-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
BIDANG 6 – NILAI BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI

6.1   MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

  1. Undang-undang antarabangsa yang dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan dunia.
  • Akta Pencegahan Penyeludupan
  • Undang-undang Laut Antarabangsa
  • Undang-undang  Siber

  1. 2. Contoh bahan-bahan yang dilarang dibawa masuk ke dalam sesebuah negara.
  • Dadah
  • Senjata Api
  • Maklumat Sulit Ketenteraan

  1. Undang-undang berkaitan pencerobohan warga asing di perairan negara kita.
  • Undang – undang Laut Antarabangsa
  • Akta Pencegahan Penyeludupan
  • Akta Imigresen

  1. Peranan Mahkamah Antarabangsa dalam menjamin keamanan sejagat.
  • Menyelesaikan perselisihan faham antara anggota negara  PBB
  • Memberi nasihat kepada negara-negara yang bertelagah, contoh perebutan pulau
  • Menjamin kebajikan negara–negara kecil daripada dieksploitasi

  1. Akibat undang-undang antarabangsa tidak dipatuhi.
  • Negara–negara besar / kaya menindas negara kecil
  • Peluasan kuasa oleh negara besar
  • Keselamatan negara terjejas

  1. Kesalahan yang terkandung dalam Akta Jenayah Komputer tahun 1997.
  • Mengubah kandungan komputer tanpa kebenaran
  • Memperoleh maklumat dengan niat untuk menipu
  • Memuat turun perisian tanpa kebenaran

  1. Tindakan yang dikenakan terhadap individu yang melanggar akta berikut:
  2. a) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960
  • Ditahan tanpa perbicaraan
  1. b) Akta Dadah Berbahaya 1952
  • Hukuman mati mandatori
  1. c) Akta Cukai Pendapatan
  • Didenda

  1. Kesan kesalahan jenayah yang dilakukan remaja kepada:
  2. a) diri
  • Dipandang negatif / rendah / serong
  • Masa depan gelap
  1. b) Keluarga
  • Mendapat malu
  • Menjejaskan nama baik keluarga
  1. c) Masyarakat
  • Tidak aman
  • Keruntuhan akhlak

  1. d) Negara
  • Tiada generasi sebagai pelapis / pemimpin negara
  • Dasar-dasar kerajaan terbengkalai

  1. Cara-cara mengelakkan remaja terjerumus dalam masalah jenayah
  • Mengajar Pendidikan Moral / Agama
  • Mengukuhkan institusi kekeluargaan
  • Memperbanyak aktiviti manfaat untuk golongan muda

  1. Peranan pihak berikut bagi memastikan undang-undang dilaksanakan dengan berkesan
  2. a) lndividu
  • Mematuhi undang-undang negara
  1. b) masyarakat
  • Melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengetahui seseorang itu terlibat dalam jenayah
  1. c) kerajaan
  • Menguatkuasakan undang-undang
  • Menjatuhkan hukuman yang setimpal

  1. Malaysia- Demokrasi berperlembagaan
  2. Kebebasan diri.
  3. Kebebasan agama.
  4. Kebebasan bersuara.

  1. Hukuman Mati Mendatori
  2. 15 gram atau lebih heroin atau morfin
  3. 40 gram atau lebih kokain
  4. 2000 gram atau lebih daun kokain

6.2 KEBEBASAN BERSUARA

  1. Peranan media massa
  • Saluran komunikasi
  • Menyebarkan percambahan idea
  • Memberi ruang kepada pembaca meluahkan perasaan

  1. 2. Kesan penyalahgunaan media massa
  • Negara akan porak peranda
  • Keamanan dan keharmonian hidup rakyat terjejas
  • Perbalahan antara negara mungkin berlaku

  1. Etika yang perlu diamalkan oleh pengguna Internet semasa menyebarkan maklumat
  • Memastikan hanya maklumat yang benar sahaja  disebarkan
  • Tidak menyebarkan isu-isu sensitif
  • Tidak mencetuskan konfrantasi atau rasa tidak puas hati pihak lain

  1. Kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia
  • Setiap warganegara  mempunyai hak untuk bebas bercakap  dan  mengeluarkan  fikiran  tanpa  mempersoalkan  isu-isu  sensitif.


  1. Cara rakyat menyuarakan pendapat jika tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara.
  • Menulis  surat / laporan kepada wakil rakyat.
  • Menghantar surat / sms / e-mel kepada ruangan media
  • Membuat  laporan polis

  1. Cara anda mengamalkan kebebasan bersuara di sekolah
  • Tidak  mengkritik  perkara-perkara sensitif terhadap agama  dan kepercayaan  pelajar  lain.
  • Merujuk  kepada guru / pentadbir jika terdapat risalah  yang menyentuh  isu-isu perkauman  di sekolah

  1. Akta yang melarang sesiapa sahaja daripada mempersoalkan perkara-perkara sensitif
  • Akta  Hasutan 1948 (Pindaan 1970)

  1. Sebab-sebab peraturan berkaitan dengan kebebasan bersuara diadakan.
  • Menjaga  perasaan pelbagai kaum
  • Menjaga  keamanan dan keharmonian  negara.
  • Menghormati  kepercayaan  dan adat resam  pelbagai kaum

6.3 KEBEBASAN BERAGAMA

  1. Contoh kebebasan beragama yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia
  • Rumah ibadat pelbagai agama dibenarkan
  • Perayaan utama agama diberi pelepasan cuti
  • Aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan bebas

  1. Cara rakyat Malaysia menghormati kebebasan beragama pelbagai kaum
  • Menerima baik kemudahan yang diberikan kepada peganut agama lain
  • Bekerjasama antara satu sama lain bagi melicinkan perjalanan sambutan perayaan sesuatu kaum
  • Bertolak ansur terhadap penganut agama lain semasa pelaksanaan upacara kegamaan

  1. Kepentingan / kebaikan / faedah / manfaat kebebasan beragama yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia
  • Menjaga keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum – negara aman damai
  • Menyatupadukan rakyat – rakyat saling bekerjasama / saling memahami  antara satu sama lain
  • Berpeluang meraikan sambutan perayaan agama lain – dapat memupuk semangat kekitaan

  1. Kebebasan beragama yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia
  • Agama Islam ialah  agama rasmi bagi Persekutuan, tetapi tiap-tiap orang berhak menganuti  dan mengamalkan agamanya sendiri

  1. Amalan umum yang terdapat di semua tempat beribadat.
  • Menjaga  kebersihan diri
  • Menjaga  kebersihan  persekitaran
  • Berpakaian  sopan
  • Tidak membuat bising

  1. Kepentingan menjaga dan menghormati tempat beribadat.
  • Mengeratkan perhubungan dan persaudaraan  antara  penganut
  • Menghormati hak kebebasan  beragama yang termaktub dalam perlembagaan.

  1. 7. Peraturan-peraturan di tempat beribadat :
  • Penganut agama Hindu ketika di Kuil
  • Menanggalkan kasut
  • Mencuci kaki dan tangan
  • Berpakaian kemas
  • Senyap

  • Penganut agama kristian di Gereja
  • Mesti berpakaian kemas, bersih dan bersopan
  • Penganut-penganut agama lain dibenarkan memasuki gereja
  • Senyap

  • Peraturan Gudwara Sikh
  • Memakai baju Punjabi
  • Menanggalkan kasut
  • Mengambil makanan sekadar yang perlu
  • Memakai skarf

  • Peraturan di Tokong Cina
  • Berpakaian bersih, kemas
  • Bersopan
  • Penganut-penganut agama lain dibenarkan masuk ke tokong
  • Mesti senyap

  • Masjid Negara
  • Tidak memakai pakaian mencolok mata
  • Memakai jubah khas
  • Menanggalkan kasut
  • Wanita memakai tudung
  • Tidak melarang penganut agam lain memasuki masjid
  • Ketika umat Islam sedang bersembahyang, orang bukan Islam tidak boleh berada dalam kumpulan tersebut

6.4 PENGLIBATAN DIRI DALAM PEMBANGUNAN  NEGARA

  1. Contoh Badan Sukarela yang banyak memberi sumbangan kepada pembangunan negara.
  • Kelab Rotary
  • Pasukan Bomba Sukarela
  • Sahabat Alam Malaysia (SAM)
  • RELA
  • Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
  • Persatuan Anti Dadah Malaysia (PEMADAM)
  • John Ambulans  Malaysia

  1. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh badan sukarela berikut dalam usaha membangunkan negara.
  2. Persatuan Bulan Sabit Merah
  • Kempen derma darah

  1. ii. Kelab Lions
  • Projek pembiayaan pembinaan perhentian bas

  1. 3. Kepentingan penglibatan badan sukarela dalam usaha membangunkan negara.
  • Menyediakan kemudahan awam
  • Meningkatkan taraf hidup rakyat
  • Memastikan pembangunan yang seimbang

  1. Faedah melibatkan diri dalam aktiviti perkhidmatan sosial
  • Memupuk  kerjasama  dan  perpaduan  sesama  anggota  sukarela  dan masyarakat  setempat
  • Dapat berkhidmat untuk  masyarakat  dan negara
  • Membangkit sikap prihatin dalam  diri pelajar tentang kepentingan membentuk   masyarakat penyayang.

  1. Cara anda menghulurkan bantuan kepada mangsa perang.
  • Memberi sumbangan derma wang, pakaian, makanan
  • Membantu untuk  mengutip derma
  • Menyebarkan maklumat mangsa perang kepada masyarakat


6.5 SIKAP KETERBUKAAN

  1. Contoh-contoh amalan keterbukaan yang dipraktikkan di negara kita.
  • Pemilihan pekerja
  • Pemberian biasiswa
  • Pengendalian kes-kes di mahkamah

  1. Negara kita mengamalkan sikap keterbukaan dalam menangani isu pendatang tanpa izin.
  2. Pihak yang terbabit dalam memastikan isu ini ditangani secara terbuka.
  • Polis
  • Jabatan Imigresen
  • Badan Kehakiman

  1. Bukti negara bersikap terbuka dalam isu pendatang asing.
  • Memaklumkan negara yang dikenal pasti asal usul pendatang tanpa izin (Duta Besar)
  • Menerima pendatang asing mengikut saluran
  • Menyediakan latihan kemahiran

  1. c. Kesan andainya isu ini tidak ditangani oleh negara kita.
  • Kepercayaan rakyat terhadap kerajaan terhakis
  • Rakyat hidup dalam keadaan tidak selamat
  • Kegiatan rasuah berleluasa

  1. 3. Faedah mengamalkan sikap keterbukaan
  • Lebih mudah didekati dan diajak berbincang – disukai orang ramai
  • Membentuk remaja menjadi insan  yang lebih baik – tidak mementingkan  diri   sendiri
  • Dapat mengelakkan pergaduhan / perselisihan faham
  • Bersedia  mendengar   pandangan / kritikan  orang  lain dan memperbaiki kelemahan diri – dapat memajukan diri

  1. Contoh sikap keterbukaan anda dengan:
  2. anggota keluarga
  • Menerima teguran dengan hati  terbuka
  • Tidak menyimpan dendam terhadap anggota keluarga
  1. b) pihak sekolah
  • Menerima hukuman jika melakukan kesalahan
  • Memahami bahawa setiap kesalahan perlu ada hukumannya
  1. c) masyarakat
  • Menerima teguran jiran
  • Menerima keputusan masyarakat untuk kepentingan bersama

  1. Tindakan anda jika rakan anda tidak mahu menerima pandangan anda.
  • Memberikan penjelasan  kepadanya
  • Mendengar pandangannya
Back to Top