-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Melalui perkongsian dari Doktor Zubaidi Hj Ahmad ini, dimana beliau membongkar sedikit informasi penting mengenai produk minuman 3 In 1 yang kita sebagai pengguna tidak ketahui selama ini.
Ketahui Kesan Buruk Minuman 3 In 1 Yang Anda Belum Tahu
Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga, namun kandungannya amat sedikit.

"Ia tidak memberi sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan. Sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.

"Namun, ramai yang tidak menyedarinya kerana telah ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut," katanya.

Menurut Prof Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu yang merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.

Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius. - Dr Zubaidi Hj Ahmad

P/S: Jangan terlalu kerap meminumnya.
Back to Top