-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Permohonan IPG (Institut Pendidikan Guru) Tahun 2017 Calon Guru PISMP Lepasan SPM Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan untuk mempelawa calon yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Calon yang mempunyai minat dan beriltizam, komited serta dedikasi dalam profesion perguruan adalah digalakkan memohon.
Bagaimanapun calon perlu memenuhi serta menepati kriteria syarat dan kelayakan asas sepertimana yang telah ditetapkan.

PERMOHONAN CALON GURU PISMP DI IPG 2017 LULUSAN SPM

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) ambilan tahun 2017 boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem Aplikasi Permohonan Program Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan dibuka kepada capaian pemohon.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 2 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
Pemohon yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 8 semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

Syarat Dan Kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2017 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1997
  • Sihat tubuh badan
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (Gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A-) dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum)
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah
  • Lulus Bahasa Inggeris
Memenuhi syarat bidang pengkhususan. Baca Senarai Lengkap Bidang Pengkhususan

Cara Mengemukakan Permohonan PISMP Di IPG 2017

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Aplikasi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2017.
Untuk mengakses sepenuhnya sistem Borang Online Permohonan PISMP, pemohon baharu perlu mendaftar pertama kali sebagai pengguna sistem berkenaan (tidak perlu sebarang pembelian no pin atau no unik ID)
Pemohon dinasihatkan meluangkan masa membaca info dan maklumat penting yang disediakan melalui ruangan Menu yang terdapat dalam Laman Aplikasi Permohonan Perguruan supaya proses untuk membuat permohonan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.
Pemohon yang telah mengesahkan permohonan perlu mencetak dan simpan no rujukan pengesahan permohonan dan butiran tarikh, masa pengesahan serta mengingati kata laluan kerana calon perlu log masuk semula sistem berkenaan untuk membuat semakan keputusan berkaitan pada tarikh yang ditetapkan.
Permohonan Dibuka :23 Mac 2017
Permohonan Ditutup :30 Mac 2017
*Pemohon dinasihatkan hanya mendapatkan maklumat lanjut di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Pautan (Link) Laman Sistem Aplikasi Permohonan PISMP 2017

* Permohonan untuk pengambilan tahun 2017 belum dibuka. Bagaimanapun pemohon boleh mendapatkan maklumat berkaitan di dalam laman sistem aplikasi tersebut.
  • Lampiran Iklan Permohonan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ambilan Tahun 2017
* Pautan akan disertakan sebaik sahaja sistem aplikasi permohonan PISMP tahun 2017 diaktifkan

Info Tambahan

Untuk makluman, maktab-maktab perguruan telah dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) IPG dikawal selia secara langsung oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Perubahan daripada maktab perguruan kepada IPG bukanlah dari segi nama sahaja tetapi pengisiannya bagi melahirkan guru cemerlang dan seterusnya pelajar cemerlang.
Calon guru mesti mempunyai personaliti dan keyakinan diri yang baik serta ada rasa tanggungjawab dalam memenuhi aspirasi kerajaan dan rakyat."

Sumber: https://www.infopelajar2u.com/permohonan-ipg/
Back to Top