Kementerian sedang menaik taraf sistem penawaran program penajaan bagi membolehkan proses permohonan
dibuat secara atas talian sepenuhnya mulai ambilan 2017. Perubahan dan
penambahbaikan ini juga perlu disesuaikan dengan keperluan dan dasar
terkini Kementerian dalam pelaksanaan program-program penajaan.
Berdasarkan perkembangan terkini, Kementerian menjangkakan iklan
penawaran bagi program penajaan dapat dikeluarkan pada Januari 2017.
Selaras dengan perubahan ini, bakal pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat peribadi di dalam sistem e-operasi (https://eoperasi.moe.gov.my)
bagi memudah dan melancarkan proses permohonan akan datang. Bahagian
Tajaan Pendidikan (BT) yang bertanggungjawab dalam urusan ini akan
mengeluarkan maklumat penting berkaitan program-program penajaan KPM
melalui laman sesawang Kementerian secara berperingkat sebelum iklan
penawaran dikeluarkan. Maklumat penting ini hendaklah dibaca dan
difahami oleh setiap bakal pemohon bagi mendapat kefahaman yang jelas
terhadap program yang akan dilaksanakan sebelum mengemukakan permohonan.
Syarat HLP, Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa |
Syarat HLP |
SUMBER:
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Dokumen Berkaitan Program Penajaan KPM adalah seperti di bawah:
Pengenalan Program Penajaan
Syarat-syarat HLP
Syarat-syarat CBBP TB
Syarat-syarat HLPS
Syarat-syarat CBTG TB
Jenis-jenis Penyakit Kronik
Dokumen Berkaitan Program Penajaan KPM adalah seperti di bawah:
Pengenalan Program Penajaan
Syarat-syarat HLP
Syarat-syarat CBBP TB
Syarat-syarat HLPS
Syarat-syarat CBTG TB
Jenis-jenis Penyakit Kronik
http://www.pendidik2u.my/2016/12/maklumat-program-penajaan-pegawai.html