-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
EG
1. APAKAH KRITERIA YANG MELAYAKKAN GURU UNTUK LULUS BERTUKAR KE NEGERI YANG DIMOHON?

Jawapan Terdapat tiga kriteria utama yang melayakkan guru lulus bertukar ke negeri yang dimohon iaitu:

a. Kepentingan perkhidmatan

b. Kekosongan jawatan

c. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon



2. APAKAH JENIS GURU YANG BOLEH MEMOHON PERTUKARAN MELALUI MODUL E-GTUKAR?

Jawapan

Permohonan secara dalam talian ini dibuka kepada Guru Penolong Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) sahaja. Manakala pemohon yang menjawat jawatan seperti berikut hendaklah;

Pentadbir secara hakiki dan Guru Cemerlang – Mengisi borang permohonan secara manual dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) melalui JPN atau Bahagian di bawah Sektor Operasi Pendidikan (SOP) yang berkaitan.

3. MENGAPAKAH SAYA GAGAL DALAM PERMOHONAN PERTUKARAN?

Jawapan

Guru gagal dalam memohon pertukaran adalah kerana tidak memenuhi tiga kriteria berikut:

a. Kepentingan perkhidmatan

b. Kekosongan jawatan

c. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon



4. BILAKAH KEPUTUSAN PERMOHONAN PERTUKARAN AKAN DIUMUMKAN?

Jawapan:

Tarikh keputusan permohonan pertukaran guru akan dimaklumkan di Modul e- GTukar secara dalam talian.

5. BERAPA LAMAKAH TEMPOH PERKHIDMATAN YANG MELAYAKKAN SESEORANG GURU ITU LULUS BERTUKAR?

Jawapan:

Kelulusan tidak tertakluk kepada tempoh berkhidmat secara mutlak. Ia bergantung kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen di negeri khidmat semasa dan negeri yang dimohon.

6. ADAKAH GURU BOLEH MEMOHON PERTUKARAN KE DAERAH/SEKOLAH YANG DIINGINI SEKIRANYA MENGETAHUI TERDAPAT KEKOSONGAN DI DAERAH/SEKOLAH TERSEBUT?

Jawapan:

Guru boleh memohon bertukar ke daerah/sekolah yang dibuka bagi Pertukaran Guru bagi Tahun 2017. Kelulusan akan mengambil kira bilangan keseluruhan permohonan ke daerah/sekolah tersebut berdasarkan kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen.

7. APAKAH ALASAN YANG DIPERTIMBANGKAN UNTUK LULUS PERMOHONAN PERTUKARAN?

Jawapan:

Kelulusan pertukaran adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen di negeri yang dimohon. Walau bagaimanapun, semua alasan yang dikemukakan mempunyai merit/wajaran dan diambil kira dalam pertimbangan kelulusan pertukaran.

8. ADAKAH PERTUKARAN SUKA SAMA SUKA BOLEH DILAKSANAKAN?

Jawapan:

Tiada pertukaran suka sama suka.



Anda boleh terus membaca persoalan mengenai pertukaran di https://epgo.moe.gov.my/surat_siaran/FAQ%20JAN%202017.pdfhttps://epgo.moe.gov.my/surat_siaran/FAQ%20JAN%202017.pdf

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia
Back to Top