-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
p>Semakan ASB secara online. Terkini, Amanah Saham Bumiputra (ASB) tidak lagi menggunakan buku akaun untuk tambah pelaburan, keluar duit atau kemaskini. Jadi tiada lagi cetakan rekod transaksi dan juga baki terkini dalam buku akaun yang boleh disemak / rujuk.
Walau bagaimanapun semakan masih lagi boleh dilakukan, iaitu di kaunter dan juga secara online melalui Portal MyASNB. Bukan hanya ASB, malah portal ini memberi akses kepada kesemua produk unit amanah ASNB iaitu ASB, ASB2, ASW 2020, ASM, AS1M, ASD, ASN, ASN2, ASN3 dan ASG.
www.myasnb.com.my/
Untuk mengakses perkhidmatan online yang ditawarkan MyASNB, anda hendaklah terlebih dahulu mendaftar sebagai pengguna MyASNB menerusi laman web di atas.


Cara Mendaftar Dengan Portal MyASNB

portal semakan ASB myASNB
Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar akaun MyASNB:
  1. Semak nombor akaun ASB anda yang baharu (12 digit) dan kemaskini nombor telefon bimbit (untuk penghantaran TAC) di cawangan atau agen ASNB. Gunakan nombor akaun baharu ini bila mendaftar.
  2. Pergi ke www.myasnb.com.my/.
  3. Klik pada pautan "Mari daftar Portal MyASNB Sekarang".
  4. Ikuti langkah-langkah seperti di arahkan untuk mendaftar. Setelah selesai pendaftaran, kata laluan sementara akan diberikan.
  5. Setelah akaun Portal MyASNB anda diaktifkan, lakukan log in kali pertama (klik pada pautan ‘Log Masuk Kali Pertama’) dengan menggunakan ID Pengguna dan kata laluan sementara. Selepas itu, sistem akan meminta anda supaya menukar kepada kata laluan yang baru.


Senarai Perkhidmatan Online MyASNB

Berikut adalah diantara servis yang ditawarkan oleh portal MyASNB:
  • Pegangan Portfolio – memaparkan baki akaun unit amanah ASNB anda berdasarkan kepada Nilai Aset Bersih (NAB) terkini.
  • Rekod Transaksi – memaparkan butiran transaksi unit amanah ASNB anda yang dilaksanakan melalui Portal MyASNB sepanjang 90 hari yang lalu.
  • Status Transaksi – memaparkan status transaksi-transaksi yang dilaksanakan melalui Portal MyASNB sepanjang 90 hari yang lalu.
  • Pelaburan Tambahan – melaksanakan pelaburan tambahan bagi tabung-tabung unit amanah ASNB secara atas talian.
  • Kemaskini maklumat peribadi
Semoga maklumat  mengenai cara menyemak transaksi dan baki akaun bagi produk-produk Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) berguna buat para pembaca.


http://www.malaysiatercinta.com/2017/07/cara-semak-asb-asnb-secara-online.html

Back to Top