Cadangan penambahbaikan sistem pengangkutan Geografi PT3 2016
Berikut ialah contoh-contoh cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan
| Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum |
| Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang |
| Penapis asap |
| Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan udara |
| Mengurangkan Kos Operasi |
| Bagi mengatasi masalah tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh memberi subsidi diesel. Dengan ini, diharap tambang pengangkutan awam (contohnya bas dan teksi) dapat dikurangkan |
| Penggunaan Bahan Api Alternatif |
| Dalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga suria |
| Kursus Pemanduan Berhemah |
| Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya |
| Kuat Kuasa Undang-Undang |