-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
BAB 4 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
MALAYAN UNION
1)Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan :
– Persediaan membentuk kerajaan sendiri
– Melahirkan pentadbiran yang licin
– Mengawal kuasa politik orang Melayu
– Menjimatkan kos pentadbiran
– Membentuk bangsa Malayan Union
2) Lengkapkan ciri-ciri Perjanjian Malayan Union 1946? (ms 96-97)

Semua Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua Negeri Selat disatukan.
Seorang Gabenor British yang dilantik oleh baginda Ratu England akan mengetuai Malayan Union.
Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.
Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.
Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip Jus Soli menjadi asas kerakyatan Malayan Union.
Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu hanya membincangkan soal agama Islam dan istiadat Melayu.
Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.
3) Faktor-faktor menyebabkan orang Melayu menentang Malayan Union.
  1. Tindakan Sir Harold Mac Michael mengugut Raja-Raja Melayu akan diturunkan takhta jika menentang Malayan Union. Contoh Sultan Badlishah, Kedah.
  2. Sultan tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada Sultan Perak.
  3. Raja-Raja Melayu kehilangan takhta dan kredibiliti sebagai ketua Melayu.
  4. Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang akan mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.
  5. Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka.
4) Bagaimanakah orang-orang Melayu menentang Malayan Union?
Akhbar Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis, Warta Negara telah menyuarakan bantahan secara berterusan.
Demontrasi


Orang melayu telah mengadakan domonstrasi secara damai semasa Sir Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu.
Persatuan-persatuan Melayu
Persatuan2 Melayu dihidupkan semmula untuk menentang Malayan Union. Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London.
Kongres Melayu






Pada 23 januari 1946 Dato’ Onn Jaafar menubuhkan United Malays Organization (UMO) menentang Malayan Union. 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur telah dihadiri oleh 41 persatuan seluruh Tanah Melayu lalu ditubuhkan United Malays National Organization (UMNO) untuk menentang Malayan Union. Pada 30 hingga 31 Mac 1946 Kongres Melayu Kedua membantah pengisytiharan Malayan Union.
Rapat Umum



Orang Melayu mengadakan rapat umum disetiap Bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka.
Raja-raja Melayu
Raja-Raja Melayu telah berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen.

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
  1. Huraikan faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 :
Ketegasan orang
Melayu

Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar.
Politik orang Melayu
Sikap orang Melayu yang sederhana telah mendorong British menerima kehendak mereka.
Sokongan pegawai

tinggi British


Sokongan daripada tinggi British seperti Sir

Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent dan L.D Gammans telah membantu orang tempatan orang menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Sokongan bekas pegawai British



Sokongan bekas pegawai British yang seperti Sir Frank Swettenham, Sir R.O Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir Cecil Clementi yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua mendorong British membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Mereka menolak dasar menakluk Tanah Melayu.
Perpaduan orang Melayu
Perpaduan di kalangan orang Melayu yang terdiri daripada golongan raja dan rakyat telah dapat mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan Union.
UMNO




British memilih UMNO dan Raja-Raja Melayu kerana kedua-duanya hanya menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union dan tidak menuntuk kemerdekaan.
Piagam Atlantik 1945



Piagam atlantik 1945 yang dikeluarkan oleeh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak menggalakkan penjajahan baru, sebaliknya meminta negara-negara kolonial memberikan latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan.

2) Nyatakan lima tuntutan yang dibuat oleh orang Melayu dalam Pembentukan
  1. Raja-Raja melayu dan UMNO menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union.
  2. Mereka menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
  3. Mereka menolak kerakyatan terbuka Malayan Union.
  4. Mereka meminta dasar perlindungan terhadap Negeri-Negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan.
  5. Mereka menuntut supaya Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu diakui semula.
3) Berikan ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. (ms 106-108)
  1. Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri.
  2. Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
  3. Konsep Raja Berpelembagaan diwujudkan.
  4. Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk.
  5. Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.
4) Raja-raja Melayu dan para pembesar Melayu selepas menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 di King’s House Kuala Lumpur.
– Majlis Raja-raja
– Majlis Eksekutif Persekutuan Tanah Melayu
– Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu
– Majlis Eksekutif Negeri
– Majlis Perundangan Negeri 1948
5) Senaraikan tokoh-tokoh penggerak Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Raja-raja Melayu
(sembilan orang)


Pemimpin Tempatan
1. Dato’ Nik Ahmed Kamil


Pihak British



Pemimpin UMNO



  1. PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK DAN SABAH
  2. Jelaskan peranan persatuan-persatuan yang terlibat dalam gerakan anti penyerahan di Sarawak.
Orang Melayu dan orang Dayak



Perlembagaan 1941



Persatuan



Pegawai Melayu



Rukun Tiga Belas



Rosli Dhobi



RANGKUMAN RINGKAS BAB 4
( a ) Faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
• Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union di bawah Pimpinan Dato’ Onn Ja’afar
• Perpaduan di kalangan orang Melayu yang terdiri daripada golongan Raja dan rakyat
• Perpaduan mereka dapat mengatasi pihak yang menyokong Malayan Union
• Keupayaan orang Melayu memujuk British
• Orang Melayu mendesak British menghidupkan semula dasar perlindungan terhadap orang Melayu
• Desakan ini meyakinkan British membatalkan Malayan Union
• Sokongan bekas pegawai tinggi British mendorong British membentuk Persekutuan Tanah Melayu seperti Sir Frank Swettenham dan Sir Cecil Clementi
• Sokongan daripada pegawai tinggi British seperti Sir Malcolm Mac
• Donald dan L.D. Gammans menggantikan Malayan Union
• Sikap politik orang Melayu yang sederhana dengan menulis dalam
• akhbar, berdemonstrasi, berkongres, memujuk Raja-Raja Melayu
• Mereka juga tidak menentang secara kekerasan (tidak mengangkat senjata)
• British tertarik dengan cara UMNO
• Orang Melayu melalui UMNO tidak menuntut kemerdekaan
• tetapi hanya menuntut rundingan menolak Malayan Union
• British bimbang orang Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan radikal seperti PKMM, API, AWAS dan BATAS
• Piagam Atlantik 1945 meminta negara-negara kolonial memberikan
• latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan
(b) Langkah-langkah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948
• Bantahan orang Melayu menyebabkan British membatalkan Malayan Union
• British menubuhkan Jawatankuasa Ekskutif
• Jawatankuasa ini dianggotai oleh 12 orang ahli yang terdiri daripada pegawai kanan British, pemimpin UMNO dan wakil Raja-Raja Melayu
• Jawatankuasa Ekskutif mengadakan mesyuarat di King’s House, Kuala Lumpur
• Orang Melayu mengemukakan lima tuntutan dalam rundingan dengan British
• Tuntutan itu ialah menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, menolak kerakyatan terbuka, meminta dasar perlindungan terhadap Negeri-Negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan
• Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu perlu diakui semula
• Perundingan ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu
• Golongan radikal Melayu dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy
• Mereka berpendapat Jawatankuasa Ekskutif tidak mewakili semua kaum
• Mereka menuntut konsep sebuah republik dan kemerdekaan penuh
• Golongan radikal menubuhkan AMCJA dan PUTERA bagi menentang British dan UMNO
• Mereka mengadakan ceramah politik, demonstrasi dan mogok
• Mereka mencadangkan Perlembagaan Rakyat
• British menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pandangan dalam menyediakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
• Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 21 Januari 1948
(c) Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh golongan radikal Melayu melalui Perlembagaan Rakyat
• Singapura disatukan dengan Tanah Melayu
• Sebuah Kerajaan Pusat dan Majlis-Majlis Negeri dipilih
• Raja Melayu mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab kepada rakyat
• Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan
• Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu
• Kerakyatan yang sama rata
• Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu
• Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
• Pertahanan dan hal ehwal luar negeri menjadi tanggungjawab British dan Tanah Melayu
• Warganegara Tanah Melayu dinamai Melayu
(d) Ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
• Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri
• Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
• Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan
• Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk
• Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu
• Syarat kerakyatan diperketatkan.
• Kerakyatan jus soli hanya untuk Rakyat Raja Melayu dan Rakyat British sahaja
• British mengiktiraf semula ketuanan Melayu
• Institusi raja dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas
(e) Ciri-ciri pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948
• Perkongsian kuasa antara Majlis Raja-Raja dengan Pesuruhjaya Tinggi di peringkat pusat
• Pesuruhjaya Tinggi dibantu oleh Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan Persekutuan
• Sultan menjadi ketua negeri
• Sultan berkuasa melantik Menteri Besar
• Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri
• Menteri Besar dibantu oleh Majlis Eksekutif Negeri dan Majlis Perundangan Negeri
(f ) Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 .
• Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas pentadbiran negara selepasnya
• Perkongsian kuasa antara Majlis Raja-Raja dengan Pesuruhjaya Tinggi pada peringkat pusat
• Bidang kuasa dan kedudukan Raja-Raja Melayu dipulihkan
• Pada peringkat negeri, Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri
• Mengasaskan sistem pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri
• Terbentuk Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
• Syarat kerakyatan diperketatkan
• British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
• Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya jelas dalam pentadbiran
• Setiap negeri Melayu mengadakan perjanjian dan perlembagaan bertulis dengan British dikenali sebagai Undang-undang Tubuh Negeri
• Penerusan dasar perlindungan British terhadap kedudukan istimewa orang Melayu
• Status quo Negeri-Negeri Melayu dilindungi
• Agama Islam dan adat istiadat Melayu teras ketuanan bangsa Melayu
• Prinsip yang dicadangkan oleh UMNO dan Raja-Raja Melayu menjadi undang-undang bertulis
• Perkara ini menjadi asas kepada Kontrak Sosial antara British dengan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu
(g) Tokoh-Tokoh Penggerak Persekutuan Tanah Melayu & Peranannya
Raja-Raja Melayu
• Sultan Badlishah(Kedah)
• Sultan Abdul Aziz(Perak)
• Sultan Ibrahim(Johor)
• Mereka menuntut supaya kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan seperti sebelum tahun 1941
• Perlindungan kepada rakyat Melayu sebagai Rakyat Raja Melayu juga patut dikekalkan
• Mereka tidak menolak kehadiran British tetapi menuntut supaya kuasa mereka, perlindungan terhadap orang Melayu dan hal ehwal ketuanan Melayu dipelihara
Pembesar Tempatan
• Dato’ Onn Jaafar(Menteri Besar Johor & Yang Dipertua UMNO)
• Dato’ Nik Ahmed Kamil(Menteri Besar Kelantan)
• Mereka bertindak sebagai penasihat kepada raja
• Bersama-sama mendukung idea penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
• Bersama Raja-Raja Melayu mencadangkan dan mendesak British melindungi kepentingan orang Melayu beserta Raja-Raja Melayu
• Kerjasama mereka membolehkan prinsip-prinsip politik, pentadbiran, agama Islam dan bahasa Melayu serta pengekalan institusi Raja Melayu berjaya dimasukkan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948
Back to Top