan antarabangsa
  • Menjaga kepentingan bersama

  1. Kepentingan menyelesaikan masalah secara rundingan:
  • Menyelesaikan masalah secara aman
  • Mengelakkan peperangan / pertempuran berdarah
  • Memberi peluang kepada semua pihak untuk memberi pendapat dan mencapai persetujuan
  • Mengutamakan persefahaman antara semua yang terlibat, bukan mementingkan pihak-pihak tertentu sahaja
  • Jika rundingan gagal, kemungkinan besar terdapat peluang untuk berbincang lagi.

  1. Sebab-sebab pertelingkahan antara negara perlu diselesaikan melalui rundingan.
  • Mengambil kira kepentingan semua pihak
  • Memberi peluang kepada semua pihak untuk memberi pendapat
  • Mengutamakan persefahaman antara semua yang terlibat dalam pertelingkahan
  • Jika rundingan gagal, masih ada peluang untuk mencari penyelesaian lain

  1. Pihak yang bertanggungjawab wujudkan keharmonian:
  • Rakyat
  • Agensi kerajaan
  • Agensi Bukan Kerajaan (NGO)

  1. Peranan pihak berkenaan untuk wujudkan keharmonian:
  2. Rakyat:
  • Tidak sentuh isu-isu sensitif yang boleh pecah-belah rakyat
  • Berkawan dengan semua orang secara ikhlas tanpa prasangka / buruk sangka

  1. Agensi kerajaan:
  • Melaksanakan pelbagai dasar perpaduan melalui kementerian dan jabatan
  • Menyokong semua usaha yang dilakukan untuk menyatupadukan rakyat

  1. Agensi Bukan Kerajaan
  • Menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum dan agama
  • Merancang dan menaja program-program perpaduan masyarakat

  1. Aktiviti untuk mengeratkan perpaduan:
  • Gotong-royong
  • Sukaneka
  • Pertandingan dan persembahan kebudayaan
  • Sukan
  • Kegiatan kokurikulum


7.2 SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA

  1. Contoh kerjasama antara Malaysia dengan negara luar dalam bidang
  2. a) Sosial
  • Pertukaran program televisyen dan berita
  • Mengambil bahagian dalam Festival Flora Antarabangsa
  1. b) Ekonomi
  • Melabur dalam negara lain
  1. c) Pendidikan
  • Menaja pelajar asing

  1. Kebaikan bekerjasama dengan negara luar
  1. Mengeratkan hubungan antara negara
  2. Dapat menguasai  pelbagai bahasa dan budaya asing
  3. Meningkatkan ekonomi negara serantau
  4. Mempelajari teknologi moden dari negara luar
  5. Pemindahan teknologi
  6. Berkongsi ilmu dan teknologi
  7. Saling membantu apabila  ditimpa bencana  alam seperti gempa bumi, tanah runtuh
  8. Memajukan industri pelancongan antara negara
  9. Menjaga keselamatan bersama

  1. Tiga negara yang mempunyai hubungan kerjasama dengan Malaysia:
  • Indonesia
  • Singapura
  • Thailand

  1. Kesan pertelingkahan antara negara:
  • Peperangan
  • Ekonomi negara terjejas
  • Negara huru-hara
  • Harta benda musnah
  • Nyawa terkorban
  • Rakyat hidup sengsara

  1. 5. Empat cabaran wawasan 2020:
  • Mewujudkan negara yang bersatu padu dan mempunyai matlamat yang dikongsi bersama
  • Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju
  • Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik dan matang
  • Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika

  1. Peranan pelajar untuk merealisasikan wawasan 2020:
  • Belajar bersungguh-sungguh
  • Menjadi warganegara yang mahir dan berilmu
  • Berakhlak mulia
  • Berdaya saing

  • SALING MENGHORMATI ANTARA NEGARA

  1. Contoh-contoh negara yang telah menjalin hubungan baik dengan Malaysia
  • China
  • Rusia
  • Iran

  1. 2. Cara negara kita menjalin hubungan baik dengan negara lain
  • Mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang
  • Menempatkan pegawai diplomat di sesebuah negara
  • Lawatan secara rasmi dan tidak rasmi oleh pemimpin negara ke negara lain

  1. 3. Kepentingan menjalin hubungan baik dan mengamalkan sikap hormat-menghormati antara negara
  • Meningkatkan hasil eksport negara
  • Memajukan industri  pelancongan
  • Mudah mendapat bantuan sekiranya negara ditimpa sesuatu musibah

  1. Sikap yang perlu ada pada pemimpin negara dalam usaha mengekalkan hubungan baik antara negara
  • Saling menghormati dan bersopan dengan pemimpin negara lain.
  • Mematuhi undang–undang antarabangsa
  • Menghormati dasar luar

  1. 5. Negara-negara anggota ASEAN:
  • Malaysia
  • Indonesia
  • Thailand
  • Singapura
  • Filipina
  • Myanmar
  • Brunei Darulsalam
  • Laos
  • Vietnam
  • Kemboja

  1. 6. Ciri-ciri pemimpin:
  • Memahami pendirian pemimpin setiap negara
  • Mengambil kira sensitiviti pemimpin dan rakyat negara lain

  1. Kesan tidak wujud perasaan saling menghormati antara negara:
  • Berlaku pertelingkahan
  • Menjejaskan keamanan

  1. Cara negara anggota ASEAN memelihara hubungan antara negara:
  • Mengutamakan kepentingan serantau dalam membuat keputusan
  • Menyelesaikan sebarang pertelingkahan secara diplomasi
  • Mengadakan kerjasama politik,ekonomi dan sosial
  • Mengadakan program pertukaran pelajar
  • Membuat lawatan diplomatik antara negara anggota

  1. 9. Bidang kerjasama Malaysia dengan negara luar:
  • ekonomi, politik, pendidikan, sosial, perubatan dll

  1. Contoh kerjasama :
  • mengadakan program pertukaran pelajar antara negara
  • menerima tawaran pendidikan di institusi pengajian tinggi di Rusia dalam fakulti perubatan, bahasa Inggeris dan bahasa Rusia
  • menaja pelajar dalam bidang automatif ke negara Jerman
  • menaja pelajar asing yang menuntut di institusi pengajian tempatan


  1. Kebaikan/ kepentingan kerjasama dengan negara luar :
  1. Menjaga keselamatan bersama
  2. Mengeratkan hubungan antara negara
  3. Dapat menguasai  pelbagai bahasa dan budaya asing
  4. Meningkatkan ekonomi negara serantau
  5. Mempelajari teknologi moden dari negara luar
  6. Pemindahan teknologi
  7. Berkongsi ilmu dan teknologi
  8. Saling membantu apabila  ditimpa bencana  alam seperti gempa bumi, tanah runtuh
  9. Memajukan industri pelancongan antara negara
Back to Top