-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Kehidupan di MRSM ( Maktab Rendah Sains Mara )




Assalamualaikum sahabat...:D

nak tahu x ap itu MRSM...???huhuuhhhuu...MRSM( Maktab Rendah Sains Mara ) / MJSC (Mara Junior Science College)..

saya bangga kerana pernah memasuki MRSM..!!

Di sini saya nak cerita serba sedikit mengenai kelebihan masuk MRSM...saya dapat merasai betapa bersyukurnya kerana dipilih sebagai pelajar MRSM..

pada pendapat saya mengenai hebatnya MRSM...

saya tidak mengatakan bahawa hanya MRSM sahaja yg menjamin masa depan yg cerah...tp saya yakin jika menggunakan peluang ini sebaik mungkin perjalanan hidup kita akan lebih mudah..inshaa Allah..XD

sahabat....

pertama2 sekali saya ingin mengucapkan TAHNIAH kerana telah dipilih untuk menjadi pelajar MRSM...anda mesti sudah pulun habis semasa UPSR & PMR kn....
alhamdulillah anda telah berjaya ya...semoga anda sentiasa pulun untuk berjaya dan terus berjaya ya!!!!


tetapi untuk yg belum mengambil keputusan lagi bagi meneruskan persekolahan anda...saya harap anda fikir sebaik mungkin...anda pilih mana yg terbaik untuk anda ya....anda tanya pada diri anda apa yg anda minat...ok??

jangan paksa diri pulak untul masuk MRSM..hihihi..artikal ini hanya untuk perkongsian sahaja...harap dapat membantu...^^

saya ingin ceritakan serba sedikit tentang kehidupan saya..

saya sebenarnya tidak pernah berenggang dengan ibu bapa saya sebelum memasuki MRSM ni...saya tinggal di selangor...dan saya dapat MRSM Ulul Abab Kepala Batas, Pulau Pinang...jauh sangat bagi saya....tp saya REDHA...saya tahu pasti ada HIKMAH di sebalik semua kejadian...sy mmg ingin memasuki MRSM semasa form 3..saya pulun habis untuk PMR....alhamdulillah saya diterima...

untuk pengetahuan anda, untuk memasuki MRSM, anda mestilah mendapat sekurang-kurangnya 6A...WAJIB mendapat A bagi subjek matematik dan sains...jika xsilap saya la...*_*.. dan 5A untuk UPSR..

sepanjang saya di MRSM...

ibu bapa saya tdk pernah melawat saya...^^...atas kerana faktor jauh..ibu bapa saya bukanlah orang yg senang sangat...huhu...saya tidak pernah menyalahkan mereka...adk beradik sy pn ramai..saya faham, bukan saya seorang yang memerlukan kasih sayang ibu bapa sy..^^..(jangan fikir ibu bapa saya kejam pula ya....xelok2...saya xsuka...ok..)..mereka hanya datang awal dan akhir tahun sahaja...saya amat bersyukur mereka datang semasa HARI GRADUASI...huhu...(hepi sesagat)

bersama abang..
bersama kakak.. 

graduasi..

kawan-kawan..sweet memories..

alhamdulillah Allah telah membuka mata hati saya untuk sangat bersyukur memasuki MRSM...walaupun pelbagai rintangan yg telah saya hadapi....kita akan belajar untuk berdikari...nanti kita kan lihat selepas kita masuk mana2 universiti..kawan2 yg xpernah masuk asrama pasti akan HOMESICK(bukan 100% ya)..tp kita...sudah biasa berjauhan dengan keluarga..

first of all, saya mahu pesan kepada anda yg ingin memasuki MRSM supaya bersiap sedia OTAK & FIZIKAL sebelum memasuki MRSM...hal ini kerana jadual di MRSM tersangatlah pack...(bukan nak kata sekolah lain jadual xpack ya...dan bukannya x ada masa rehat di MRSM...huhu...)..masa kita telah ditetapkan..
jika anda terasa sangatlah terikat...PERCAYALAH!!!selepas anda keluar dari MRSM nanti, anda akan rasa bersyukur sangat kerana masa anda telah digunakan sebaik mungkin....^^..inilah antara kehebatan belajar di MRSM...

seterusnya,guru-guru di MRSM tersangatlah COMMITTED...(bukan nak kata guru di sekolah lain xcommitted ya)..tapi mmg betul2 berbeza...hahaa..

pengalaman saya...

sebelum percubaan SPM,saya chatting dengan kawan saya..dia top 1 di sekolah lama saya..saya bertanya adakah dia sudah bersedia untuk trial SPM...dia menjawab bahawa dia tdk bersedia..kerana belum habis syllabuses...saya berkata tidak mengapa..kerana saya tahu dia ada menghadiri tuisyen yg sangat  bagus...dan dia berkata tuisyen dia juga belum habis syllabuses juga...MRSM sudah habis syllabuses masa itu dan sudah membuat beberapa latihan...

hebatnya nak cerita...MRSM adalah sekolah berasrama...jadi masa digunakan sebaik mungkin...sama ada PAGI,PETANG & MALAM...kadang kala malam pun digunakan untuk belajar.....!!



jangan risau....anda akan mendapati bahawa semua ahli di MRSM anda adalah keluarga anda sendiri..hingga akhir hayat anda...!!buktinya,saya masih contact dengan abg & kakak senior saya tentang hala tuju selepas SPM...walaupun saya tidak mempunyai tahun persekolahan yang sama..(maksudnya, abg & kakak senior tu dah habis sekolah..saya baru masuk MRSM tu..hehe)..saya boleh kenal melalui FB,TWITTER, dll.....inilah yang dikatakan TOLONG-MENOLONG antara keluarga kita...


pengalaman anda bertambah-tambah lah lagi jika anda mengambil bahagian dalam apa2 BKP( bahagian kepimpinan pelajar..)..

saya ambil bahagian BADAR... jadi saya hanya boleh cerita pasal aktiviti saya sebagai badar di maktab saya sahaja ya...huhuu...^^..antaranya..(saya xdpt list sepenuhnya ya..^^)

- qiamulail perdana
- kejut subuh beramai2
- usrah
(gambaran..)

saya telah kenal beberapa orang yg sangat HEBAT bagi saya..yg selalu nasihat saya..yg selalu tunjuk jalan saya ke arah kebaikan..antaranya guru2,akak2 naqibah dan rakan2 saya...XD..saya menghadiri USRAH bersama rakan2 badar dan naqibah dan akak2 naqibah...BEST SESANGAT!!sampai sekarang saya contact mereka melalui handphone,fb, dll...

homeroom pun ada...huhu...

 homeroom..

pelbagai JAMUAN diadakan adalah NORMAL..sama ada pagi,petang & malam..huhu..(kenangan yg xboleh dlupakan)..saya kenal adik2(batch ulul albab) yang mengafaz al-Quran..(hebatkan mereka..^^)..

adik-adik ulul albab..

pelbagai program dan aktiviti yg guru2 telah sediakan..(tersangat banyak!!!)..jadi hargailah sebaik mungkin ya..untuk pelajar yang terlibat....semasa hari2 & bulan2 yg istimewa..

jamuan form 5..BFF..
program UNGA..
jamuan terakhir..

jamuan kelas..


next, mengenai kemudahan yg ada di MRSM, JANGANLAH RISAU..inshaa Allah kemudahan pasti cukup untuk pelajar yg cemerlang dan harapan negara..setiap MRSM kemudahan adalah berbeza2..akak2 & abang2 yg memegang jawatan yg khusus dan guru2 sentiasa sanggup menolong anda untuk mencukupi keperluan anda ya..

saya yakin anda pasti akan merasai kehidupan seperti di UNIVERSITI..hal ini kerana pelajar MRSM telah diberi pendedahan kehidupan seperti di universiti...

kisah saya..

ketika SPM semakin hampir..guru2 sanggup menggembleng tenaga dan korbankan masa mereka bersama keluarga dengan kami(saya dan rakan2).. masa pagi,petang & malam digunakan untuk membuat kelas tambahan..
guru saya..sanggup membawa anak kecil nya yg masih baby ke kelas kami untuk mengajar hingga larut malam...hebatkan...!!masyaa Allah..

one more, HOMEWORK BERLAMBAK mmg normal....yakin bahawa ini adalah kebaikan untuk kita....HANDOUT BERTIMBUN juga perkara biasa..^^



Akhir sekali, saya harap artikal ini berguna sebagai semangat untuk anda supaya lebih bersedia....inshaa Allah...:D

secebis nasihat buat anda..
 - tetapkan lah niat semata2 kerana Allah

 -  jangan risau kalau pointer sekejap turun, sekejap naik..yang penting istiqamah untuk terus berusaha dan berjaya...

 - jika tiada rezeki..jangan mudah putus asa...in shaa Allah...rezeki ada di mana2...Allah ada lagi rahsia lain untuk kita...

teruskan berdoa...

- jika sudah berjaya, tahniah..tp..tolong jaga diri...ingat!!kita adalah harapan keluarga..ibu bapa kita sentiasa berhapar pada kita...jangan ada istilah 'COUPLE'..ok??kerana ini bukan masanya lagi untuk kita..nanti dah kerja, carilah jodoh kita tu ya..<3


- sentiasa positif..mmg susah..tp cuba berubah..ambilah masa ini untuk BERHIJRAH..ini yang saya buat..alhamdulillah perangai saya lebih baik selepas keluar dari MRSM...janganlah jadi ' semakin besar, semakin teruk '..ok...:D


- sentiasa berdoa supaya Allah memudahkan urusan kita di dunia & di akhirat..


 - jangan mudah putus asa!!!


salam ceria buat anda yg membaca..XD




                 GOOD LUCK!!!

Kehidupan di MRSM ( Maktab Rendah Sains Mara )

 http://naemahzaki.blogspot.my/2013/02/hebatnya-mrsm-d.html
Back to Top