-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
NAMA PENUH UNIVERSITI AWAM/POLITEKNIK PREMIER

:
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
ALAMAT
:
TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK
PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

43600
UKM BANGI
SELANGOR
NO. TELEFON
:
Talian 1 : +6 03-89118462
Talian 2 : +6 03-89118464
Talian 3 : +6 03-89118465
Talian 4 : +6 03-89118463
NO. FAKS
:
+6 0389118471
E-MEL
:
akad@ukm.edu.my
LAMAN WEB
:
http://www.ukm.my


PENGENALAN
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan pada 18 Mei 1970 adalah Universiti ketiga ditubuhkan di Malaysia selepas Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia. Pada awal penubuhannya UKM mempunyai Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Sains dan Fakulti Sastera (diubah kepada Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada 1974).
UKM lahir dari hasrat dan aspirasi orang-orang Melayu yang telah wujud semenjak tahun 1930-an menyarankan agar sebuah Universiti yang bertaraf kebangsaan dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya ditubuhkan. Hasrat ini tercapai apabila timbulnya keperluan untuk menampung pelajar-pelajar lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi selepas negara mencapai kemerdekaan.
Pada masa ini, UKM menawarkan sebanyak lebih 90 program pengajian peringkat ijazah Sarjanamuda daripada 12 buah Fakulti.  Fakulti-fakulti berkenaan adalah:
  • Fakulti Ekonomi dan Pengurusan;
  • Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina;
  • Fakulti Pendidikan;
  • Fakulti Pergigian; 
  • Fakulti Perubatan; 
  • Fakulti Pengajian Islam;
  • Fakulti Sains dan Teknologi;
  • Fakulti Sains Kesihatan; 
  • Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan; 
  • Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat;
  • Fakulti Farmasi; dan 
  • Fakulti Undang-Undang.
Fakulti Pergigian, Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan beroperasi di Kampus Cawangan Kuala Lumpur, Fakulti Perubatan di Cheras  manakala fakulti-fakulti yang lain di Kampus Induk Bangi. Fakulti Perubatan juga mempunyai hospital pengajarnya, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur.  UKM juga mempunyai sebanyak sebelas (11) buah Pusat Kecemerlangan yang ditubuhkan khusus untuk menghimpunkan penyelidik dan sarjana atau tenaga akademik yang mempunyai kepakaran masing-masing untuk menjalankan pelbagai aktiviti penyelidikan.  Sehingga kini, seramai lebih 16,8000 orang pelajar sedang mengikuti program pengajian ijazah Sarjanamuda dan lebih 9,080 orang pelajar program ijazah lanjutan.
Mulai Sesi Akademik 2012-2013, UKM telah mula mengambil pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti Program ASASIpintar.  Program ASASIpintar UKM merupakan program pra universiti untuk sekumpulan pelajar yang menunjukkan potensi intelek yang tinggi dan boleh dianggap sebagai pintar berbakat.


PROGRAM-PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
A.  PERINGKAT PRASISWAZAH

FAKULTI

PROGRAM PENGAJIAN

TEMPOH
PENGAJIAN


EKONOMI DAN PERNIAGAAN
Pusat Pengajian Ekonomi:
Sarjanamuda Ekonomi dengan Kepujian

3
Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan:
Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
3
Pusat Pengajian Perakaunan:
Sarjanamuda Perakaunan dengan Kepujian (ditawarkan pada Tahun 2)
4



KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA





Sarjanamuda Sains Seni Bina dengan Kepujian  3


Sarjanamuda Kejuruteraan dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Kejuruteraan Awam 4
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 4
Kejuruteraan Kimia 4
Kejuruteraan Mekanikal 4
Kejuruteraan Elektronik 4









PENDIDIKAN

Sarjanamuda Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:


Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua 4
Sukan dan Rekreasi 4
Pendidikan Khas 4


PENGAJIAN ISLAM

Sarjanamuda Pengajian Islam dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah 3
Pengajian Arab dan Tamadun Islam 3
Pengajian Dakwah dan Kepimpinan 3
Syariah 3
Usuluddin dan Falsafah 3
PERGIGIAN
Doktor Pergigian 5

PERUBATAN

Doktor Perubatan
5
Sarjanamuda Kejururawatan dengan Kepujian 4


SAINS KESIHATAN 

Sarjanamuda Audiologi dengan Kepujian
4
Sarjanamuda Dietetik dengan Kepujian 4


Sarjanamuda Kesihatan Persekitaran dengan Kepujian 4
Sarjanamuda Optometri dengan Kepujian 4
Sarjanamuda Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi dengan Kepujian 4
Sarjanamuda Sains Bioperubatan dengan Kepujian 4
Sarjanamuda Sains Forensik dengan Kepujian 4
Sarjanamuda Sains Pemakanan dengan Kepujian 4
Sarjanamuda Sains Pertuturan dengan Kepujian 4






SAINS DAN TEKNOLOGI















Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi
Sarjanamuda Sains dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:


Biokimia 4
Bioinformatik 4
Bioteknologi Tumbuhan 4
Genetik 4
Mikrobiologi 4
Bioteknologi dengan Pengurusan 4

Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam
Sarjanamuda Sains dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Biologi 4
Geologi 4
Sains Laut 4
Sains Sekitaran 4

Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan
Sarjanamuda Sains dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Kimia 4
Sains Makanan dan Pemakanan 4
Sains Pemakanan dengan Pengurusan Perniagaan 4
Oleokimia 4
Teknologi Kimia 4

Pusat Pengajian Fizik Gunaan
Sarjanamuda Sains dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Fizik 4
Sains Bahan 4
Sains Nuklear 4

Pusat Pengajian Sains Matematik
Sarjanamuda Sains dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:

Matematik 4
Sains Aktuari 4
Statistik 4


SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran
Sarjanamuda Sains Sosial dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:

Antropologi dan Sosiologi 4
Geografi 4
Sains Pembangunan 4

Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
Sarjanamuda Sains Sosial dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Komunikasi Media 4

Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Sarjanamuda Sastera dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:


Pengajian Bahasa Melayu 4
Persuratan Melayu 4

Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Sarjanamuda Sains Sosial dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Psikologi 4
Kerja Sosial 4

Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi
Sarjanamuda Sains Sosial dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Sains Politik 4

Sarjanamuda Sastera dengan Kepujian dalam bidang berikut:
Sejarah 4

Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik
Sarjanamuda Sains Sosial dengan Kepujian dalam bidang berikut:
Linguistik 4

Sarjanamuda Sastera dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Pengajian Bahasa Inggeris 4


TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT

Sarjanamuda Teknologi Maklumat dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Sains Komputer 4
Teknologi Maklumat 4
Kejuruteraan Perisian (Pembangunan Sistem Maklumat) 4
Kejuruteraan Perisian (Pembangunan Sistem Multimedia 4





UNDANG-UNDANG

Sarjanamuda Undang-Undang dengan Kepujian

4

   FARMASI

Sarjanamuda Farmasi dengan Kepujian

4



B.  PERINGKAT ASASI

1. Program ASASIpintar
 
YURAN KEMASUKAN DAN PENGAJIAN
A - Universiti
(RM)

1. Kemasukan dan Pendaftaran
665.00
sekali sahaja






2. Yuran Pengajian    700.00 per semester














 






B - Yuran berulang (Kesihatan, Kebajikan, Insurans, Perpustakaan dan Aktiviti MPP
     
 170.00
per semester
C - Yuran Penginapan*
 768.00.00 per semester































     

 




         D.  Yuran Pengajian peringkat ijazah





 
D - YURAN PENGAJIAN
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
550.00
per semester
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
700.00
per semester
Fakulti Pendidikan
550.00
per semester
Fakulti Pengajian Islam
510.00
per semester
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu 600.00 per semester
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat 600.00 per semester
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
510.00
per semester
Fakulti Sains dan Teknologi
600.00
per semester
Fakulti Perubatan;
   Doktor Perubatan
   Kejururawatan (Ijazah)

900.00
660.00

per semester
per semester
Fakulti Pergigian 850.00 per semester
Fakulti Farmasi 850.00 per semester
Fakulti Undang-Undang 550.00 per semester

E.     (Pelajar yang berjaya ditawarkan ke Program ASASIpintar akan ditaja oleh KPT sepanjang pengajian di peringkat ASASIpintar )

CATATAN:
1.   Yuran-yuran yang perlu dijelaskan semasa pendaftaran ialah: A1 + A2 (berjumlah RM1365.00)
2.  Yuran berulang (B) dan penginapan  (C) perlu dijelaskan dalam tempoh sebulan dari tarikh pendaftaran.
3.  * Yuran Penginapan di atas adalah tertakluk kepada jumlah hari sebenar tinggal di kolej dan jenis penginapan kolej.
4.   Yuran Perkhidmatan adalah untuk peralatan (RM100.00), ko-kurikulum (RM80.00) dan pengangkutan (200.00).

MAKLUMAT LANJUT
Sebarang keterangan lanjut mengenai program pengajian boleh dikemukakan kepada:
Timbalan Pengarah
Pusat Pengurusan Akademik

Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi, Selangor.

Tel : 03-89118462/8463/8464/8465/8468
Faks : 03-89118471
E-mail : norzali@ukm.edu.myadnanj@ukm.edu.my , Laily@ukm.edu.my. noraz@ukm/edu.my
Laman Web : www.ukm.my

Sumber:mohe
Back to Top