Permohonan UPU 2017 Secara Online
Cara Permohonan UPU Sesi 2017/2018
Berikut merupakan cara bagaimana anda boleh membuat permohonan UPU:
- Terlebih dahulu, beli no pin UPU (No Unik) di Bank Simpanan Nasional (BSN). Anda boleh terus membeli melalui mesin ATM ataupun terus pergi ke kaunter. Pin berharga RM15.64 termasuk gst. (no pin mulai dijual pada 6 Februari hingga 31 Mac 2017)
- Masuk ke portal rasmi upu di upu.mohe.gov.my
- Pilih kategori permohonan anda. Jika tidak pasti kategori anda, klik link di bawah
Tarikh Permohonan UPU Sesi 2017/2018
Permohonan UPU dibuka mulai 6 Februari 2017 , sehingga 31 Mac 2017.
Semakan Keputusan Permohonan UPU
Semakan dijangka boleh dibuat mulai 4 may 2017.
Syarat kemasukan Permohonan UPU 2016/2017
Berikut merupakan syarat am permohonan UPU mengikut kategori permohonan;
Lepasan SPM/ Setaraf ( bagi permohonan sijil, diploma, dan asasi)
- Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan
- Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
- Program pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera:
- Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.
- Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
Lepasan STPM,Matrikulasi, Asasi,Politeknik/ Setaraf ( Untuk permohonan sarjana muda , degree)
- Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
- Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
- Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; dan
- Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
- Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
- Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
- Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2013; atau
- Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2013 atau 2012; atau
- Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
- Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).