Soalan:
Sebagai seorang remaja, anda juga merupakan seorang belia yang mempunyai peranan penting dalam membangunkan dan memajukan negara ini. Ulaskan penyataan di atas.
Karangan Contoh:
Lebih separuh abad kita menghela nafas kemerdekaan, namun remaja yang merupakan bakal tunjang negara masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut sosial. Ternyata mentaliti generasi muda di negara kita belum lagi mengalami anjakan paradigma selaras dengan arus pembangunan negara kita. Menurut kata mutiara sarjana, “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah generasi mudanya pada hari ini.” Mantan Presiden Indonesia, Soekarno pernah mengungkap, “Jika diberikan aku seratus orang tua, nescaya aku mampu menterbalikkan perahu yang tertangkup tetapi, jika aku diberikan sepuluh orang muda, nescaya aku dapat mengegarkan dunia”. Bait-bait susunan retorik yang penuh puitis ini telah menjadi satu menifestasi dalam usaha membangunkan golongan belia dan generasi muda. Ternyatalah di sini bahawa remaja mahupun golongan belia yang berkualiti dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa. Oleh itu, saya perlu memainkan peranan saya dengan penuh tanggungjawab untuk merencanakan pembangunan negara.
Peranan saya yang signifikan ialah saya perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dari aspek akademik. Kecemerlangan akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk melahirkan yang pemimpin negara yang berkualiti demi menjamin masa hadapan negar yang cerah terutamanya dalam aspek pembangunan negara. Intelek merupakan faktor perdana untuk menjana kecemerlangan tamadun bangsa. Sehubungan dengan itu, saya perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu Sains dan Matematik melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku, melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya. Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan akan menjauhi gelaran katak di bawah tempurung. Saya juga tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Seorang tokoh cendekiawan Islam pernah berkata bahawa petanda runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa tersebut amat mencintai hiburan Tegasnya, tanpa remaja dan golongan yang bijak pandai maka pembangunan negara akan terbantut.
Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik semata-mata tidak dapat menjamin pembangunan negara jika generasi muda kita seperti saya tidak memiliki kesihatan fizikal dan mental yang seimbang. Generasi muda yang ingin membangunkan negara perlu memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan. Pada alaf baharu yang penuh dengan kompetitif, muda-mudi negara perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja diri tanpa mengenal istilah putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan generasi muda di negara maju. Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental, saya patut mengamalkan pemakanan seimbang, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, bersenam, bersukan, beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial seperti minum arak, merokok, kegiatan maksiat, najis dadah dan lain-lain lagi kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku buruk padahnya. Remaja mahupun golongan belia harus sedar bahawa kesihatan merupakan aset yang tidak ternilai. Tanpa kesihatan, segala-galanya tidak lagi membawa makna. Hal ini sangat bertepatan dengan slogan rakyat sihat, negara maju. Jadi, muda-mudi negara yang sihat dan mempunyai jati diri yang mapan baru dapat melaksanakan pembangunan negara.
Selain itu, saya juga mestilah memiliki etika atau personaliti yang luhur. Golongan muda harus disuntikkan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lantaran itu, saya haruslah mengamalkan segala suruhan agama dan meninggalkan semua larangan agama. Remaja yang dangkal imannya sudah pasti akan terjerumus ke dalam kebejatan sosial. Saya mestilah sentiasa mendekatkan diri kepada Tuhan dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang mungkar seperti menagih dadah, berzina dan mencuri. Selain menitikberatkan ajaran agama dan pendidikan moral, golongan muda juga harus dibimbing supaya melakukan kerja amal dan memberikan khidmat sosial, misalnya bergotong-royong, menziarahi rumah kebajikan orang-orang tua dan kanak-kanak yatim, mengutip derma untuk membantu mangsa bencana alam serta terlibat dalam pelbagai aktiviti sukarela. Dalam konteks ini, saya dapat membantu pembangunan negara dengan memastikan negara bebas daripada ancamana masalah sosial. Dengan kata lain, golongan remaja dan belia negara harus bersahsiah mulia, berinsaniah, berbudi bahasa dan berkasih sayang agar dapat melahirkan negara yang maju sama ada secara luarannya dan dalamannya pada suatu hari nanti.
Seperkara lagi, saya juga perlu kreatif dan inovatif untuk memacu pembangunan negara yang gemilang. Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baharu dapat mengecapi kejayaan yang terbilang. Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba sesuatu yang baharu akan menikmati buah kejayaan yang manis. Rentetan daripada itu, golongan remaja dan belia kita harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian itu bukan rekaan Mat Jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan praktikalnya. Dalam konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi remaja. Pendek kata, pembangunan negara akan tercapai jika negara kita mempunyai barisan pelapis negara yang kreatif dan inovatif.
Akhir sekali, saya juga dapat memainkan peranan saya untuk membangunkan negara dengan memiliki sikap keterbukaan. Hal ini kerana apabila kita mempunyai sifat sedemikian, kita lazimnya dapat menerima teguran dan pandangan orang lain. Dalam nada yang serupa, kita dapat memberi kesan kepada negara kita. Kita dapat menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara. Kitalah yang akan menjadi pendukung untuk mencapai perpaduan negara atau integrasi nasional demi mewujudkan kesejahteraan sosial. Sebagai contohnya, saya mestilah sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur untuk mencapai misi dan visi negara iaitu semua rakyat perlu bersatu padu di bawah satu bumbung yakni, satu bangsa satu bahasa dan satu negara. Hal ini bermakna saya perlu mengamalkan perpaduan sama ada di sekolah atau di tempat-tempat lain. Dengan ini, keharmonian negara dapat dipelihara dan pembangunan negara dapat dijalankan dengan lancar dalam suasana negara yang aman harmoni. Maka, sifat keterbukaan golongan muda yang belum keras ubun-ubunnya sudah pasti dapat memudahkan mereka menjadi pemimpin yang mampu membangunkan negaranya dengan penuh komited dengan dipayungi perpaduan antara rakyatnya.
Secara intihanya, semua remaja dan belia negara termasuklah saya mempunyai tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk menjanakan pembangunan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Pemusa-pemudi negara merupakan tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara kita haruslah merdeka daripada belenggu angkara sosial. Hanya remaja dan belia yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara. Jika mereka tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan tidak dapat menjadi realiti. Oleh itu, generasi yang merupakan aset negara ini perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkan diri sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga negara kita dapat berdiri dengan gah di pentas antarabangsa bergandingan dengan negara maju yang lain dan terkenal di seantero dunia.