-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
KUALA LUMPUR 17 Okt. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut kerajaan mempertimbangkan pemberi­an bonus sekurang-kurangnya satu bulan setengah gaji kepada 1.6 juta penjawat awam dalam Bajet 2018.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, permintaan itu adalah bagi mengurangkan beban penjawat awam yang bergaji rendah untuk menyara kehidupan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi. 
“Cukup-cukuplah sudah tu­juh tahun penjawat awam ha­nya diberi RM500. Bonus adalah pengiktirafan majikan kepada pekerja jadi apa nilainya penjawat awam yang menjadi tonggak pengurusan negara apabila hanya diberi RM500 sebagai bonus setiap tahun.
“Jika kita lihat di sektor swasta atau syarikat milik kerajaan (GLC), ada yang memperoleh bonus 10 bulan, lima bulan dan empat bulan menandakan pengiktirafan majikan mereka. Kita harap kerajaan dapat mengiktiraf penjawat awam sesuai dengan peranan kita dalam negara,” katanya semasa ditemu bual dalam segmen Sembang Online Utusan Online di sini hari ini.
Dalam pada itu, Azih turut mencadangkan kerajaan supaya membina rumah mampu milik untuk penjawat awam berpendapatan rendah pada kadar harga serendah RM80,000 sebuah.
Katanya, hal ini kerana kebanyakan projek perumahan kerajaan seperti Perumahan Pen­jawat Awam 1Malaysia (PPA1M), skim Perumahan Mam­pu Milik Swasta (MyHome) dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dijual pada harga RM150,000 yang disifatkan masih tinggi bagi segelintir penjawat awam.
“Gaji sedikit, harga rumah mahal dan kami mencadangkan kepada kerajaan, sudah sampai masanya untuk pastikan dasar rumah negara ada campur ta­ngan mereka (kerajaan). Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana perkenalkan PPA1M, skim MyHome dan perumahan PR1MA.
“Skim tersebut perlu diteruskan, cuma kami harap kerajaan bina rumah dalam lingkungan harga RM80,000 untuk kumpulan pelaksana dua yang bergaji minimum RM1,500. Cuba bina rumah pada harga itu kerana kebanyakan mereka bergaji rendah,” katanya.
Back to Top