-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Novel Jejak Monpus : Nilai Murni (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 2) (Zulaiha Paikon)

NILAI MURNI :

1. Kasih sayang

contohnya Qistina amat menyayangi anaknya, Zahar. Dia bimbang akan keselamatan Zahar apabila penduduk kampung menyalahkan anaknya gara-gara membiaknya ulat bulu berintik hitam, lalu dia mencadangkan kepada anaknya itu memusnahkan makmalnya. Qistina juga mencadangkan agar mereka berpindah rumah sahaja.

2. Hemah tinggi

contohnya Malcom Tan dan Fikri amat menghormati Qistina dan mereka berdua memanggil bekas gurunya itu “cikgu” walaupun telah meninggalkan alam persekolahan.

3. Semangat bermasyarakat

contohnya Zahar bersimpati terhadap nasib penduduk Kampung Maju Jaya yang menghidap pelbagai penyakit seperti sakit kulit apabila diserang ulat bulu berintik hitam. Sebagai ahli masyarakat yang prihatin, dia berusaha mencari penawar agar wabak tersebut dapat dibendung.

4. Keberanian

contohnya Zahar sanggup ke Pulau Pisang semula untuk mencari penawar bagi mengatasi penyakit gatal yang dialami oleh penduduk kampung setelah diserang ulat bulu berintik hitam walaupun hasratnya itu ditegah oleh ibu dan rakannya kerana keadaan di pulau itu berbahaya. Dengan keyakinan yang dimilikinya, dia pergi bersama-sama Fikri dan akhirnya menerusi penemuan dan kajian yang dilakukan, maka terhasillah MONPUS, iaitu sejenis agen biologi.
Back to Top