-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On



Ramai antara kita yang memiliki atau menggunakan kad kredit. Memang seronak dan amat menyenangkan ketika berbelanja dengan kad kredit, tetapi amat perit dan terseksa ketika ingin melunaskan hutang-hutang atau membayar bilnya.

Di sini ada beberapa tips yang ingin saya kongsikan untuk manfaat bersama. Tips menggunakan kad kredit secara bijak agar tidak membebankan kita.

Tips menggunakan kad kredit dengan bijak.

Pastikan membayar semua hutang kad kredit pada setiap bulan bagi megelakkan daripada dikenakan kadar fedah.Kadar faedah yang dikenakan ke atas baki kad kredit terkumpul biasanya lebih tinggi daripada pinjaman.

Andainya tidak mampu untuk membayar semua baki tersebut, kita perlulah mensasarkan untuk membayar melebihi bayaran minimum kerana dengan ini kita dapat mengurangkan baki terkumpul dengan lebih cepat. Namun, andainya kita hanya mampu membayar dengan jumlah minimum, pastikan ia hanyalah untuk tempoh jangka masa pendek sahaja.

Untuk membuat pembayaran bagi sesuatu barangan yang mahal, seeloknya kita memilih untuk membayar melalui skim bayaran mudah yang disediakan oleh kad kredit. Skim tersebut membantu kita untuk membahagikan kos belian dalam satu jangka masa, contohnya 6-12 bulan tanpa dikenakan sebarang kos kewangan jika kita membayar mengikut jadual.

Penting juga untuk mengelakkan daripada mengambil wang tunai melalui kad kredit kecuali jika keadaan benar-benar terdesak. Hadkanjuga bilangan kad kredit yang kita miliki.

Satu lagi cara untuk melangsaikan hutang kad kredit dengan pantas ialah SSDSSK. Atau "Susah-susah Dahulu Senang-senang Kemudian".

Kaedah ini saya petik daripada blog Nota Duit Izwan Robotys . Berikut adalah formula dan penjelasan menarik dari beliau.

Kaedah SSDSSK adalah berasaskan prioriti mengikut hutang yang paling besar kepada yang paling kecil.

Contohnya:
1) Kad Maybank = RM 8000 (min: RM 400)
2) Kad CIMB = RM 3000 (min: RM 200)
3) Kad Citibank = RM 15 000 (min: RM 700)
4) Kad American Express = RM 1500 (min: RM 100)

Susunan priority teknik SSDSSK ialah 1) CitiBank = RM 15000 2) MayBank = RM 8000 3) CIMB = RM 3000 4) AMEX = RM 1500

Maka, kita fokus membayar pada citibank terlebih dahulu. Bajet masih sama seperti sebelum ini iaitu RM1800. Maka taburan bayaran bulanan adalah seperti berikut:
1) CitiBank = RM 15000 (monthly: RM 700 + RM 400 = RM 1100)
2) MayBank = RM 8000 (min: 400)
3) CIMB = RM 3000 (min 200)
4) AMEX = RM 1500 (min 100)

Maka, hutang Citibank akan tamat pada bulan ke 14 (15000/1100 = 13.6 ~ 14).

Pada bulan ke 15, kita mula membayar hutang kan kredit kepada Maybank dengan menggunakan bayaran bulanan Citibank.

Rujuk jadual berikut:
1) CitiBank = RM 0 (RM 1100, use to pay Maybank)
2) MayBank = RM 8000 (month: 400 + 1100 = RM 1500)
3) CIMB = RM 3000 (min 200)
4) AMEX = RM 1500 (min 100)

Pada bulan ke 6 selepas Citibank tamat maka hutang Maybank juga tamat (8000/1500 = 5.3 ~ 6). Pada bulan ke 21 (15+6) daripada kita mula operasi melangsaikan hutang, kita mula membayar hutang kan kredit kepada CIMB dengan menggunakan bayaran bulanan Maybank.

Rujuk jadual berikut:
1) CitiBank = RM 0 
2) MayBank = RM 0 (RM 1500 use to pay CIMB)
3) CIMB = RM 3000 (monthly: RM 200 + RM 1500 = RM 1700)
4) AMEX = RM 1500 (min 100)

Pada bulan ke 2 selepas Maybank tamat maka hutang Maybank juga tamat (3000/1700 = 1.7 ~ 2). Pada bulan ke 23 (21+2) daripada kita mula operasi melangsaikan hutang, kita mula membayar hutang akhir kad kredit kepada AMEX dengan menggunakan bayaran bulanan CIMB.

Rujuk jadual berikut:
1) CitiBank = RM 0
2) MayBank = RM 0
3) CIMB = RM 3000 (RM 1700 use to pay AMEX)
4) AMEX = RM 1500 (monthly: RM 100 + RM 1700 = RM 1800)

Tidak sampai satu bulan pun hutang kita pada AMEX terus habis di bayar! Ini kerana jumlah hutang AMEX ialah RM 1500 manakala bajet kita untuk bayar hutang adalah RM 1800!.

Cumanya, untuk bertahan selama 15 bulan pertama itu memang perlu bertabahlah. Antara perkara yang boleh kita buat sepanjang 15 bulan itu ialah melihat baki hutang kita yang paling besar semakin mengecil dan akhirnya hilang. Ia menjadikan kita sangat yakin yang kita boleh melangsaikan semua hutang-hutang kita yang lain kerana hutang-hutang yang lain itu jauh lebih kecil daripada hutang 15 bulan itu.

INFO TAMBAHAN:

Tidaklah menjadi kesalahan untuk berhutang termasuklah menggunakan kad kredit, asalkan ia berpaksikan wajar dan waras. Menggunakan kad kredit dengan waras dan wajar menuntut kita menjadi pengguna yang bijak. Bijak ketika berbelanja dan bijak membayar.

http://www.bicaradariaku.com/2016/10/tips-menggunakan-kad-kredit-dengan-bijak.html
Back to Top