-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
SAPS Ibu bapa 2017 ok? Ibu bapa dan penjaga kepada pelajar-pelajar sekolah kini boleh menyemak keputusan ujian dan peperiksaan anak-anak secara atas talian.

Semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS NKRA). Sistem ini akan menunjukkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar.

SAPS Ibu bapa akan menyediakan semakan keputusan peperiksaan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5. Semakan keputusan termasuk ujian 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Ujian 2, Peperiksaan Akhir Tahun, serta peperiksaan percubaan UPSR, PT3 & SPM.

Bagi memastikan keputusan peperiksaan telah dikemaskini semasa membuat semakan, pastikan semakan dibuat setelah markah selesai diisi oleh guru peperiksaan.

Cara Untuk Menyemak Keputusan Peperiksaan Ialah Seperti Berikut:


1. Klik link dibawah untuk ke laman web SAPSIbuBapa bagi tujuan semakan keputusan peperiksaan:

sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php


2. Masukkan no kad pengenalan atau no sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).

3. Kemudian pilih sam ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan yang mahu diperiksa.

4. Kemudian masukkan pula kod pengesahan (captcha) seperti tertulis.

5. Klik butang Semak, dan anda akan dibawa ke menu utama seperti gambarajah di bawah:

6. Kemudian pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan UPSR, PMR/PT3, SPM atau sebagainya, sila pilih satu sahaja kerana sistem akan memaparkan hanya 1 result dalam 1 masa.

7. Kemudian klik butang Paparkan Slip Keputusan untuk menyemak keputusan terperinci ujian/peperiksaan yang dipilih seperti markah, gred, kedudukan dalam kelas/darjah/tingkatan, peratusan dan sebagainya untuk tujuan analisis keputusan peperiksaan anak-anak.

8. Klik Papar Markah Peperiksaan untuk menyemak analisa keputusan bagi semua ujian dan peperiksaan bagi tarikh yang telah dipilih.

Semoga perkhidmatan semakan online SAPS Ibu Bapa ini dapat membantu ibubapa dalam memantau prestasi akademik anak-anak dan para pelajar.
Back to Top