-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Apa yang anda akan belajar di Matrikulasi?

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia. (Dah malas nak cipta ayat berbunga-bunga sejak masuk matrik ni. Err.)

So, first, saya nak ucapkan tahniah kepada semua adik-adik yang berjaya mendapat tawaran masuk ke Matrikulasi. Tak kisahlah anda ditempatkan di mana-mana Matrik sekalipun, janji anda dapat. Bukan senang nak dapat tawaran sehebat ini. Untuk pengetahuan, first impression bila saya dapat tahu yang saya dapat tawaran matrikulasi, saya rasa teruja-gembira-terharu-sampai-nak-terlompat-terkinja-kinja sangat (amboi gedik sungguh). Yup. Like seriously. Sebab sebelum ni, saya tak pernah dapat tawaran sebegini. Saya rasa macam, Ya ALLAH, syukur yang teramat, sebab sebelum ni saya tak pernah dapat apa yang saya impikan. Kalau dulu saya nak sangat-sangat masuk sekolah berasrama penuh, untuk belajar berdikari, tapi, rezeki itu bukan kita yang tentukan. Allah yang tentukan. Dan pernah masa saya nak check sama ada saya dapat masuk Sekolah Berasrama Penuh masa form 4, saya menangis dengan bersungguh-sungguh, siap ada hingus sebab sedih yang teramat kerana tak dapat masuk SBP. Oh, itu kisah lama. Lupakan. Okey, dah, jangan nangis.

Alright. Back to our topic. So kali ini saya akan berkongsi dengan you alls tentang apa yang anda akan belajar di matrik. Tetapi sebelum itu, eloklah dahulu kalau saya terangkan program yang terdapat di matrikulasi.

Secara kesimpulannya, untuk matrik, kita ada 3 aliran, iaitu sains, perakaunan dan teknikal. Teknikal biasanya hanya ditawarkan di certain matrik, tapi sains dan perakaunan semua matrik ada.

Untuk sains, kita ada dua program. Satu, PST (Program Satu Tahun). Dua, PDT (Program Dua Tahun). Apa beza dua-dua program ini? PST belajar 2 sem. PDT belajar 4 sem (2 tahun). Dan bagaimana kemungkinan anda akan dapat sama ada PST atau PDT? Bergantung kepada result SPM. Tapi biasanya kalau result okey, dapat PST. Kalau result agak kurang, PDTlah nampaknya. Tapi, both program ada pro dan contra juga. Kalau PST, yang bestnya, dia cepat, 1 tahun. Yang tak best, oleh sebab 1 tahun, maka semua silibus akan dipadat-himpitkan sehingga anda akan berasa terseksa dan tercungap-cungap untuk belajar gitu. PDT pula, yang bestnya, korang akan belajar dengan relaks sedikit berbanding PST. Yang tak best, korang kena maintain pointer yang bagus untuk keempat-empat sem. Means that, if korang punya pointer teruk untuk sem 3, dia akan mempengaruhi purata pointer untuk keempat-empat sem. Jelas? Okey.
Untuk Akaun pula cuma ada program PST saja.

Okey, sekarang kita masuk pula lebih dalam dan detail. Untuk program sains, kita akan bahagikan kepada tiga modul.

    Modul 1 (Biologi dan Fizik)
    Modul 2 (Fizik dan Komputer Sains)
    Modul 3 (Biologi dan Komputer Sains)


Yang saya letak dalam kurungan tu maksudnya, subjek itu subjek pilihan mereka. Ada lagi subjek teras yang wajib diambil iaitu Matematik dan Kimia. Apa beza ketiga-tiga modul ini? Okey, relaks. Jangan cuak. Kita berkeropok-lekor sebentar sambil dicicah dengan sos cili KFC. Eh.

Modul 1, biasanya terdiri dari mereka yang cemerlang, gemilang dan terbilang resultnya ketika SPM. Pihak kolej menyenaraikan mereka sebagai Modul 1 kerana mereka percaya bahawa pelajar-pelajar Modul 1 mampu belajar subjek-subjek ini dengan baik. Lepasa Modul ini biasanya boleh jadi doktor kerana ada Fizik dan Biologi. Dan kalau korang perasan nanti, biasanya budak-budak Modul 1 ni kebanyakannya pendiam, berkarisma, berkaca mata dan bermata sepet. Eh.

Modul 2, yang ini pula terdiri dari pelajar yang kebanyakannya power dalam subjek mengira seperti Matematik dan Fizik, dan 90% daripada mereka amat benci subjek Biologi kerana mereka tidak suka menghafal fakta, nama spesies, kitaran dan macam-macam lagi. Menurut kajian, pelajar-pelajar Modul 2 ramai yang handsome-handsome dan macho belaka (lelaki lagi banyak). Tak percaya cuba tengok nanti. Haha. Dan of course, biasanya yang Modul 2 ni hyperaktif sedikit (tapi saya taklah hiperaktif, dorang je tu -.-) Dalam kuliah selalu bising kalau pensyarah minta jawapan. Dan banyak repeaters (calon mengulang) untuk modul ini. Anda akan lihat nanti.

Modul 3, berlawanan dengan Modul 2. 90% amat bencikan Fizik, sebab itu mereka rela mengambil subjek Biologi kerana bagi mereka, Biologi ini senang, hafal sahaja. Dan nisbah lelaki kepada perempuan untuk modul ini ialah 1:8, maksudnya lelakinya terlalu sedikit.

“Macamana kita nak tukar modul? Saya tak sukalah bedah katak dan test darah. Saya nak pindah ke Modul 2!”

Jangan risau. Anda akan diberikan peluang untuk menukar modul. Biasanya proses ini akan berlaku ketika minggu orientasi. Kalau di Kolej Matrikulasi Labuan (KML), anda akan diberikan surat permohonon dan tulis kenapa anda nak tukar. Macam saya, saya dulu memang dapat Modul 1, tapi saya dah nekad nak tukar ke Modul 2 sebab saya memang tak suka bedah katak, tikus atau test darah. Walaupun saya terpaksa mengorbankan subjek Biologi yang menjadi kegemaran saya sejak tingkatan 4. Uhuk. Tapi untuk kes yang dapat panggilan kedua, sekiranya anda ingin tukar modul juga, cepat-cepat jumpa ketua jabatan sains kolej anda. Beritahu dia bahawa anda teringin-gila-sangat nak tukar modul.

Okey. Penat saya menaip. Take 5. Okey sambung.

Sekarang saya akan kongsikan pula apa yang anda akan belajar di matrik ini.

Basically, di matrik, subjek terbahagi kepada dua.

Subjek teras, iaitu subjek-subjek yang anda kena study untuk exam nanti iaitu Kimia, Sains Komputer, Fizik, Biologi, Matematik Sains/Akaun, Akaun, Ekonomi, Pengajian Perniagaan. Subjek-subjek inilah yang akan menentukan pointer anda.

Subjek wajib, iaitu Pendidikan Agama Islam/Moral, Kemahiran Dinamika dan Kokurikulum.

Tapi saya akan fokus untuk aliran sains, sebab saya bukan dari akaun. Sorry. :(

Okey, mari kita telusuri satu persatu. Kalau ada yang sudah mengantuk, sila ambil wuduk. Kalau masih segar, tahniah saya ucapkan!

a) Matematik

Sama macam Add Maths yang anda belajar ketika SPM, cuma dia gabung sekali dengan Math Modern seperti Matrices. Untuk pelajar sains, topik Matematik yang paling famous dan sentiasa menjadi sebutan ramai ialah Integration dan Differentiation. Saya sendiri akui bahawa kedua-dua topik ini amatlah sukar untuk difahami. Anda juga akan belajar topik baru seperti Polynomial, Conics, First Order Differential Equation, Numerical Method (yang ini senang, trust me, markah bonus kalau jawab exam) dan Random Variable. Cuma korang takkan belajar lagi dah Linear Programming dan Index sebab itu khas untuk pelajar akaun je. Tapi jangan lupa, topik seperti Vector, Trigonometry Functions masih ada okey. T___T

b) Kimia

Semester 1, anda akan belajar balik apa yang anda mula-mula belajar form 4, bermula dari apa itu atom, nucles, isotopes bla bla bla. Semester 1 kebanyakan topik melibatkan calculation seperti kira Equilibrium Constant, concentration of product and reactant, Ideal Gas Law yang guna formula PV=nRT, De Broglie dan macam-macam lagi. Dan anda juga akan belajar tentang Periodic Table, explain perubahan element secara ke kanan, ke kiri, ke atas dan ke bawah. Oh ya, paling seronok yang lukis orbital overlapping, dia macam lukis atom itu tapi macam lukis chromosomes -.- Kemudian anda dah tak ikut sistem 2.8.8.1 yang electron configuration tu. Kat Matrik, korang akan guna spdf notation. Contoh, kalau SPM anda belajar 2.8.1, kalau di matrik, anda akan tukar jadi 1s2 2s2 sp6 3s1. Bingung? Alah senang je ni. Nanti korang akan belajar ya. Tak susah.

Semester 2, 3 bab terawal calculation, dan seterusnya anda akan belajar Organic Chemistry, bermula dari intro, hydrocarbon, benze, haloalkanes, alcohol, carbonyl, carboxylic acid, amine, amino acid dan polymer. Anda akan belajar tentang tindak balas kimia organik yang punyalah banyak gila-nak-naik-pitam-aku tapi sangat best sebab eksperimennya warna-warni gitu. Anda juga akan belajar naming kimia organik dan kena hafal beberapa reagent dan test seperti Brady Test digunakan untuk menguji kehadiran Carbonyl Compund dengan menggunakan reagent 2,4-dinitrophenylhydrazine. Cewah dah macam mengajar orang pula dah gitu.

c) Fizik

Jangan anggap subjek ini susah. Percayalah. Fizik yang anda belajar ketika SPM jauh bezanya dengan matrik. Fizik di sini senang, simple. Kalau SPM, korang kena buat essay kan? Kena choose 1 dari 4 pilihan bahan dan huraikan kenapa. Kena explain itu dan ini. Tapi di matrik, 85% soalan Fizik ialah Calculation. Diulangi, CALCULATION. Saya dulu pun, teramat benci dengan subjek Fizik, tapi di matrik, fikiran saya berubah. Fizik di sini, korang hanya perlu faham konsep dan tahu guna formula. Tapi, formula kena hafallah of course. Saya pun dah tak ingat ada berapa ratus formula haha. Tapi jangan risaulah. Once korang rajin buat tutorial yang diberikan oleh guru, korang akan ingat formula itu sampai bila-bila. Definisi dan laws sedikit je kena hafal. Di matrik, Sem 1, anda akan belajar Fizik Kuno. Eh. Maksud saya, Fizik yang motion, yang gravity, thermodynamic. Perlu diingatkan bahawa resolving kepada component x dan y akan sentiasa menemani anda untuk anda jadikan free body diagram itu seimbang dari semua sisi. In sha Allah pensyarah anda akan terangkan dengan lebih detail. Semester 2 pula, Modern Fizik. Korang akan belajar Elektrik, Elektromagnetik, Light, Physical Optic dan segala yang berkaitan dengan nuclear. Tapi senang. In sha Allah. Tak susah. Malah chapter 10 iaitu Wave Properties of Light hanya ada 1 formula asas saja, dan lecture note chapter 10 ialah 2 muka surat sahaja. Bayangkan? Sekiranya dibandingkan dengan Biologi. Eh. Terserlah diskrimasi di situ. Baiklah, sekarang kita beralih kepada Biologi.

d) Biologi

Saya tak ambil subjek ini tapi saya selalu ambil tahu apa yang kawan-kawan saya belajar dalam biologi. Basically, sekiranya anda seorang yang suka menghafal essay dan nama-nama yang pelik, subjek ini akan menjadi subjek cheesy wedges anda. Untuk Sem 1, anda akan belajar balik sedikit apa yang telah anda belajar ketika SPM. Bab 1 dimulakan dengan Molecules of Life. Tapi dia agak Kekimiaan sedikit sebab korang kena tahu hafal struktur beberapa compound essential yang ada dalam badan kita, macam amino acid dan water. Kemudian korang akan belajar tentang cell, cell division tetapi dengan lebih mendalam lagi. Mendalam di sini bukan bermaksud huraian yang mendalam, maksud saya, korang akan memasuki lebih DALAM lagi struktur itu. Jangan risau, chapter Reproduction masih ada -.- Dan biasanya ramai yang skor A dalam sem 1. Sem 2, errr, bab 1 ialah biodiversity. Korang akan hafal banyak nama-nama phylum itu ini, sebab kita ada 5 kingdom iaitu animalia, protista, plantae, monera dan errr saya tak ingat fungi ke? Entah. Kemudian untuk setiap kingdom akan pecah lagi, lepas tu pecah lagi. So korang akan hafal dan kena tahu juga struktur yang ada pada semut, labah-labah, sotong, singa, lembu, fungi, bla bla bla. Selepas itu anda akan belajar benda-benda yang membuatkan kepala anda sakit untuk bab-bab seterusnya, seperti Krebs Cycle, Glycolysis sebab kitaran-kitaran ini melibatkan Kekimiaan. Nak tak nak, korang kena belajar juga sama macam belajar chemistry organic. Dan nama-nama yang pelik korang kena hafal. Muahahahahahaha. Kejamnya saya. Sebab tu saya tukar pergi Modul 2. :p

e) Sains Komputer

Saya tak pernah ada asas dalam ICT, tapi percayalah, subjek ini terlalu-senang-gila sebab budak tahun 1 pun bisa jawab dong. Bermula dengan Sem 1 korang cuma ada 4 chapter je. Intro to IT, Computer System, Network dan Security. Korang just baca je. Dan korang akan jumpa logic gate macam dalam chapter Electronic Fizik form 5, tapi serius, senang nak faham. Korang juga akan belajar macamana nak tukar binary ke decimal, decimal ke hexadecimal and so on. Ingat lagi tak chapter number base yang korang belajar dalam Matematik tingkatan 5? Dia lebih kurang macam begitulah. Itu je sem 1. Tak susah. Senang. Sem 2 pun sama juga. Ada 4 chapter. Korang akan belajar tentang Multimedia, Database dan Information System. Tapiiiiiiii, part yang last sekali ialah PROGRAMMING. Chapter yang menjadi mimpi buruk buat semua budak komputer. Haha. Taklah. Programming taklah susah mana pun. Senang je. Yang penting fikir logik. Korang akan belajar macamana nak buat IPO, nak buat pseudocode dan flow chart. Dia lebih kurang macam begini. Korang nak cari luas segi tiga. So, input korang mestilah ada base dan height bukan? Proses korang ialah area = base * height * (½) dan of course, output korang ialah area of segi tiga. Senang je. Kemudian mungkin korang akan bingung sikit dalam penulisan C++. Korang akan transfer balik pseudocode yang korang buat tadi tu kepada C++. Korang kena tahu header file seperti #include <Iostream> lepas tu korang ada cin, cout, int (), return 0 and so on. Tapi trust me, tak susah kalau korang ada passion. Nanti masa sesi lab, mainlah dengan ayat-ayat cinta, ops, silap. Ayat-ayat C++. Gituuuu.

f) Pendidikan Islam/Moral

Subjek ini wajib tapi tak masuk dalam pointer. Macam sekolah menengah, korang akan belajar tentang islam, akidah, ibadah, sirah. Kadang ustazah atau ustaz tu akan huraikan tafsir al-quran. Dan biasanya korang kena buat video pendek mengenai agama Islam sebagai Assignment. Tak susah pun.

Untuk Moral saya tak sure. Tapi of course dia sama macam Moral yang korang belajar kat sekolah. Ini untuk student non-Muslimlah. Dan biasanya korang pun kena buat video juga, atau persembahan sketsa.

Subjek ini korang akan ambil 1 sem je.

g) Kemahiran Dinamika

Dia lebih kepada pengurusan diri, interpersonal dan warganegara. Korang akan belajar tentang pengurusan masa, macamana nak makan dengan betul mengikut etika, macamana nak berkomunikasi secara efektif dan bagaimana cara anda untuk menghargai tanah air kita yang tercinta. Sama macam Agama Islam, korang juga kena buat video pendek, dan kena buat folio. Semua ni markah effort untuk penilaian berterusan.

Sama macam Agama Islam, belajar 1 sem je.

h) Kokurikulum

Subjek ini juga 1 sem dan terbahagi kepada 3. Sama ada anda akan dapat Sukan/Permainan, Kawad Kaki atau Pendidikan Luar. Ikut nasib kelas koranglah kan. Dan biasanya 2 jam seminggu. Kadang-kadang pensyarah akan bagi korang balik awal supaya korang dapat tukar baju untuk ke kelas seterusnya. Yalah, takkan korang nak masuk ke dewan kuliah dengan baju yang berpeluh-bau-pekasam? Betul bukan?

i) Bahasa Inggeris

Subjek ini korang akan belajar untuk MUET bagi sem 1. Sem 2 korang akan fokus untuk group presentation dan folio. Speaking, reading, listening dan writing itu semua yang korang akan belajar. Dan adalah amat digalakkan agar anda bertutur menggunakan bahasa Inggeris setiap kali kelas BI. :)


Okey. Rasanya itu sahaja penerangan dari saya tentang apa yang korang akan belajar di matrik nanti. Sebenarnya jari saya dah penat menaip. Maka izinkan saya untuk mengundur diri dulu ya. By the way, kalau ada masalah, boleh je inbox saya di FB. In sha Allah saya akan balas. :)

Apa yang anda akan belajar di Matrikulasi?
http://www.faridmajid.com/2014/04/apa-yang-anda-akan-belajar-di-matrik.html
Back to Top