-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Adakah anda keliru dengan perkataan para ahli pemakanan tentang apa yang dimaksudkan dengan "makanan sihat"? Jangan bimbang, makanan sihat tidak harus rumit. Salah satu cara paling mudah untuk menguruskan kesihatan adalah hanya dengan jalan merubah gaya hidup pemakanan anda. Dengan jenis makanan yang tepat, seseorang dapat mencegah beberapa penyakit serius seperti kencing manis, kanser, dan penyakit jantung.

Jika anda sudah makan sebahagian besar makanan sihat ini, maka itu baik untuk anda !. Jika tidak, sekaranglah masanya untuk mengetahui senarai 10 makanan paling berkhasiat di dunia, dan anda juga harus memakannya mulai sekarang.

Berikut 10 Makanan yang Paling Berkhasiat di Dunia:

1. Susu

Susu berada di puncak senarai makanan yang paling berkhasiat di dunia. Diperkayakan dengan pelbagai nutrisi, susu merupakan makanan yang sesuai untuk segala usia. Dari seorang kanak-kanak hingga orang tua. Susu amat baik dalam menjaga tubuh badan agar sentiasa sihat dan mendapatkan kulit yang cantik.

2. Telur

Telur adalah makanan sihat terbaik kedua dan sesuai untuk semua usia. Telur adalah salah satu sumber protein terbaik yang mengandungi sedikit lemak dan juga mempunyai protein. Oleh kerana itu  telur dikatakan yang terbaik untuk semua diet. Telur kuning tinggi vitamin A, dan yang terbaik bagi penglihatan mata dan kulit. Manakala telur putih pula menyediakan banyak protein untuk memenuhi keperluan setiap hari.

3. Epal

Buah epal mungkin adalah yang terbaik dalam kumpulan buah-buahan dan merupakan buah yang paling berkhasiat di dunia. Epal diperkaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A dan C, dan nutrisi lain seperti kalsium, potasium. 1 buah epal setiap sehari saja sudah membantu mencegah banyak penyakit seperti darah tinggi dan lain-lain.

4. Lemon

Buah lemon diperkaya dengan vitamin C, banyak ahli di dunia menganggap lemon adalah buah yang paling sihat. 1 buah lemon kecil saja sudah memenuhi keperluan harian vitamin C, yang sangat penting bagi kesihatan manusia.

5. Bayam

Bayam adalah salah satu daripada ahli kumpulan sayur-sayuran berwarna hijau. Sayur-sayuran ini luar biasa kerana mempunyai zat besi dan kalsium yang tinggi kerana terbukti sangat baik untuk tulang dan kesihatan gigi. Zat besi juga berguna untuk menambah haemoglobin darah anda.

6. Almond

Almond terbaik kerana diperkaya protein dan mineral.

7. Kacang Hijau

Kacang hijau merupakan sayuran yang mengandungi protein dan vitamin. Ia juga sumber yang kaya dengan serat. Kacang panjang, kacang účet, juga termasuk kacang yang sangat berkhasiat.

8. Tomato

Tomato adalah jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat baik menyediakan antioksidan, sehingga sangat membantu untuk membina sistem kekebalan tubuh yang kuat. Karotenoid lycopene dalam tomato menawarkan perlindungan terhadap kanser dan gangguan jantung, juga sangat kaya akan vitamin C.

9. Minyak Zaitun

Selalu lebih baik untuk memasak dengan menggunakan minyak zaitun kerana minyak sayuran ini sangat rendah lemak. Jenis minyak ini akan membantu meningkatkan tahap jenis kolesterol baik sekaligus mengurangkan kadar kolesterol buruk dalam darah.

10. Madu

Madu adalah alternatif yang sangat baik sebagai pemanis atau gula tanpa ada kesan sampingan. Kerana tahap fruktosanya yang lebih tinggi, maka madu jauh lebih manis daripada gula. Madu mengandungi Vitamin B6, Thiamin, Niacin dan asid amino yang baik untuk kesihatan.

Selamat mencuba! Amalkan pemakanan yang sihat supaya kesihatan tubuh badan dapat dijaga dan mencegah pelbagai penyakit.
Back to Top