Contoh Cadangan Penambahbaikan Sistem pengangkutan Kerja Kursus Geografi PT3 2016
1 Penguatkuasaan undang-undang
Pihak kerajaan memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah pengangkutan. Kerajaan patutlah memperketatkan undang-undang untuk memastikan kelancaran sistem pengangkutan di Jalan Perdana. Sebagai seorang pengguna jalan raya yang bertanggungjavvab, kita harus bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk mengurangkan masalah pengangkutan di jalan raya. Kita perlulah mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan.
2 Kempen Keselamatan Jalan Raya
Menyertai sesuatu kempen untuk mengatasi masalah pengangkatan adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang mengatasi masalan pengangkutan ialah Kempen Keselamatan Janan Raya. Kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya. Dalam kempen tersebut, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga keselamatan di Jalan Raya dan cara-cara memandu kenderaan dengan selamat.
3 Penggunaan penapis asap dan petrol tanpa plumbum
Penggunaan tcknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Dengan adanya teknologi moden, penapis asap telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kiiang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia. Penggunaan catalytic converter dalam kenderaan bermotor juga dapat mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.
4 Pendidikan keselamatan jalan raya
Tanggungjawab untuk menjamin keselamatan di Jalan Raya bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang mematuhi undang-undang di jalan raya, mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan keselamatan di jalan raya perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap pentingnya keselamatan . Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti hidup yang tinggi harus dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.
5 Pemantauan pihak berkuasa
Rondaan oleh pegawai Majlis Perbandaran Muar patut diperbanyakkan. Dengan pemantauan pihak berkuasa, masalah pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan dapat dikurangkan. Sistem perakam TV atau CCTV hendaklah dipasang pada kenderaan masing-masing oleh pengusaha pengangkutan awam supaya sebarang aktiviti dan perbuatan pemandu yang tidak berdisiplin dan melanggar etika dan peraturan jalan raya dapat dirakam.
6 Menambahkan bilangan polis trafik
Pihak berkuasa haruslah menambahkan bilangan polis trafik untuk mengatasi masalah pengangangkutan yang dihadapi di Jalan Perdana. Para pengguna jalan raya terutama pemandu lori yang tidak bertanggungjawab patutlah mendapatkan nasihat daripada Polis Trafik Muar sebelum sesuatu operasi pengankutan dijalankan. Sebagai contoh, pemandu lori haruslah mengelakkan diri daripada memunggah barang-barangan pada waktu puncak. Selain itu, pemandu kereta tidak harus meletakkan kereta di tepi jalan seweneng-wenangnya. Kesannya, masalah jalan menjadi sempit dapati diatasi dengan efektif.
7 Berkongsi kereta
Antara cara lain untuk mengatasi maslah pengangkutan di Jalan Perdana ialah menggalakkan mereka yang bekerja di tempat yang sama supaya berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Bagi mereka yang dekat dengan tempat kerja bolehlah berjalan kaki kerana selain meminimakan asap kenderaan, ia juga dapat menyihatkan tubuh badan. Langkah menggunakan kenderaan yang tidak mengeluarkan asap seperti basikal juga adalah digalakkan kerana ianya selain daripada mampu meminimakan asap kenderaan, kita juga dapat membuat aktiviti menyihatkan badan
8. Pendedahan Media Massa
Marcapada, media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu masalah pengangkutan , masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pengangkutan. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu masalah pengangkutan ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamanya.