2 Sikap, pengetahuan dan
kemahiran membolehkan seseorang itu berjaya dalam bidang keusahawanan.
Ulaskan pernyataan tersebut.
PENDAHULUAN
BIDANG
|
Bidang keusahawanan
-semakin hari semakin diminati
-mengubah kehidupan seseorang secara drastik
-pelbagai lapangan boleh dipelopori oleh para usahawan
|
TEMA
|
Laluan kehidupan usahawan yang berjaya
-tidak pernah mudah
-banyak liku dan onak perlu dilalui – alah biasa tegal biasa
-pelbagai ranjau risiko harus dihadapi demi menjadi
usahawan berjaya
|
SOALAN
|
-mengetahui ciri-ciri yang harus dimiliki oleh
seseorang yang mahu berjaya dalam bidang keusahawanan
|
ISI 1
CIRI-CIRI USAHAWAN
|
-sikap ingin berubah demi masa depan
-sikap ini harus ada pada usahawan
|
SEBAB
|
-sikap usahawan haruslah berbeza daripada yang ingin
makan gaji
-berani menyahut cabaran demi perubahan suasana kerja
dan cara kerja – asal ditugal adalah
benih
-tabah menghadapi kegagalan demi mencapai kejayaan
|
CONTOH
|
-pelopor restoran makanan segera “Kentucky Fried
Chicken” pernah gagal lebih 1000 kali sebelum berjaya mencipta resipi ayam
goreng – genggam bara api, biar sampai
jadi arang
-masih popular dan disukai ramai sehingga hari ini
-usahawan yang berjaya menghadapi kegagalan
|
KEBAIKAN
|
-membina mentaliti yang positif dan tidak mudah
mengalah
-tidak mempedulikan kata-kata nista orang lain yang
akan menjejaskan motivasi diri
-bersedia mendepani cabaran dan halangan serta risiko
perniagaan
|
KESIMPULAN
|
-setiap manusia boleh menjadi usahawan yang berjaya
jika sikapnya secocok dengan permintaan dalam bidang keusahawanan – sehari selembar benang, lama-lama menjadi
kain
-sikap ingin berjaya inilah yang mampu melahirkan
usahawan yang berjaya dalam bidang yang diceburinya
|
ISI 2
CIRI-CIRI USAHAWAN
|
-usahawan yang berjaya harus memiliki pengetahuan yang
luas – ilmu pelita hidup
-pengetahuan ialah asas yang harus dimiliki oleh setiap
usahawan
|
SEBAB
|
-tanpa pengetahuan, usahawan tidak dapat mencari
formula untuk mengatasi masalah produknya
-tidak mempunyai keyakinan diri apabila berkomunikasi
dengan pelanggan
|
CONTOH
|
-perlu menghadiri kursus produk yang dijual
-perlu mengikuti pelajaran tentang pengetahuan
perniagaan
-perlu rajin mengkaji dan menyelidik strategi pemasaran
yang betul dan efektif – membaca
jambatan ilmu
|
KEBAIKAN
|
-dapat menguasai ilmu perniagaan dan perdagangan
-dapat meyakinkan pelanggan dengan ilmu yang kita
miliki
-dapat mengatasi dan menjawab semua pertanyaan tentang
produk jualan kita
|
KESIMPULAN
|
-keyakinan pelanggan akan meningkat
-populariti peniaga akan tersebar ke seluruh buana – tak kenal maka tak cinta
-keuntungan meningkat sekali gus melahirkan usahawan
yang berjaya
|
ISI 3
CIRI-CIRI USAHAWAN
|
-kemahiran berniaga perlu dikuasai oleh usahawan
-kemahiran yang asas sebagai punca rezeki peniaga – hendak seribu daya, tak hendak seribu
upaya
|
SEBAB
|
-mengetahui dan memahami trend pasaran
-mendapat tahu permintaan daripada golongan sasaran
pembeli
-tidak menjual produk yang salah kepada pihak yang
tidak sesuai
|
CONTOH
|
-mengetahui umur, hobi, dan tujuan pembelian produk – rambut sama hitam, hati lain-lain
-mengetahui warna dan label yang sesuai untuk produk
-membuat perbandingan harga dan kualiti produk di
pasaran
|
KEBAIKAN
|
-mampu melahirkan kualiti produk yang terbaik dalam
pasaran
-dapat memberikan persaingan sengit dari segi kualiti
dan harga
-pelanggan dan usahawan mendapat manfaat daripada
produk yang dipasarkan
|
KESIMPULAN
|
-menjadi usahawan yang baik bukan senang tetapi tidak
susah
-di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan
|
ISI 4
CIRI-CIRI USAHAWAN
|
-kreatif dan inovatif dalam mengusahakan perniagaan
kerana zaman beralih, musim bertukar
-memanfaatkan teknologi maklumat dan manfaat daripada
zaman globalisasi
|
SEBAB
|
-pelanggan pada zaman moden ini tidak suka terperangkap
dalam kesesakan jalan raya
-ingin menjimatkan masa dan kos kerana ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
-suka membeli barang melalui konsep e-dagang atau
pembelian dalam talian
|
CONTOH
|
-membina laman web sendiri dengan grafik yang menarik
dan sistem pembelian mesra penguna
-menyebarkan maklumat produk perusahaan melalui laman
web jaringan sosial
-apabila produk tersebut menjadi “viral” atau “tular”,
maka poket kita akan penuh
|
KEBAIKAN
|
-menjimatkan kos pemasaran kerana produk disebarluaskan
daripada teknologi
-mengurangkan kos sewaan premis dan gaji pekerja – jauhari juga yang mengenal manikam
-memperbanyak dan memperluas jaringan perniagaan ke
serata dunia
|
KESIMPULAN
|
-berjaya menjadi usahawan berjaya seperti Dato Aliff
dengan produk Deherbs Terlajak Laris dan Datuk Seri Vida dengan produk Pamoga
“Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih” yang terngiang-ngiang di telinga dalam
kalangan di seluruh negara – yang baik
dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan
|
PENUTUP
TEMA
|
Usahawan yang berjaya
-memiliki kekuatan fizikal dan mental
-sentiasa bersiap siaga menghadapi gelombang ekonomi yang lembap
-mempunyai modal dan kekentalan jiwa yang
mencukupi
|
BIDANG
|
Bidang keusahawanan di negara kita
-dimeriahkan dengan usahawan muda yang bijak pandai dan
cerlang cemerlang
-merangsang ekonomi keluarga, masyarakat, dan negara
-dunia akan melabel
rakyat Malaysia sebagai usahawan berjaya
|
HARAPAN
|
-banyak usahawan muda akan muncul dalam pasaran
-berani mencuba sesuatu yang baharu demi mengubah masa
depan
-menjadikan bidang perusahaan sebagai periuk nasi
-membangunkan sistem perniagaan yang baik dan kompetitif
-kadar import
negara dapat dikurangkan
-semua pihak mendapat manfaat daripadanya
|