-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
 Prestasi ahli sukan negara kita semakin merosot belakangan ini.Berikan pendapat anda tentang cara cara untuk meningkatkan prestasi ahli sukan negara

Dalam era globalisasi ini,prestasi ahli sukan negara kita semakin merosot.Hal ini boleh menjejaskan imej dan nama negara kita.Pelbagai langkah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ahli sukan negara kita.

Langkah-langkah untuk meningkat prestasi ahli sukan negara kita ialah dengan mengadakan aktiviti kokurikulum di sekolah untuk meningkatkan penglibatan para pelajar dalam permainan.Permainan yang boleh para pelajar menyertai ialah badminton,bola sepak,bola jaring dan sebagainya.Keadaan begitu memberikan satu gambaran yang positif kepada para pelajar.

Pada masa yang sama,pihak pengurus yang menjalankan pertandingan-pertandingan ini boleh memberikan hadiah-hadiah yang menarik seperti trofi,sijil dan sebagainya.Seseorang yang hadiah seperti itu akan berasa mereka dihargai.Pemberian hadiah juga akan disimpan oleh seseorang yang mendapat hadiah kerana cenderamata yang diberikan tidak boleh dilupakan.Hal ini demikian,negara kita mahu prestasi ahli sukan meningkat.

Seterusnya,ibu bapa hendaklah menglibatkan anak-anaknya dalam permainan-permainan seperti bola baling,berenang,gimnastik dan sebagainya.Oleh itu,kanak-kanak yang menyertai aktiviti-aktiviti ini akan menjadi lebih aktif dan mereka juga ingin untuk menyertai pertandingan.Kanak-kanak zaman kini juga ada seorang idola seperti Lee Chong Wei,Nicol Ann David,Pandelela Rinong dan sebagainya.Oleh itu,ibu bapa ialah seseorang yang mesti menjadi panduan hidup kepada anak-anaknya kerana anak-anak merupakan bagai ibarat sehelai kain putih.

Kesimpulannya,rakyat perlu memikir tentang penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti sukan kerana generasi kini ialah pemimpin masa depan.Ibu bapa juga perlu memikul tanggungjawab untuk melibatkan anak-anak mereka dalam aktiviti sukan.Lantaran itu,semua pihak mesti berfikir tentang prestasi ahli sukan negara kita bak sedikit-sedikit ,lama-lama menjadi bukit.

CONTOH KARANGAN PT3 - Cara cara untuk meningkatkan prestasi ahli sukan negara
Back to Top