-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Contoh Karangan SPM

CONTOH KARANGAN SPM - Peranan Ibu Bapa dalam Mengurangkan Gejala Sosial

Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yangmampu meranapkan peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja.Akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja yang terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar. Isu ini menjadi suatu isu yang hangat diperkatakan dan sering menjadi buah mulut orang ramai. Antara penyakit sosialyang dimaksudkan ialah gejala vandalism, buli dan ponteng. Keutuhan institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga institusi keluarga diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku Syurgaku diadakan secara besar-besaran. Program ini menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk memastikan keutuhan institusi keluarga.Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran bagi menghalang golongan remaja daripada terjebak dalam gejala sosial.

 
Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepadaanak-anak mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yangpenuh. Ibu bapa perlu menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikapsesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka.Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remaja makan angin di destinasi-destinasi yang menarik dinegara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-anak diibaratkan sepertikain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.

Golongan remaja perlulah dibekalkan dengan didikan agama dan moral yang sempurna. Ibu bapa perlulah menekankan kepentingan ajaran agama terhadap pembentukan mental remaja kerana didikan agama dan moral dapat menjamin bahawaremaja akan dapat membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk dan seterusnya mendorong remaja mengawal tingkah laku mereka. Tanggapan sesentengah ibu bapa bahawa tanggungjawab mereka tidak lebih daripada menyekolahkan dan menyediakan makan minum anak-anak tidak benar sama sekali. Mereka juga harus memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat ajaran agama yang sempurna. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk membekalkan ajaran agama kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama yang dibekalkan kepada remaja dapat memastikan bahawaanak-anak mereka mempunyai benteng diri yang kukuh untuk menolak ajakan rakan-rakan untuk melibatkan diri dalam apa-apa tindakan yang mampu memburukkan imej diri dan merosakkan nama baik sesebuah keluarga.

Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadapkebajikan anak-anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak merekadi sekolah. Dari semasa kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi olehanak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihak sekolah,guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remaja yang bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak merekatidaklah Bagai me ncurahkan air ke daun keladi.  Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalahremaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripadamengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak mereka dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan wang ringgit.

Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepadaanak-anak mereka . Ibu bapa sememangnya perlu memastikan segala tingkah lakudan pertuturan mereka kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan olehanak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru olehanak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinan besarakan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apakelemahan yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akanmenyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu bapatidak harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini,golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka danseterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masadepan mereka.

Kesimpulannya, gejala sosial yang menjadi duri dalam daging perludihapuskan dari akar umbinya kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.Ibu bapa perlulah mengambil langkah-langkah yang drastik dan berkesan bagimemastikan golongan remaja tidak akan menjangkiti sebarang penyakit sosialkerana remajalah yang akan mencorakkan negara pada masa hadapan. Mereka harus dibimbing agar akan menjadi modal insan yang berintegriti dan berwawasan.Secara tidak langsung, impian negara untuk melahirkan golongan yang berminda  kelas pertama akan dapat direalisasikan.

Karangan asal di http://www.scribd.com/doc/7799535/Karangan-Bahasa-Melayu-1-Spmx
Back to Top