-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Semalam anak aku umur 12 tahun layan Facebook. Nampak kawan di Malaysia ambil keputusan UPSR.

“Tak pe ke kalau tak ambil exam?” risau dia.

“Tak pe. Bukan boleh masuk universiti pun," aku kasi yakin.

Tapi kalau tanya aku, UPSR tidak perlu ambil pun tak apa kot. Kalau boleh mansuhkan terus.
1. Aku tengok anak risau kalau tidak catch up dengan kawan. Takut tertinggal. Awal lagi kita asingkan anak. Ikut sistem exam. Memang ada anak yang lambat berkembang sikit. Late bloomer. Normal. Tapi dia bukan bodoh.

Enjoy sajalah. Mahu berkawan-kawan. Asalkan seronok dan mahu pergi sekolah. itu sudah cukup bagus. Makin banyak exam kau buat, makin besar beza sistem sosial kita.

2. Motivasi dan semangat budak yang lemah mati disitu. Asyik cakap diri ‘Aku ni tidak pandai mana’. Asyik kelas corot. Sampai besar dia akan ingat dia tidak pandai.

Aku tengok mat salleh, sudah tua bangka pun suka je baca buku. Belajar sepanjang hayat. Kerana ilmu katanya. Bukan sebab exam semata.
3. Kalau satu ujian yang sama dibuat untuk menilai semua orang, macam tidak adil. Ikan pun akan rasa bodoh sepanjang hayat, kalau diuji suruh panjat pokok.

Budak mahu main. Masa main itu dia belajar. Cuba nilai dari bentuk usaha dan kemampuan. Kalau pandai main bolasepak, sokong dia sampai jadi world footballer. Nilai dari kebolehan dia main. Bukan ujian kertas.

4. Kalau risaukan kerjaya mereka, kita perbaiki sistem kerjaya. Bagi gaji sama rata. Takkan semua berebut masuk sains saja.

Di Finland, guru kerja yang untuk ada kelayakan tinggi. Sampai Master pun. Di Jepun, cikgu itu dihormati setaraf dengan doktor atau profesional lain. Semua kerja sama rata nilainya.

Barulah budak rasa yakin, kerjaya apa pun boleh cari makan. Orang dihargai. Bukan doktor aje.

5. Lebih separuh orang German pilih kemahiran vokasional. Jadi chef, juruletrik, tukang kayu, tukang kimpal. Mereka percaya kemahiran adalah sama nilai dengan kelulusan universiti. Tidak perlu degree pun.

Di Malaysia itu kerja 2nd class, kasta bawah. Susah, kotor dan comot. Gaji sikit, orang pandang rendah.

Selagi sistem pendidikan kita tidak selaras dengan sistem sosial, selagi itu kita akan berdebar tiap kali anak mahu exam.

6. Ibubapa pun tidak kisah pun sebenarnya. Ada UPSR ke tidak. Tapi yang buat jadi kisah, sebab sistem kita ni kelakar sikit. Tahun ini lain, tahun depan lain.

Bila menteri lain, sistem jadi lain. Sebab anak dilayan seperti tikus putih, mak bapak tikus mana yang tidak risau kejap gini kejap gitu. Flipflop.

Aku cuma kesian pada anak-anak. Pagi sampai malam kena kerah, lebih teruk dari orang kerja. Jadi kalau tidak dapat A, pujilah usaha dan kemampuan dia. Ramai je yang tidak masuk asrama penuh, MRSM tapi jadi orang juga.

Kau peluklah dia. Dengan kasih sayang. Bisikkan di telinga “Jom nanti kita pindah negara”. Esok kau tengok dia punya gembira.

Hidup mesti ada motivasi, kawan.

Catatan kembara,
Irwan Dahnil,
UPSR hanya 1B,
Glasgow, Scotland.
Back to Top