-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
KARANGAN SPM - MEMUPUK MINAT MEMBACA SASTERA

          Sedarsawasa yang lalu,karya sastera amat di minati oleh semua bangsa di Tanah Melayu.Karya sastera juga boleh didefinisikan sebagai wadah atau sarana untuk menyatakan dunia masyarakat dan zamannya.Karya sastera merupakan karya yang mempunyai daya kreatif yang asli dan tersendiri.Di Negara kita,juga terdapat Sasterawan Negara yang ternama dan terbilang.Saban hari, karya sastera semakin hilang ditelan zaman yang serba canggih dan moden.Pemuda dan pemudi pada zaman canggih ini,kurang meminati karya sastera kerana mereka tiada masa untuk membaca sesuatu karya sastera seperti cerpen,drama,sajak puisi dan sebagainya.Justeru,kerajaan perlu mengambil usaha-usaha yang drastik untuk memupuk minat membaca karya sastera di kalangan masyarakat agar karya sastera tidak lupus ditelan zaman yang serba moden.

                   Antara usaha    yang perlu diambil oleh kerajaan untuk memupuk minat membaca karya sastera di kalangan masyarakat.Bagaimana?Dengan meganjurkan kursus penulisan karya sastera terutamanya di kalangan pelajar-pelajar sekolah.Dengan ini,pelajar-pelajar akan dapat mengetahui apa yang dimaksudkan dengan karya sastera dan juga mengetahui cara-cara untuk membaca karya sastera yang baik dan bagus. Dengan adanya kursus seperti ini mereka  akan dapat membaca karya sastera dengan menggunakan daya kreatifiviti mereka yang asli dan mempunyai idea yang tersendiri.Contohnya menganjurkan Perkampungan Penulis Muda bagi pelajar sekolah dan juga masyarakat.Ibu bapa juga perlu memberi dorongan yang kuat terhadap anak mereka yang meminati karya sastera.Bagaimana?Membenarkan anak mereka mengikuti program yang dianjurkan oleh kerajaan.Seperti,bengkel mengarang cerpen,puisi dan pelbagai karya sastera yang lain. 

                  Usaha yang kedua adalah mengadakan kempen membaca secara besar-besaran bagi memupuk minat membaca di kalangan pelajar mahupun masyarakat.Justeru,untuk menghasilkan sebuah karya yang baik memupuk minat membaca  di dalam diri seseorang merupakan satu intensif yang bijak.Dengan wujudnya minat membaca para pelajar mahupun masyarakat dapat memperolehi perkataan yang baru dan indah sebutannya  untuk menghasilkan karya sastera yang baik.Kempen seperti ini perlu dianjurkan dengan lebih kerap lagi,agar minat membaca dan minat terhadap karya sastera  tidak akan hilang begitu sahaja.Melalui kempen seperti ini,para pelajar dan juga masyarakat akan dapat melihat pelbagai jenis karya sastera yang telah dikarang oleh pengarang mahupun sasterawan Negara.Contohnya,kempen ini perlu dianjurkan sebulan sekali atau dua bulan sekali agar minat terhadap membaca dan juga minat terhadap karya sastera dapat dikembangkan dan diperluaskan dengan lebih pesat lagi. 
                    Usaha yang seterusnya adalah menerapkan minat membaca karya sastera semasa pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.Sekiranya cara ini dijalankan,kemungkinan besar minat membaca karya sastera dapat ditanamkan di dalam diri para pelajar dan juga guru-guru.Terdapat juga guru yang tidak tahu apa itu karya sastera,Walaupun tugasnya  sebagai seorang guru, belum pasti guru itu  tahu  apa yang dimaksudkan dengan karya sastera.Justeru,dengan menerapkan minat membaca karya sastera semasa pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah,secara automatiknya para pelajar akan mengetahui serba sedikit tentang karya sastera.Pihak sekolah atau pihak yang berkenaan perlulah menitikberatkan perkara sebegini agar minat terhadap karya sastera tidak akan  hilang dari jiwa para pelajar mahupun guru-guru.Contohnya,menambahkan masa mata pelajaran bahasa melayu agar guru dapat menerangkan dengan lebih terperinci,memberi perhatian semasa guru mengajar.Guru juga perlulah memberi komitmen yang terbaik sekiranya para pelajar bertanya soalan tentang karya sastera. 

                     Selain itu,kementrian pelajaran perlulah mengadakan minggu sastera seperti minggu yang diadakan sekarang.Seperti,minggu bahasa melayu,minggu bahasa inggeris dan sebagainya.Dengan adanya minggu sastera ini,karya sastera tidak akan lupus ditelan zaman dan para pelajar dapat mengembangkan minat membaca karya sastera.Minggu sastera ini juga dapat memupuk sikap suka membaca kepada para pelajar yang malas untuk membaca karya sastera.Melalui minggu sastera ini,pihak sekolah dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk menghasilkan karya para pelajar, selain memupuk minat membaca karya sastera.Secara tidak langsung,minggu sastera ini dapat memberi input yang positif terhadap usaha kerajaan untuk memupuk minat membaca karya sastera di kalangan para pelajar,guru-guru dan juga masyarakat.Dengan wujudnya minggu sastera di semua sekolah  di Malaysia,minat membaca karya sastera tidak akan hilang ditelan zaman. 

                       Usaha seterusnya adalah memperluaskan perpustakaan di sekolah dan memperbanyakkan buku tentang karya sastera di perpustakaan sekolah dan juga perpustakaan awam.Setiap sekolah mempunyai perpustakaan sendiri,namun kadar kemasukan para pelajar sangat mengecewakan.Untuk memupuk minat membaca karya sastera dn juga minat membaca buku,kerajaan dan juga pihak sekolah perlu menaiktarafkan perpustakaan di sekolah.Contohnya,sebuah perpustakaan perlu dilengkapi dengan pelbagai jenis buku dan juga karya sastera,menambahkan kemudahan asas yang diperlukan dan sebagainya.         
            Dengan wujudnya usaha-usaha yang drastik dan konkrit,masalah memupuk minat membaca karya sastera dapat diatasi dengan begitu mudah sekali.Pihak kerajaan dan pihak sekolah juga perlu berusaha untuk memupuk minat membaca karya sastera dikalangan para pelajar mahupun masyarakat.”PUPUKLAH MINAT MEMBACA KARYA SASTERA DARI KECIL”     
Back to Top