-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Gaji Pekerja Gunting Rambut boleh capai RM 3500.
Kalau ikut kepada tajuk, mesti ramai yang kurang pasti betul ke gaji seorang pekerja rambut bulanan boleh cecah sehingga hampir RM 3500.
Kalau dibandingkan dengan gaji seorang guru baru lepasan ijazah ataupun kakitangan kerajaan lain yang baru lepasan ijazah pon pastinya tak dapat menyamai gaji yang diterima oleh pekerja gunting rambut ini. Gaji seorang guru baru grad lepasan ijazah baru sahaja hampir mencecah RM3000 itupun dah campur elaun.
Tetapi, perkongsian kali ini adalah berkenaan cerita yang benar-benar berlaku di mana seorang pekerja gunting rambut berumur 18 tahun yang baru lepasan SPM sudah dapat mencecah hampir RM 3500 hanya dengan menggunting rambut di bilik beraircond.
Pekerja yang menerima gaji RM 3414 dengan menggunting rambut
Difahamkan, pekerja tersebut merupakan salah seorang pekerja yang bekerja di salah satu cawangan Asyraf Hairstyle Barbares shop di daerah Dungun Terengganu. Berikut merupakan pautan FB kepada owner kedai tersebut, FB Rasmi Owner Asyraf Hairstyle Barbareshop
Perkongsian ini bukan kerana hendak menunjuk-nunjuk bagaimana owner ini mampu membayar gaji pekerjanya, tetapi untuk menyedarkan orang di luar sana terutama orang muda di mana jika ada usaha pasti ada kejayaan. Belajar setinggi manapun jika tiada daya usaha dan kesungguhan belum tentu kita dapat berjaya sebagaimana orang lain.
Berikut merupakan perkongsian owner kedai tersebut kepada netizen di dalam group di daerah Dungun. Perkara baik dan bermanfaat seperti ini boleh ditularkan atau diviralkan untuk memberi motivasi hidup kepada orang di luar sana untuk berjaya.
Berdasarkan daripada yang diberitahu, pada bulan ini, beliau telah membayar RM 3413.00 kepada seorang pekerjanya yang berumur 18 tahun dan pada bulan lepas beliau telah membayar kepada pekerja yang sama sebanyak RM 2775.00. Dalam masa 2 bulan sahaja, pekerja tersebut telah berjaya mencapai gaji purata lebih RM3000 sebulan dengan hanya menggunting rambut di kedai orang.
Tambahan daripada fb beliau juga, walaupun di umur usia yang muda, pemilik kedai gunting rambut ini sudah memilik 19 staf yang bekerja sebagai penggunting rambut di kedai miliknya di seluruh negeri terengganu. Pemilik kedai ini yang dikenali dengan nama Asyraf ini sudah memiliki beberapa cawangan kedai menggunting rambut. Apa yang lebih menarik, beliau turut mencarum KWSP kepada pekerjanya.
Tambahan lagi, Asyraf ini juga sudah mempunyai akademi menggunting rambut sendiri untuk membantu orang dan masyarakat di luar sana untuk belajar menggunting rambut sendiri.
Apa yang pasti, owner ini tetap mengingatkan kita bahawa semua kejayaan adalah datang dari izin Allah s.w.t. Perjalanan hidup pemilik kedai gunting rambut ini yang bermula dari kosong sehingga berjaya sekarang patutnya disebarkan kepada umum sebagai sumber inspirasi sebagaimana pepatah melayu di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Kedai Asyraf ini juga agak famous di kalangan artis kerana terdapat juga beberapa orang artis yang pernah datang untuk menggunting rambut di kedai beliau seperti Zizan Razak dan Ery Putra.
Ery Putra yang turut pernah menggunting rambut di kedai beliau
Gambar di bawah juga mungkin merupakan sebahagian staf dan pekerja kedai gunting rambut beliau.
Semoga bermanfaat.

Sumber:sumberpendidikan
Back to Top