-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Sinopsis Novel Di Sebalik Dinara

Bab 1.
Farisha berada di Lapangan Terbang Senai, Johor untuk menaiki kapal terbang ke Kuala lumpur. Dia terjumpa seorang pemuda yang bersikap sopan santun dan kacak. Pemuda itu bersenyum kepadanya. Di dalam pesawat, kebetulan pemuda itu duduk di tepinya. Farisha berminat akan jam tangan pemuda yang juga merupakan pusat kawalan elektronik. Setelah berbual ringkas. Mereka tertidur dalam penerbangan. Di balai ketibaan KLIA, Farisha terlupa menghubungi rakan serumahnya Shida dan abangnya, Azraai. Dia terpaksa menaiki teksi balik ke tempat kediaman. Pada pukul 10.00 malam, dia baru sampai di hadapan pintu apartmennya. Kad pintar tidak dapat berfungsi untuk membuka pintu rumah. Setelah menghubungi Shida, Shida yang sedang bermain skuasy segera balik untuk membuka pintunya, iaitu, kunci pintu telah ditukar kepada Retinal Scanner. Farisha terkejut tentang perubahan rumah mereka. Menurut Shida, abang Farishalah yang memasang retinal scanner itu.
Melalui hologram, wajah Azraai wujud di depannya. Azraai menyatakan bahawa dia bimbang akan keselamatan Farisha kerana berlakunya kes pembunuhan yang tidak jauh dari apartmen Farisha. Azraai meminta Farisha supaya mendaftar retinal matanya dalam sistem keselamatan rumahnya dengan bantuan Shida. Setelah itu, Farisha pun tidur kerana terlalu letih.
Di sebuah bilik pejabat, Dr. Maxi sedang berbincang tentang Farisha. Aqram , pemuda yang duduk di sisi Farisha dalam pesawat itu telah mengesahkan bahawa Farisha ialah orang yang dicari oleh mereka selama ini kerana DNA Farisha daripada cawan di pesawat itu memang orang yang dicari oleh mereka. Aqram mengatakan bahawa dia tidak dapat membaca minda Farisha kerana otak Faisha memiliki sejenis pendinding yang dipanggil Wall. Dr. Maxi menyerahkan Penetrator kepada Aqram untuk membantunya supaya dapat melemahkan Wall Farisha dan dapat membaca minda Farisha. Mereka memerlukan Farisha untuk menyelamatkan sistem Dinara.


Bab 2
Farisha telah menghubungi Rosman, rakan syarikatnya supaya membawa dia ke Hotel Renaissance kerana dia hendak menyertai ucapan pembukaan yang akan disampaikan oleh Philips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa. Rosman menelefonnya bahawa keretanya telah rosak. Farisha segera menjagakan Shida yang sedang tidur lena. Farisha meminta Shida membawanya ke stesen monorel. Setelah sampai di hotel itu, sebuah robot penyambutnya ke dewan itu. Malangnya Philip Young tidak dapat hadir di dewan dan hanya hologram beliau yang muncul di pentas sahaja. Akhirnya Rosman sempat tiba di dewan itu. Sebenarnya Farisha dan Rosman membuka sebuah syarikat perunding keselamatan sistem komputer yang bernama Secured Shell Sdn. Bhd setahun yang lalu. Mereka baru mendapat projek di Senawang. Mereka kesempitan wang sehingga Rosman tidak dapat menggantikan kereta lamanya tambahan lagi Rosman bercadang untuk berkahwin tidak lagi.
Rosman mendapati bahawa ada seorang pemuda yang kacak sedang memerhatikan Farisha. Pemuda itu memperkenalkan dirinya Aqram. Farisha terkejut kerana dapat bertemu semula dengan pemuda yang dijumpainya di Lapangan Terbang Senai semalam itu . Aqram bekerja di Soft Lab, Cyberjaya. Aqram menyatakan bahawa dia sedang mencari jururunding untuk satu projek mini di Soft Lab dan ingin menawarkan projek kepada syarikat Farisha. Ketika berbual-bual dengan Farisha, Aqram menekankan Penetrator di tangannya untuk melemahkan Wall minda Farisha. Farisha berasa pening kerana terdapat cahaya berkilat di depan matanya. Aqram hanya sempat membaca sedikit ingatan Farisha sahaja. Aqram berasa kesal kerana maklumat yang diperolehnya dalam minda Farisha terlalu sedikit. Aqram memerlukan Farisha untuk menyelamatkan sistem Dinar dalam syarikat mereka.


Bab 3
Rosman teruja untuk mengetahui tawaran yang diutarakan oleh Aqram. Atas desakan Rosman, Farisha menghantar e-mel kepada Aqram tentang projek mini itu. Aqram membalas e-mel tentang kegembiraannya kerana Farisha menerima tawaran mereka. Keesokan hari, mereka bertemu di luar dewan simposium. Rosman hendak membawa mereka ke Puchong untuk perbincangan mereka. Menurut Aqram, mereka akan berbincang di rumah Karl, seorang penyelidik SoftLab yang banyak berjasa. Rosman dan Farisha terkejut tentang nama Karl kerana Karl pernah memenangi anugerah inovasi peringkat kebangsaan dan sejak memenangi anugerah tersebut, Karl terus menyepi daripada pihak media. Aqram membawa mereka menaiki LRT untuk ke Puchong . Di platform monorel, Farisha mendapati bahawa penumpang sebelah ialah seorang wanita tua yang menghidap penyakit barah.
Ketika tiba di rumah agam milik Karl, mereka disambut oleh seorang lelaki tua. Lelaki itu bernama Dr. Maxi yang juga bekerja di Soft Lab dalam bahagian penyelidikan. Dr. Maxi ingin membuat tawaran langsung kepada Syarikat Secured Shell tentang projek mini itu dengan nilai RM1.5 juta. Rosman dan Farisha terkejut tenang tawaran tersebut. Farisha ingin mengetahui skop kerja itu. Dr. Maxi menerangkan bahawa khidmat mereka adalah menggodam tiga kelompok komputer SoftLab yang merupakan infrastruktur sistem pengkomputeran awam dalam masa empat minggu. Farisha tidak berkeyakinan untuk menerima projek itu. Bagaimanapun, Dr. Maxi menyatakan bahawa Farisha berbakat besar dan pernah berjaya melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba dahulu. Farisha terkejut kerana Dr.Maxi mengetahui peristiwa tiga tahun yang lalu itu. Farisha ingin berfikir dahulu tentang tawaran tersebut.
Setelah itu, Dr. Maxi membawa Farisha dan Rosman ke dalam terowong. Di hujung terowong itu terdapat ruang . Di situ mereka ternampak Karl terbaring di atas katil hospital canggih di dalam sebuah bilik kaca. Karl telah menghidap penyakit barah usus selama tiga tahun. Farisha teringat akan arwah ibu bapanya juga menghidap penyakit barah tulang. Mereka hanya berdiam diri. Menurut Dr Maxi, Karl masih aktif dalam penyelidikan. Farisha diminta menggodam sistem Dinara yang dibuat oleh Karl. Setelah balik, Farisha kurang senang hati atas projek itu dan ingin meminta pendapat daripada abangnya.


Bab 4
Azraai bersungguh-sungguh memintanya menerima sahaja tawan itu. Pada petang itu, Farisha menerima pesanan ringkas daripada Rosman bahawa dia masih berada di Senawang dang tidak sempat untuk pergi ke Soft Lab petang nanti. Farisha terpaksa pergi ke SoftLab sendiri. Farisha enggan menaiki kenderaan awam kerana berasakan dirinya diekori orang. Shida dibangunkan oleh Farisha. Shida tergesa-gesa bangun kerana terdapat temu janji dengan seorang pelanggan. Kebetulan mereka menuju ke destinasi yang sama, iaitu SoftLab di Cyberjaya. Shida menerima tawaran untuk menulis satu rencana dengan harga RM25000. Setibanya di Soft Lab, Shida disambut oleh Khairul Anwar. Sebaliknya Farisha disambut oleh Aqram ke bilik keselamatan untuk mendaftar cap jari dan retina mata. Farisha dibawa ke sebuah bilik besar sebagai tempat kerjanya. Farisha berasa selesa di tempat kerjanya. Seterusnya Farisha juga dibawa ke pusat data yang merupakan perkakas Dinara. Farisha diberitahu bahawa di situlah semua data untuk perisian Desktop Maya yang digunakan oleh pelanggan Soft Lab, iaitu semua data disimpan dalam Dinara. Oleh itu Farisha dipertanggungjawabkan untuk menggodam dan mengukuhkan sistem Dianara.
Setelah pulang dari Soft Lab, mereka berdua minum di sebuah kopitiam. Shida mengatakan bahawa dia ditawarkan supaya menulis satu rencana dan satu buku biografi dengan bayaran sebanyak RM40 ribu. Mereka berdua akan mula bekerja pada keesokan hari di Soft Lab manakala Rosman tidak dapat datang kerana kerja di Senawang belum selesai.
Di pejabat Soft Lab, Dr. Maxi berbincang dengan Khairul Anwar dan Aqram bahawa mereka perlu memastikan Shida sentiasa di situ bersama dengan Farisha. Shida juga akan dijadikan pengganti Farisha jika apa-apa terjadi kepada Farisha. Shida dianggap sesuai kerana mereka sebaya dan tubuh badan hampir sama. Mereka memerlukan Alia untuk menjalankan tugas tetapi mereka turut bimbang akan emosi Alia yang tidak menentu. Sebenarnya Alia ialah sebuah cyborg yang canggih.


Bab 5.
Pada pagi itu, Alia sudah menunggu kedatangan Farisha di lobi pejabat. Setelah itu, Alia membentangkan semua kemudahan yang ada di tempat kerja mereka kepada Farisha. Farisha terkejut tentang penerangan Alia yang lancar sekali.
Ketika makan petang, Farisha dan Shida makan di kedai mamak. Mereka berasa agak aneh terhadap Alia yang memiliki kulit yang terlalu sempurna sehingga tidak dapat bulu kening. Mereka menyangka bahawa Alia pernah menjalani pembedahan plastik. Farisha turut mengatakan bahawa Aqram mempunyai fizikal dan perlakuan yang lebih sempurna. Shida turut berminat terhadap Aqram.
Pada sebelah petang, Aqram menyambung penerangan Alia pada pagi itu. Farisha turut mendebat dengan Aqram tentang kelemahan sistem Dinara. Farisha mendapati bahawa sistem pengkomputeran itu mempunyai kelemahan yang banyak. Aqram mengakui kelemahan itu dan meminta Farisha menggodam sistem itu supaya keselamatannya boleh ditingkatkan. Aqram turut mengakui bahawa Dinara sudah dicerobohi dan penceroboh telah menyusupkan satu virus bom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh tertentu.
Pada sebelah malam, Rosman menyatakan bahawa dia tidak dapat menyertai kerja Farisha di Soft Lab kerana syarikat di Senawang itu telah menambahkan tugas untuk Rosman. Sebaliknya di pejabat Soft Lab, Dr. Maxi sedang berbincang tenang tugas yang akan dilakukan pada keesokan hari. Alia sungguh marah kerana tidak diberitahu tentang rancangan Dr.Maxi. Dr. Maxi mengatakan bahawa Alia akan diberi arahan ketika berada di bilik Farisha padi esok. Setelah Alia beredar dari situ, Dr. Maxi hendak menghapuskan sebahagian ingatan Alia kerana Alia kecenderungan untuk bersaing dengan wanita lain. Alia cemburu dengan perhubungan rapat antara Medina dengan Karl. Sebaliknya Alia dicipta oleh Karl. Mereka berancang untuk meneruskan rancangan bermula pada pukul 9.00 pagi esok sebelum 10.30 pagi kerana Karl akan menerima rawatan sekitar pukul 11.00.
Pada malam itu, Farisha tidak dapat tidur dengan baik kerana asyik bermimpi tentang serang binatang buas sehingga dia terlewat bangun.


Bab 6
Farisha tiba sepuluh minit lewat ke ruang kerjanya. Sebaik-baik sahaja dia duduk di kerusinya, tiba-tiba dia terasa pening. Ketika itu, Alia menerima arahan daripada Dr. Maxi supaya mengurut kepala Farisha. Farisha turut tertidur. Dua jarum keluar daripada kepala kerusi dan mula mencucuk kiri dan kanan tengkuk Farisha. Farisha telah berinteraksi dengan Karl. Ketika itu, Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar sedang menyaksikan reaksi Farisha di bilik Dr. Maxi. Alia sungguh tidak puas hati kerana Farisha dapat berinteraksi dengan Karl dan bukan dia yang menjalankan tugas itu. Dalam mimpi itu, Karl mengatakan bahawa Farishalah sahaya yang dipercayainya untuk menyelamatkan Dinara. Karl juga mengatakan bahawa sejak dahulu, dia sudah mempersiapkan Farisha dengan kelengkapan untuk berhubungan dengannya. Alia hilang kawalan dan terjerit pekik kerana Farisha dapat berbincang dengan Karl. Aqram terpaksa mematikan suis di belakang tengkuk Alia dan Alia turut tegak dan kaku.
Apabila Farisha terjaga semula, dia ternampak Aqram di depannya. Farisha tidak teringat apa yang telah berlaku sebelum itu. Aqram memberikan multivitamin kepada Farisha supaya lebih segar. Seterusnya mereka berdua menyambung penerangan semalam. Farisha berpendapat bahawa dia seolah-olah pernah menggunakan sistem Dinara.
Apabila tengah hari, Farisha makan petang bersama dengan Shida di kantin Soft Lab. Farisha berasa hairan tentang mimpi ngeri yang dialaminya. Shida pula menyatakan bahawa dia sedang mengkaji Karl , saintis terkenal di situ melalui arkib syarikat itu. Shida juga mengatakan bahawa sistem Dinara merupakan hasil Karl dengan seorang wanita yang bernama Medina dan Medina telah menghilangkan diri setelah sistem Dinara disiapkan. Bagaimanapun Shida tidak dapat mencari maklumat yang selanjutnya tentang Medina di dalam arkib syarikat.


Bab 7.
Pada malam itu, Shida dijemput ke pejabat Secured Shell Sdn. Bhd untuk membincangkan kontrak projek Soft Lab kerana Shida memiliki latar belakang undang-undang. Farisha meneliti setiap halaman dalam kontrak itu. Semasa mereka bertiga sedang berbincang, tiba-tiba Farisha mengerang kerana kepalanya berdenyut-denyut. Farisha terlihat cahaya seperti kilat yang memancar seperti yang dialaminya di Hotel Renaissance. Mereka terpaksa berhenti dalam perbincangan itu. Semasa mereka keluar dari pejabat, Uncle Seng, tauke kedai runcit di blok itu menegur mereka dan mengatakan bahawa dia ternampak dua orang pemuda lari keluar dari arah pejabat mereka dengan membawa beberapa beg besi, piring TV satelit dan sebagainya. Mereka berasa curiga atas kejadian itu.
Dua hari kemudian, Farisha berkunjung ke rumah Azraai. Dia disambut oleh dua orang anak saudaranya yang comel, iaitu Dina dan Aina. Farisha sangat sayang akan dua orang anak saudaranya. Farisha diberitahu oleh abang dua perkara yang di luar sangkaannya. Perkara pertama ialah Azraai telah dikesan oleh doktor bahawa dia telah menghidap penyakit jantung. Farisha menangis dan meminta Azraai tidak lagi menyembunyikan masalah kepada Azraai kerana tidak mahu kehilangan abang yang amat disayangi. Perkara kedua ialah Azraai menyerahkan satu fail daripada arwah ayah mereka kepada Farisha dan memberitahunya bahawa Farisha ialah anak angkat kepada ayah dan ibunya. Azraai berat hati untuk memberitahu perkara itu kepada adik angkatnya sejak 26 tahun yang lalu tetapi dia perlu melaksanakan amanah yang diberikan oleh arwah ayahnya. Farisha sangat sedih dan menangis sehingga matanya bengkak. Sesungguhnya kakak iparnya, Mariah turut mengetahui perkara itu. Apabila sampai di rumah, Farisha tidak membuka fail plastik itu dan terus mencampakkan fail itu ke dalam almari bajunya kerana belum bersedia untuk menerima perkara itu.


Bab 8
Aqram, Dr. Maxi dan Khairul Anwar sedang menonton skrin besar untuk sesi selanjutnya antara Karl dengan Farisha pagi itu. Tiba-tiba Farisha jatuh pengsan. Aqram terus berlari ke arah Farisha. Dr. Maxi menelefon doktor yang merawat Karl untuk menyatakan bahawa sesi pagi itu terpaksa dihentikan. Setelah diperiksa oleh pegawai perubatan, mereka mengambil keputusan untuk menghantar Farisha ke hospital . Dr. Maxi telah mengarahkan Aqram dan Khairul Anwar supaya mereka menjalankan rancangan yang kedua, iaitu Shida akan mengganti Farisha dalam tugas itu.
Aqram dan Khairul Anwar menjumpai Shida dan memberitahunya bahawa Farisha telah jatuh pengsan dan telah dihantar ke hospital. Mereka turut bertanya kepada Shida tentang keadaan Farisha semalam. Shida mengatakan bahawa Farisha kelihatan kurang ceria sejak pulang dari rumah abangnya. Farisha menerima pesanan ringkas daripada Farisha bahwa dia berada di Hospital Putrajaya kerana tekanan darah terlalu tinggi dan doktor akan membuat CT-scan kerana ada benjol di belakang kepalanya. Shida diminta ke pejabat Dr. Maxi. Dr. Maxi hendak mengetahui kesihatan Farisha dan bertanya sama ada Farisha telah mengandung. Shida menafikan pertanyaan Dr. Maxi kerana Farisha tidak memiliki teman lelaki. Selepas itu Shida menelefon Rosamn tentang keadaan Farisha.


Bab 9.
Di bilik pejabat Dr. Maxi, mereka berpendapat bahawa setelah tiga sesi dilakukan untuk berkomunikasi dengan Karl, badan Farisha sudah lemah dan tidak mampu menanggung semua kerja itu. Mereka akan menggantikan Farisha dengan Shida. Mereka perlu membuat persiapan untuk sesi pagi esok walaupun amanah Karl ialah Farisha sahaja yang dapat menyiapkan tugas tersebut.
Apabila Shida sampai di rumah, dia mengemaskan pakaian Farisha untuk dibawa ke hospital. Dia ternampak fail plastik yang disimpan di dalam almari. Shida membuka fail itu dan membaca dokumen yang ada di dalam fail itu. Dia terkejut kerana Farisha ialah anak angkat yang diserahkan kepada keluarga angkatnya.
Semasa berada di wad, Rosman berasa bersalah kerana membiarkan Farisha melaksanakan semua tugas di Soft Lab. Menurut Farisha , dia pengsan kerana tekanan darah terlalu tinggi, masalah keluarga dan kurang tidur. Shida ingin mengetahui keputusan daripada CT-scan. Farisha mengatakan bahawa abangnya telah menjumpai doktor dan keadaannya tidak membimbangkan. Tidak lama kemudian,Rosman dan Shida meninggalkan wad itu kerana Farisha perlu banyak berehat.
Beberapa minit selepas Rosman dan Shida meninggal wad itu, Farid dan Amin masuk ke wad Farisha. Mereka mengeluarkan piring TV Satelit lalu membaca minda Farisha. Ternyata WALL Farisha pada malam itu tidak fungsi. Dengan mudah, mereka dapat merakamkan ingatan Farisha lalu keluar dari situ. Selepas itu, Aqram melawat Farisha. Farisha masih tidur lena. Ternyata Farisha masih lemah dan tidak dapat meneruskan tugas tersebut. Sebenarnya sebelum itu, Aqram telah bertemu dengan Azraai. Azraai memberitahu Aqram bahawa semua mikrocip masih terletak di tempatnya. Walaupun doktor telah mengesan mikrocip itu melalui CT-Scan tetapi Azraai menerangkan bahawa mikrocip itu digunakan untuk tujuan uji kaji. Dia berbuat demikian atas amanah arwah ibu bapanya, iaitu semua mikrocip mesti kekal di dalam tubuh Farisha dan berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan.


Bab 10
Pada pagi itu, Shida asyik mencari maklumat Medina tetapi maklumat bagi Medina amat sedikit. Nama Medina banyak dipadamkan daripada kebanyakan laporan. Alia datang ke belakang Shida dan meminta Shida pergi ke bilik pejabat Dr. Maxi . Dalam perjalanan, Shida asyik bertanya ke Alia sama ada berada di sisi Farisha ketika Farisha jatuh pengsan. Alia enggan menjawab. Sebelum Shida bertanya apa-apa kepada Dr. Maxi, Alia menekupkan kedua-dua belah tapak tangan ke wajah Shida. Shida segera tidak ingat apa-apa. Dalam pembedahan, mikrocip telah dimasukkan ke dalam tubuh Shida.
Pada pukul 2.00 petang, Shida dibangunkan oleh Aqram. Menurut Aqram, Shida telah tertidur. Pada petang pukul 2.30, Shida dibawa ke bilik kerja Farisha. Shida diminta duduk di kerusi Farisha. Dr. Maxi meminta Shida berhubungan dengan seorang lelaki dan mengikut arahan yang dipinta. Shida mengangguk. Alia mengurut bahu Shida. Shida terlena. Dua jarum mudah lentur sudah menusuk ke tengkuknya.
Setelah kembali ke bilik Dr. Maxi, mereka berempat menyaksikan keadaan Shida. Nafasnya semakin laju dan dadanya berombak. Khairul Anwar bercadang supaya menghentikan sesi itu tetapi Dr. Maxi tidak bersetuju. Bagaimanapun keadaan Shida semakin serius, Dr. Maxi terpaksa menghentikan sesi itu. Dr. Maxi tidak mahu memadam ingatan Shida dan hendak mendengar apa yang dialami oleh Shida.
Sebaliknya di hospital, Farisha terdengar suara tentang suara perempuan yang mengatakan dirinya sebagai mummy. Setelah lima tahun berkhidmat dengan wanita tua yang separuh gila itu, Farid tidak pernah lihat wanita itu bergembira begitu. Wanita begitu gembira kerana berjaya menghubungi anaknya, Farisha. Wanita itu bukan sahaja hendak mencari anaknya tetapi lebih penting untuk membuktikan yang benar dan yang lebih hebat.
Keesokan pagi, Shida masih berada di bilik kerja Farisha. Sepanjang malam dia memencilkan diri di satu penjuru tanpa mempedulikan orang lain. Alia diminta untuk memujuk Shida tetapi tidak berkesan. Mereka tidak tahu apa yang dilakukan oleh Karl terhadap Shida.


Bab 11
Farisha bertanya kepada Azraai tenang nama ibu kandungnya. Azraai mengatakan bahawa namanya Marilyn, seorang wanita Portugal tetapi tidak tahu siapa bapa kandungnya. Azraai berasa syukur kerana mendapat adik seperti Farisha. Tiba-tiba Farisha menyatakan bahawa semalam ibu kandungnya datang dan bercakap dengannya. Azraai terkejut segera meminta Farisha mengemas barang dan hendak mengeluarkan Farisha dari hospital. Azraai memandu kereta dan hendak melarikan Farisha keluar dari Kuala Lumpur. Setelah menghubungi rakannya, Azraai hendak menuju ke arah Air Keroh, Melaka. Farisha hendak mengetahui apa hal yang berlaku. Azraai memberitahu Farisha bahawa ibunya hendak membunuhnya. Dia pernah cuba membunuh Farisha ketika bayi kerana taksunb dengan sains dan hendak mengorbankan Farisha demi sains. Farisha tidak dapat menerima kata-kata Azraai. Farisha berasa bingung kerana abang dapat mengetahui misi mereka. Azraai mengatakan bahawa dia baru mengetahui misi tersebut. Azraai mengatakan bahawa dia hanya dapat mengetahui perkara itu dua minggu yang lalu. Azraai juga menerangkan bahawa 26 tahun yang lalu, dua orang lelaki datang ke rumah mereka dengan membawa Farisha bersama.
Sebaliknya di bilik kerja Farisha, Shida terpaksa diikat kerana dia meronta-ronta dan berguling-guling di lantai. Kekuatannya seperti lelaki. Alia diminta mengurut bahu Shida dan Shida kembali tenang. Dr. Maxi cuba bercakap dengan Shida. Shida mengakui dirinya sebagai Karl. Mereka terkejut. Karl hendak mengetahui ke mana pergi Farisha. Karl tidak paus hati kerana mereka menggantikan Farisha dengan Shida. Dr. Maxi mengatakan bahawa dia terpaksa berbuat demikian kerana keadaan Karl yang tidak dibenarkan. Shida terus menengking Dr. Maxi bahawa dia hanya hendak Farisha sahaja untuk menjalankan projek itu kerana Farisha cukup lengkap. Shida menegaskan bahawa dia memerlukan Farisha untuk menghapuskan virus yang disusupi masuk ke dalam Dinara dan mereka kesuntukan masa. Melalui mulut Shida, Karl mengatakan bahawa jika virus itu diaktifkan, virus itu akan menular kepada ribuan manusia. Dr. Maxi segera memberikan arahan supaya Aqram membawa Farisha ke Soft Lab segera. Sebaliknya Aqram menerima berita bahawa Farisha telah meninggalkan Kuala Lumpur.
Dalam perjalanan, Azraai terpaksa menghentikan keretanya di hentian Pagoh kerana kepala Farisha pening dan sepeti terpadat cahaya kilat memancar matanya. Farisha terus jatuh pengsan lagi. Semasa Azraai mencari ubat untuk Farisha, dua orang lelaki berkaca mata hitam sedang berdiri di luar kereta mereka. Dengan pistol, dua orang lelaki telah membawa Farisha dan Azraai diberi amarah supaya tidak membuat laporan kepada pihak polis.
Alia mengejutkan Shida. Shida menjerit-jerit bagai dirasuk. Shida menangis dan mengatakan bahawa dia duduk di dalam penjara. Ramai banduan belasahnya. Shida terus mengatakan bahawa dia telah membunuh seorang budak lelaki di dalam dewan pembedahan. Selain itu, dia juga memukul seorang wanita sampai cacat dan hampir mati lalu memberi dia kehidupan baharu kemudian. Khairul Anwar meluru kepada Shida dan bertanya siapanya yang sebenarnya. Shida mengatakan bahawa Khairul Anwar sebenarnya bernama Muhammad Irfan yang merupakan pengemis. Dia telah diberi ingatan baharu dan menjadi Khairul Anwar. Khairul Anwar sangat marah dan hendak memukul Shida. Dr. Maxi cuba mengawal emosi Khairul Anwar yang tidak tenteram.


Bab 12
Dengan cemas, Azraai menghubungi Rosman bahawa Farisha telah diculik orang. Dia meminta Rosman supaya mengesan lokasi telefon bimbit Farisha. Rosman dapat mengesan Farisha telah dibawa ke arah lebuh raya ke utara. Azraai segera keluar dari hentian Pagor dan menuju ke arah lebuh raya.
Farid telah menghubungi Marilyn bahawa mereka telah berjaya menangkap Farisha. Farisha masih tidak sedar diri di dalam kereta. Di makmal, Marilyn melelapkan mata dan berinteraksi dengan Farisha. Dalam interaksi minda itu, Farisha menolak Marilyn sebagai ibunya .
Di Soft Lab, Melalui Shida, Karl memberitahu Alia bahawa dia bernama Rusmina dan merupakan isterinya. Rupa-rupanya Rusmina pernah derhaka kepada Karl sehingga dipukul sampai cacat. Selepas Karl mengubah fizikal dan ingatan serta nama Alia. Fikaran Shida bercelaru kerana krisis identitinya. Dr. Maxi dan Aqram telah mendapati bahawa Karl telah memindahkan pengalamannya yang pahit selamat 20 tahun ke dalam minda Shida. Khairul Anwar bertanya sama ada ujii kaji sedemikian pernah dilakukan. Menurut Dr. Maxi, uji kaji yang pernah dijalankan terhadap Medina itu gagal.
Di lebuh raya, aplikasi pengesan di telefon pintar Rosman telah menunjukkan kereta yang membawa Farisha tidak ke Seremban. Melalui telefon, Azraai menyangka bahawa Farisha telah dibawa ke Soft Lab.
Di dalam kereta, Farisha terjaga dan mendapati bahawa dia telah ditangkap oleh dua orang lelaki. Tangan dan kakinya telah diikat.
Di Soft Lab, Alia terus bertanya kepada Shida tentang hubungan Karl dengan Medina. Shida (Karl) terus mengakui bahwa dia berjaya atas bantuan Medina. Medina sungguh bijak dan sentiasa hendak membuktikan dia lebih hebat daripada Karl. Shida terus berkata bahawa dia gagal cinta akan Medina dan Medina mengaburi matanya dengan kecantikan dan kebijaksanaannya. Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar baru mengetahui perkara yang tersembunyi selama ini. Atas dasar kemanusiaan, Dr. Maxi mengambil keputusan untuk memadamkan ingatan Karl terhadap Shida. Pada mula Alia enggan menjalankan prosedur itu kerana ingin mengetahui peristiwa Karl dengan lebih lanjut lagi. Alia pun diberi masa 10 minit untuk berinteraksi dengan Shida tanpa diawasi oleh mereka.
Di sebuah stesen minyak, Marilyn menaiki kereta Farid. Dia gembira berjumpa dengan Farisha. Dia mengucup pipi Farisha . Farisha bertanya kepadanya tentang sebab Marilyn hendak membunuhnya dahulu. Marilyn sedia memberikan keterangan kepada Farisha untuk mendapat kepercayaan anak gadisnya.


Bab 13
Aqram menghubungi Dr. Haris supaya mengadakan sesi terakhir. Menurut Dr. Haris, otak Karl telah semakin lemah. Alia diminta menjalankan tugas. Alia meletakkan kedua-dua tangannya di pelipis Shida dan Shida mula lena. Dua batang jarum mudah lentur sudah memasuki tengkuk Shida. Berbagai-bagai maklumat daripada otak Karl sudah mula berpindah kepada Shida. Tiba-tiba kedengaran suara Shida. Shida mengatakan bahawa dia berterima kasih kepada Alia yang setia. Dr. Maxi bertanya kepada Karl sama ada boleh menggunakan Shida untuk menyelamatkan Dinara. Suara Karl mengatakan bahawa dia akan cuba menyelamatkan Dinara ketika itu tetapi dia masih perlukan “Farisha di situ sebelum masanya tamat. Setelah tangan dilepaskan, Shida mua menghidupkan komputer tablet di meja. Karl mengatakan bahawa Farisha telah memberikannya ilham untuk mencari punca virus itu dan cara untuk menyahaktifkan sistem Dinara. Dia juga mengetahui bahawa semua angkara Medina adalah hendak menghancurkan mereka. Marilyn masuk ke tempat itu secara tiba-tiba. Madina mengejek Karl hidup dalam badan perempuan. Karl memarahi Medina yang menangkap Farisha. Sebalik Farisha terkejut suara Shida yang berubah dan nama ibunya ialah Medina.
Medina mula bercerita bahawa 30 tahun dulu, dia datang bekerja kepada Karl dan telah menjadikan dia sebagai Medina dan mengambil kesempatan dengan sesuka hati. Karl mengatakan bahawa segala-gala atas kerelaan Medina sendiri. Medina mengatakan bahawa ternyata dia lebih hebat daripada Karl sehingga cemburu terhadapnya. Karl menjelaskan bahawa dia terpaksa melarikan Farisha daripada Medina kerana Medina sudah gila dan hendak membunuh anak sendiri. Medina menafikan dakwaan itu dan mengatakan bahawa bapanya Karl juga gila dan sanggup menanam berbagai-bagai implan dalam tubuh Farisha serta memberikan berjenis-jenis ubat untuk menjadikan dia sebagai kanak-kanak genius. Dia rela Farisha mati daripada diseksa begitu.
Rupa-rupanya Farisha ialah anak kepada Karl dan Medina. Dr. Maxilah yang membawa Farisha kepada keluarga angkatnya demi keselamatannya. Dia dibawa ke Soft Lab kerana atas permintaan Karl. Kepintaran Farisha sangat diperlukan untuk menyelamatkan Dinara. Karl sendiri tidak mampu lakukannya. Dinara dibangunkan oleh Karl dan Medina. Dengan sombong, Medina mengatakan bahawa Dr. Maxi sepatutnya mencarinya untuk menyelamatkan Dinara kerana dialah yang paling hebat. Tiba-tiba Shida menjerit dan mengatakan bahawa Medina gila dan sabotaj projek mereka.
Pada masa itu, Dr. Haris menelefon Dr. Maxi bahawa Sesi itu mesti dihentikan segera kerana Karl sudah nazak. Khairul Anwar selesai melancarkan dua program seperti yang dicadangkan oleh Dr. Maxi. Medina berpuas hati atas kejadian itu. Dr. Maxi memberitahu Medina bahawa Karl sedang dalam keadaan nazak. Mereka terkejut. Medina tidak tahu Karl menghidap penyakit.
Mereka semua menuju ke arah rumah Karl di Puchong. Farisha dan Aqram turut menaiki kereta Azraai. Aqram mula bercerita tentang virus dalam sistem Dinar. Medina berdendam terhadap Karl atas sikap angkuh Karl, iaitu Median berusaha membantu Karl dalam penyelidikan tetapi Karl telah mensabotaj Medina dengan memindahkan pingatan seorang bekas banduan ke dalam minda Medina sehingga Medina menjadi separuh gila. Oleh itu Medina hampir membunuh anaknya sendiri.
Aqram juga menceritakan bahawa dia sebenarnya berumur 60 tahun dan merupakan adik Karl yang terencat akal. Karl telah membina semula luarannya malah memberikan ingatan dan fikiran baharu kepadanya. Menurut Aqram, Alia merupakan hasil percubaan Karl yang pertama tetapi kurang sempurna, iaitu tidak mengubah emosinya yang kuat cemburu. Aqram mengakui bahawa dia, Alia, Khiarul Anwar dan beberapa ratus orang pekerja di Soft Lab ialah cyborg.
Aqram menjelaskan bahawa Farisha adalah manusia biasa yang lahir daripada benih kasih sayang Karl dengan Medina.


Bab 14
Apabila sampai di rumah Karl , mereka hanya dibenarkan masuk ke bilik rawatan Karl seorang demi seorang. Medina dan Alia turut masuk ke bilik rawatan itu dan perasaan sedih ketika keluar. Farisha hanya memberikan salam kepada ayah yang baru dikenalinya. Setitik air jernih mengalir di pipi lelaki yang sedang nazak itu. Pada pukul 7.00 Dr. Haris mengumumkan Karl sudah meninggal dunia.
Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka. Pada hari Ahad, berpuluh-puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port Dickson untuk upacara itu. Medina menggenggam tangan Farisha sepanjang upacara. Medina turut menyesal kerana lari daripadanya. Farisha memuji ibunya dan bapanya sama hebat.
Farisha mendapati bahawa Shida hanya diam sahaja sejak semalam dan kelihatan agak aneh. Tiba-tiba Shida mengatakan bahawa mati itu satu pemulaan baharu. Farisha bimbang akan Shida. Tiba-tiba Shida menyuruh Farisha tidak perlu bimbang akan Shida dan mereka berdua masih ada banyak kerja di Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram memegang tangan Shida dan bertanya sama ada dia ialah Karl. Shida mengatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, adiknya seorang di dunia ini. Aqram terdiam. Farisha sudah berlari mencari Medina.
Back to Top