Saponifikasi
adalah proses menghasilkan sabun. Proses pembuatan sabun ada banyak,
tetapi ini adalah salah satu cara yang boleh digunakan di dalam makmal.
Bahan yang perlu disediakan juga mudah, seperti minyak sayuran, alkali
dan garam. Jom kita tengok dengan lebih lanjut bagaimana proses
saponifikasi dijalankan.
Bahan utama yang
diperlukan adalah minyak sayuran. Bagi eksperimen ini murid
saya menggunakan minyak kelapa sawit. Selain daripada minyak kelapa
sawit; minyak zaitun, minyak biji matahari, minyak jagung juga boleh
digunakan.
Kemudian 10cm3 minyak sayur ditambahkan dengan 50cm3 larutan Natrium hidroksida dengan kepekatan yang sangat tinggi, iaitu sehingga 5M.
Larutan natrium hidroksida yang digunakan adalah sangat pekat dan perlu diuruskan dengan berhati-hati kerana sifatnya yang mengakis. So hati-hati yer. Selalu cuci tangan sepanjang berurusan dengan larutan tersebut.
Campurkan kedua-dua larutan dan kacau perlahan-lahan selama 5 minit di atas penunu Bunsen. Di sini anda dah mula Nampak perubahan yang berlaku pada larutan yang dicampurkan tadi.
Tambahkan 3 spatula natrium klorida. Natrium klorida ni adalah garam biasa yang kita boleh perolehi dari dapur. Kemudian sambung dengan tambahkan lagi air suling sebanyak 50 cm3. Panaskan lagi sekali.
Setelah beberapa ketika, tutup api dan biarkan larutan tadi menyejuk. Kemudian barulah mula menuras hasil yang kita dapat.
Kenapa perlu tunggu sejuk dulu baru turas? Sebab larutan yang panas akan menyebabkan bahan sabun tadi tidak kelihatan. Cair dalam larutan panas tersebut. Jadi kena tunggu sejuk, barulah molekul sabun tadi akan kelihatan, selepas ianya mula 'membeku'.
Jangan lupa juga, selepas turas bahan tersebut, bilas juga bekas bagi memastikan kesemua molekul sabun yang terbentuk dapat dikumpulkan dengan baik.
Tunggu sehingga kering bagi mendapatkan sabun. Tekapkan juga dua kertas turas pada bahan turasan supaya lebih cepat menyerap air.
Akhir sekali, bagi menguji sama ada bahan yang kita dapat tadi adalah sabun atau pun tidak, maka ambil sedikit bahan putih tersebut, masukkan dalam tabung uji, tambahkan sedikit air dan goncang.
Jika kita memperolehi buih, maka memang benarlah bahan tersebut adalah sabun.
Bagi pelajar yang masih kurang faham dengan proses saponifikasi pembuatan sabun ini, maka eloklah terus ke Channel yOutube saya bagi menonton video di bawah. Semoga membantu!
http://www.cikguhailmi.com/2017/06/saponifikasi-pembuatan-sabun.html
Saponifikasi proses pembuatan sabun |
Pelbagai minyak sayuran yang boleh digunakan |
Kemudian 10cm3 minyak sayur ditambahkan dengan 50cm3 larutan Natrium hidroksida dengan kepekatan yang sangat tinggi, iaitu sehingga 5M.
Larutan natrium hidroksida yang digunakan adalah sangat pekat dan perlu diuruskan dengan berhati-hati kerana sifatnya yang mengakis. So hati-hati yer. Selalu cuci tangan sepanjang berurusan dengan larutan tersebut.
Alkali yang digunakan sangat pekat dan bersifat mengakis |
Campurkan kedua-dua larutan dan kacau perlahan-lahan selama 5 minit di atas penunu Bunsen. Di sini anda dah mula Nampak perubahan yang berlaku pada larutan yang dicampurkan tadi.
Tambahkan 3 spatula natrium klorida. Natrium klorida ni adalah garam biasa yang kita boleh perolehi dari dapur. Kemudian sambung dengan tambahkan lagi air suling sebanyak 50 cm3. Panaskan lagi sekali.
Garam digunakan dalam proses pembuatan sabun |
Air suling ditambah dalam campuran minyak dan alkali |
Setelah beberapa ketika, tutup api dan biarkan larutan tadi menyejuk. Kemudian barulah mula menuras hasil yang kita dapat.
Kenapa perlu tunggu sejuk dulu baru turas? Sebab larutan yang panas akan menyebabkan bahan sabun tadi tidak kelihatan. Cair dalam larutan panas tersebut. Jadi kena tunggu sejuk, barulah molekul sabun tadi akan kelihatan, selepas ianya mula 'membeku'.
Jangan lupa juga, selepas turas bahan tersebut, bilas juga bekas bagi memastikan kesemua molekul sabun yang terbentuk dapat dikumpulkan dengan baik.
Hasil dituras selepas disejukkan |
Tunggu sehingga kering bagi mendapatkan sabun. Tekapkan juga dua kertas turas pada bahan turasan supaya lebih cepat menyerap air.
Akhir sekali, bagi menguji sama ada bahan yang kita dapat tadi adalah sabun atau pun tidak, maka ambil sedikit bahan putih tersebut, masukkan dalam tabung uji, tambahkan sedikit air dan goncang.
Penghasilan buih menunjukkan bahawa sabun berjaya dihasilkan |